Dalam PAS kalau ada krisis atau sikap
bermasam muka antara pemimpin dapat ‘disorokkan di bawah permaidani’.
Itulah kebijaksanaan pemimpin PAS dan
ketaatan kepada parti yang dibuktikan dengan tindakan sedemikian.
Namun, pada pilihan raya umum,
apabila undi merosot atau kalah seseorang calon PAS, jika diselidiki, ia ada
kena mengena dengan krisis yang berlaku di sesuatu kawasan atau juga ranting
tertentu.
Jadi apaabila Pesuruhjaya PAS Negeri
yan baru dilantik semalam menafikan berlakunya perpecahan atau pergolakan
dalaman parti seperti yang didakwa sesetengah pihak, ia ada asas untuk
mempercayai memang wujud pergolakan.
Malah sesuatu penafian dibuat ialah
selepas ‘pokok bergoyang apabila ditiup angin’, apa lagi badai Pantai Timur.
Menghairankan, Pesuruhjayanya Datuk Husain Awang (gambar bawah) sendiri mengatakan
beliau bersyukur kerana dilantik mengambil alih kepimpinan PAS Terengganu dalam
organisasi yang kukuh.
Menururnya: “PAS Terengganu berjaya membentuk dan melantik Jawatankuasa
PAS Terengganu terdiri dari kalangan ulama, professional dan tenaga-tenaga muda
bagi memacu dalam keadaan yang kukuh dan kuat bagi melaksanakan amanah
sebagaimana legasi yang ditinggalkan oleh Pesuruhjaya yang lalu.”
Jika sudah kuat, kenapa ditukarkan dengan pemimpin yang lebih tua
daripada Satiful Bahri Mamat?
Apakah ini puncanya kenapa PAS Terengganu
bergolak?
Ini kerana pada pengumuman sebelum
ini, Pesuruhjaya PAS Negeri sebelumnya Satiful digugurkan dan beliau dikatakan
akan menyertai kepimpinan pusat sebagai.Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Walaupun ia penting untuk PAS
Terengganu tetapi kedudukan Satiful di peringkat negeri belum teruji
sepenuhnya.
Beliau mengambil alih kerusi itu selepas
PAS menang dengan bergaya selepas PRU13 yang sebelumnya Pesuruhjaya PAS negeri
diterajui oleh Abdul Wahid Endut.
Namun kini nama Satiful muncul semula
tetapi diletakkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 (Satu).
Turun pangkatlah tu, walaupun
diberikan jawatan di peringkat itu.
Apakah PAS tidak yakin dengan
kepimpinan PAS negeri untuk sekurang-kurangnya mengekalkan 4 kerusi Parlimen
dan 14 kerusi DUN?
Persoalan yang boleh diajukan ialah, kenapa
sebelum ini Satiful seolah-olah mahu dilenyapkan tetapi ditimbulkan semula?
Satiful yang mengambil alih daripada
Wahid dilihat mungkin berjaya mengemudikan Terengganu untuk menambah kerusi
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14, melalui sokongan
pembangkang lain.
Namun kerana sikap ‘mesra beliau’
dengan pemimpin Parti Berstu Pribumi Malaysi (PPBM) dikatakan punca dikerat
oleh kepimpinan pusat.
Satiful mengundang Pengerusi Badan
Pimpinan PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris (kanan) ke ceramah bersamanya di Ketengah
Jaya bulan lalu.
Tindakannya mengejutkan banyak pihak,
bukan sahaja dalam PAS negeri tetapi juga PAS Pusat.
Tindakannya itu dikatakan membawa
isyarat bahawa PAS Terengganu ‘lebih mesra’ dengan PPBM berbanding UMNO, apa
lagi AMANAH Terengganu.
Ada pihak mengatakan risiko yang
diambil Satiful berat dan menjejaskan kedudukannya.
Malah dia dikatakan sanggup
‘menongkah arus’ dengan pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
yang mahu PAS ‘mesra dengan UMNO’.
Dikatakan Satiful melihat kerjasama
dengan dengan PPBM akan mngukuhkan keyakinan untuk menawan Terengganu dan
menjatuhkan BN.
Namun kini beliau yang jatuh apabila
turut kecundang pada pmilihan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.
Pesuruhjaya PAS
Terengganu semalam menafikan wujud pergolakan dan kurang mesra
anggota kepimpinan PAS negeri itu.
"Saya
menafikan perkara itu sebab tiada sebarang krisis, tiada perpecahan dan
perebutan jawatan yang berlaku dalam PAS berkaitan rombakan kepimpinan
itu," katanya.
Sebaliknya,
ahli-ahli jawatankuasa PAS negeri yang baharu akan memantapkan lagi saf
kepimpinan PAS negeri di samping meneruskan legasi pemimpin terdahulu, katanya.
Beliau turut
menegaskan bahawa PAS Terengganu belum menyenaraikan calon bagi semua kerusi
yang bakal ditandingi pada PRU akan datang.
Husain, yang tidak
menolak kemungkinan bertanding pada PRU14, bagaimanapun tidak menyatakan apakah
Satiful juga akan mempertahankan kerusinya di DUN Paka.
Berdasarkan
makluman dalaman PAS, kecelaruan perlantikan AJK baru peringkat negeri akan
menjejaskan gerakan PAS menawan Terengganu dan mainan UMNO untuk
memecahbelahkan perpaduan PAS Terengganu semakin berjaya.
Laman UMNO tajaan Menteri Besar Terengganu meramalkan Satiful bakal ditukarkan, |
Ternyata
kepimpinan Pusat termakan dengan ‘bisikan tertantu’ agar menggantikan
kepimpinan negeri yang ada.
Ironinya ia
dibuat ketika hampir PRU14 berdasarkan ‘kemesraan beberapa pemimpin penting PAS
Terengganu’ dengan kepemimpinan PPBM negeri diketuai oleh Razali Idris.
No comments:
Post a Comment