Tidak boleh disangkal dan sah sudah Parti AMANAH boleh menjadi peneraju dan dominan
dalam Pakatan Harapan (PH) di Terengganu.
Sama ada melalui tinjauan pendapat umum atau juga
menerusi kumpulan WhatsApp, AMANAH adalah segala-galanya dalam konteks
pembangkang di Terengganu.
Ini kerana AMANAH mempunyai pemimpin jauh berkaliber
daripada parti anggota PH yang lain, khususnya PKR.
Di mana-mana pun pemimpin AMANAH mengatakan mereka lebih baik daripada PKR dalam apa juga segi sekalipun.
Tidak perlu bandingkan Pengerusi PKR, Yang Berhormat Azan
Ismail dengan Pengerusi AMANAH, Yang Berhormat Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah
Raja Ahmad (gambar kanan).
Bagai langit dengan bumi. Umpama sampan dengan bahtera.
Raja Bahrin keturunan Raja dan lebih dalam banyak segi.
Walaupun beliau menang melalui kerusi PAS di Parlimen Kuala Terengganu pada
pilihan raya umum 2013 lalu, beliau semakin berpengaruh.
Biar digelar ‘PENGKHIANAT’, Raja Bahrin adalah tokoh yang
disanjung oleh bekas ahli PAS dan sesetengah ahli PAS yang masih setia dengan
parti Islam itu.
Di mana sahaja beliau pergi, termasuk ke majlis-majlis PAS,
beliau tetap dihormati dan dipandang tinggi.
Berbanding dengan Azan, Raja Bahrin memperkatakan isu
negeri dan nasional setiap minggu, malah bersifat ‘Anak Raja Berjiwa Rakyat’.
Kredibiliti Raja Bahrin terserlah, apa lagi ketika
persidangan Parlimen, sedangkan Azan hanya wakil rakyat DUN Bandar yang tidak
pun nampak kelebihannya, sama ada dalam berhujah, mahupun berceramah.
Kedudukan ini memberikan kelebihan kepada AMANAH yang
disifatkan sebagai parti yang cepat berpengaruh di seluruh Terengganu.
Walaupun digelar sebagai ‘Parti Anak Budu’ atau ‘Parti
Toyol’ apabila besar di kepala dan kecil di bahagian badan eakor, AMANAH kini sudah
mempunyai lebih 300 cawangannya di seluruh negeri.
Sebagai rekod, ada 366 Posit Daerah Mengundi (PDM) di
Terengganu.
Malah AMANAH layak untuk bertanding di 32 kerusi negeri dan semua lapan kerusi
Parlimen, termasuk mempertahankan kerusi Kuala Terengganu.
Awas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif
kerana badai dan bahtera AMANAH ini terlalu kuat dan akan menenggelamkan
Barisan Nasional (BN) dan UMNO Negeri.
Kekuatannya diserlahkan apabila dua kali terakhir
Presiden AMANAH, , Mohd Sabu turun ke Terengganu, lebih 5,000 orang hadir pada
ceramahnya di Seberang Takir dan pada majlis Invoke anjuran PKR di Dungun
baru-baru ini.
Menurut khabar, ia suatu kehadiran yang di luar jangkaan.
Mohamad Sabu sedang berceramah di Kuala Nerus. |
Berdasarkan kedudukan ini, amat jelas AMANAH berpeluang
besar menang di Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman selain di Kuala
Terengganu, Marang dan Dungun.
Malah dikatakan juga, Terengganu akan mendapat menteri
besar dari AMANAH selepas pilihan raya umum ke-14 nanti.
Wakil AMANAH yang
akan bertanding pula hebat semuanya apabila dikatakan akan mengetengahkan Dr Syed Azman Syed
Nawawi (yang ketika ini masih ahli PAS) di DUN Batu Burok, Dr Sulaiman Abdullah di DUN Ladang dan juga Zubir Mohamed
di Wakaf Mempelam.
Untuk rekod, Dr Sulaiman pernah menjadi ADUN Ladang
mewakili PAS antara 1999-2004 dan pernah terpalit dengan isu tanah di Dungun.
Dr Syed Azman |
Ini belum lagi di tiga DUN di Seberang Takir dan tiga DUN
di Dungun, termasuk Ketua Pemudanya Hasbie Muda di Rantau Abang.
Dengan kedudukan ini bermakna akan ‘berputih matalah’
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin oleh Datuk Razali Idris.
Malah, AMANAH yang melihat PKR sebagai pesaing mereka
dikatakan tidak akan membiarkan parti pembangkang paling lama dalam PH itu
mendapat banyak kerusi.
Mereka mungkin hanya mengekalkan enam kerusi tradisi
mereka di DUN Bandar serta lima DUN lain termasuk Seberang Takir, Kota Putera,
Permaisuri dan dua yang lain.
Sementara PPBM akan hanya diberikan kerusi yang
selebihnya selepas dicaturkan oleh AMANAH dan PKR dan tidak ada harapan untuk
parti itu berkembang dengan cepat di Terengganu.
Hasbie...calon di Rantau Abang. |
Berikutan kedudukan ini, PH Terengganu sewajarnya
mempunyai Pengerusi daripada AMANAH – Raja Bahrin - bukan sekadar
mempengerusikan mesyuarat mesyuarat PH.
Dengan kedudukan ini pastinya PAS dan UMNO Terengganu
tidak ‘senang duduk’ kerana kekuatan AMANAH ‘amat luar biasa’ dan pemimpin
serta calonnya adalah ‘tokoh politik hebat’ yang memang sukar ditandingi oleh PKR
dan AMANAH.
Malah AMANAH juga dikatakan sedang berusaha memperjuangan
dua kerusi DUN untuk rakan DAP di Terengganu, iaitu DUN Bandar dan Chukai.
Dengan kedudukan AMANAH yang sangat berpengaruh
menentukan pembahagian kerusi, calon yang bertanding serta manifestonya,
tidaklah pelik jika AMANAH akan menjadi peneraju PH seperti juga di Kelantan.
Jika Kelantan hebat dengan Datuk Husam Musa, Terengganu
juga hebat dengan Raja Bahrin dan Dr Syed Azman.
Jadi kepada rakyat Terengganu, berilah sokongan kepada AMANAH
kerana ia memang parti sangat berpengaruh di negeri yang berjiran dengan
Kelantan itu.
Yakinlah, AMANAH akan berjaya tumpaskan BN dan UMNO, selain memberikan saingan sengit kepada PAS, pada ketika PPBM dan PKR hanya sebagai penumpang!!!
No comments:
Post a Comment