Pembayaran Bagi Kerja Tidak Dilaksanakan di HULU TERENGGANU |
Isu pembayaran diluluskan kepada kontraktor projek
Program Bantuan Rumah Bina Baru (PBR) di tiga daerah di Terengganu, walaupun
tidak menetapi spesifikasi kerja, sangat serius
Ini kerana kemungkinan ada berlaku salah laku dan
penyelewengan, apa lagi pembayaran dibuat tanpa mematuhi aspek pentadbiran
kontrak.
Malah, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 (Siri2),
menyebut secara keseluruhannya, pelaksanaan PBR
di daerah Hulu Terengganu. Setiu dan Besut kurang memuaskan.
Berikutan itu LKAN mencadangkan ditubuhkan Jawatankuasa
Siasatan Dalaman (JSD) bagi meningkatkan kawalan dalaman terhadap pelaksanaan
PBR oleh semua pejabat daerah sekali gus mengelakkan berlakunya isu kecuaian
dan penyelewengan.
Pembayaran Bagi Kerja Tidak Dilaksanakan di BESUT |
Turut diberikan perhatian oleh LKAN 2016 ialah ialah
memastikan pembinaan rumah mengikut pelan diluluskan dan sebarang perubahan
pelan/komponen projek perlu mendapat kelulusan UPEN terlebih dahulu;
Namun isu pembayaran diluluskan kepada kontraktor
walaupun kualiti kerja tidak menepati spesifikasi kerja sewajarnya diberikan
perhatian serius kerana ia membabitkan wang rakyat.
Pembayaran Bagi Kerja Tidak Dilaksanakan di SETIU |
Selain perkara tersebut, LKAN turut memandang serius
perkara berikut:
1. memastikan pemilihan penerima bantuan hanya
kepada golongan yang layak sebagaimana garis panduan yang ditetapkan
;
2. penerima bantuan dapat mendiami rumah dengan
kadar segera;
3. memastikan pegawai yang bertanggungjawab
melakukan pemantauan teliti terhadap projek pembinaan agar dapat disiapkan
dalam tempoh ditetapkan,
4. memastikan pegawai bertanggungjawab memahami dan
mematuhi aspek pentadbiran kontrak agar kepentingan Kerajaan terjamin sekali
gus membolehkan matlamat PBR tercapai; dan .
5. menjamin agar disediakan rumah yang selesa dan
berkualiti serta siap dalam tempoh masa ditetapkan untuk diagihkan kepada
penerima bantuan yang memerlukan dapat dicapai.
LKAN melihat peranan
Pejabat Daerah Besut penting untuk memastikan pegawai bertanggungjawab
dalam aspek pentadbiran kontrak agar
kepentingan Kerajaan terjamin sekali gus membolehkan matlamat PBR tercapai.
Kes ini sewajarnya dilaporkan kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu kerana terang-terangan ada perbuatan salah
laku, apa lagi LKAN sudah mengesahkannya.