Kenapa kerajaan tidak berusaha untuk melindungi harta dan
khazanah rakyat Malaysia daripada kehilangan atau kerugian, sebaliknya
menganggap perbuatan mencuri wang milik 1MDB sebagai perbuatan sivil?
Juga logikkah sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak hanya menasihati rakyat Malaysia untuk tidak membuat sebarang andaian
terhadap penemuan oleh Peguam Negara dan pegawai tinggi Amerika Syarikat (AS)
mengenai 1MDB?
Juga apakah tindakan perampasan aset milik mereka yang
dinamakan hasil pemindahan wang haram yang dikatakan terbesar dalam sejarah AS,
mungkin juga dunia diabaikan begitu sahaja?
Kenapa Najib mengatakan kes tersebut melibatkan mereka
yang dinamakan sahaja dan proses perundangan masih berjalan?
Walaupun ia kes sivil yang bertujuan untuk merampas
aset-aset, tetapi ia juga merupakan bukti penipuan oleh mereka yang dinamakan?
Berikutan itu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin mencabar Najib sebagai Menteri Kewangan untuk mengambil
tindakan susulan yang sewajarnya.
Apakah yang perlu Najib lakukan?
1.
Jika 1MDB dan Kerajaan Malaysia secara tegas
mahu melindungi harta pendedahan yang amat mengejutkan ini seharusnya mendorong
mereka mengambil tindakan segera mengikut undang-undang Malaysia ke atas
MALAYSIAN OFFICIAL 1, Reza Aziz, Jho Low dan nama-nama lain yang disenaraikan
dalam laporan Peguam Negara AS;
2.
Ambil serius keputusan pihak Peguam Negara
Amerika Syarikat dengan menghantar delegasi tertinggi kerajaan untuk
mendapatkan butiran terperinci dari Amerika Syarikat;
3.
Tubuh sebuah tribunal bebas untuk menyiasat dan
memulakan proses pendakwaan jenayah dengan kadar segera terhadap mereka
didapati terlibat atau bersubahat dalam pemindahan wang haram berjumlah puluhan
bilion ringgit yang amat memalukan negara. Ini kerana wang rakyat Malaysia
dalam jumlah yang amat besar didapati hilang dan dilesapkan oleh mereka yang
dinamakan.
4.
Sepatutnya sudah menghantar Peguam Negara
Malaysia dan Ketua Polis Negara ke Amerika Syarikat dengan segera untuk
mendapatkan kerjasama negara itu supaya tindakan undang-undang Malaysia yang
sesuai boleh diambil terhadap mereka yang terbabit.
5.
Sewajarnya telah mengarahkan Peguam Negara dan
1MDB segera menuntut wang yang dilapor dicuri daripada syarikat milik negara.
Muhyiddin amat
kecewa dengan sikap penafian yang teruk yang dinyatakan oleh Najib dan konco-konconya berkenaan kes penipuan
terbesar yang ditemui oleh pihak kerajaan Amerika itu.
Nampak benar semua ini tidak dilakukan oleh Najib
sebaliknya hanya berkata kes ini bukan kes jenayah tetapi kes sivil dan
orang-orang yang dinamakan dalam laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat
berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Adakah pembelaan terhadap individu yang dituduh terlibat
dalam perompakan harta negara lebih penting berbanding pembelaan terhadap
seluruh rakyat yang terpaksa menanggung beban kehilangan puluhan bilion ringgit
wang negara?
Peguam Negara Malaysia juga tidak menjalankan amanah!
Logikkah apabila dia berkata tindakan sivil di Amerika Syarikat itu tidak membabitkan
Najib?
Siapakah MALAYSIAN OFFICIAL 1 yang difahami oleh Peguam
Negara seperti yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan AS?
Jika dia tidak tahu, tidak bolehkah dia bertanya dengan
rakan sejawatnya di Amerika Syarikat siapakah dia MALAYSIAN OFFICIAL 1?
Disebut dengan terang dalam laporan Jabatan Keadilan AS,
orang ini memiliki sejumlah AS681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya
di Ambank Malaysia.
Yang kita tahu, tiada orang lain yang dilaporkan
mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun peribadi di AmBank selain Najib!
Selain itu bagaimana boleh terjadi pasukan penyiasat
negara kita tidak menemui sebarang bukti kehilangan wang 1MDB, sedangkan
pasukan penyiasat negara asing menemuinya?
Bukankah ini sepatutnya memeranjatkan Peguam Negara?
Bukankah perkara ini yang harus diutamakan, bukan
melindungi Perdana Menteri! Nampak benar rakyat Malaysia tidak lagi boleh
mengharapkan dia untuk melindungi kepentingan negara!
Apakah harapan kita untuk terus percaya dengan Perdana
Menteri Malaysia?
Jelas dan nyata tindakan Najib selama ini adalah untuk melindungi diri sendiri, bukan
melindungi kepentingan rakyat Malaysia!
Dengan pendedahan yang tidak dapat lagi diselindungi oleh
sesiapapun ini, maka kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah mengkhianati Rakyat
Malaysia dan sepatutnya menanggung akibat daripada perbuatan salahlaku yang
amat serius ini!
Bukan sahaja ia merupakan kes jenayah dan sivil yang
cukup memalukan, malahan dari segi moral pun Najib sebenarnya tiada pilihan
lain selain meletak jawatan dengan serta merta!
Berikutan itu Presiden PPBM itu berharap rakyat SEDAR dan BANGKIT
bersuara dengan berani menuntut mereka yang merompak harta negara dihukum.
No comments:
Post a Comment