Kenapa kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan UMNO
Terengganu sangat takut dengan isu petroleum?
Pada ketika ia menguar-uarkan penubuhan Majlis Petroleum
Terengganu (TPC), kerajaan negeri menyekat perkara itu dibahaskan pada sidang
Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Usul Tergempar ADUN
Tepoh mengenai perkara itu tidak dibenarkan oleh Speaker DUN walaupun jelas ia membabitkan kepentingan rakyat.
PAS menuntut persidangan DUN ditangguhkan mengikut Fasal
30 Peraturan-peraturan Mesyuarat DUN bagi membolehkan persidangan hari ini menyokong Penubuhan Majlis Petroleum
Terengganu (TPC) selain Menggesa Dua
Keutamaan Yang Perlu Disegerakan Oleh Pihak TPC Iaitu Menuntut Kembali Royalti
Minyak Negeri Terengganu dan Menuntut Kembali Hak Kawasan Minyak Di Blok PM 307
Bertam”.
Apakah dua perkara iaitu menuntut kembali royalti minyak
Negeri Terengganu dan menuntut kembali hak kawasan minyak di Blok PM 307 Bertam
sebagai yang tidak penting demi rakyat
Terengganu?
Jelas kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO Terengganu kini
hilang fokus dan mementingkan kedudukan Menteri Besar semata-mata.
Isu mengenai dua perkara itu bukan sahaja disuarakan oleh
PAS, malah oleh Prti AMANAH dan juga sekutunya dalam Pakatan Harapan, iaitu
Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Amat malang apabila sidang DUN yang sepatutnya memperkata
dan membincang perkara yang penting untuk rakyat Terengganu digunakan untuk
melindungi pemimpin BN/UMNO, khususnya Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Isu ini akan berterusan dan akan diulang-ulang pada
majlis ceramah, forum, kenyataan media dana pa juga saluran demokrasi untuk
memperjuangkan hak rakyat.
Yang jelas BN/UMNO tidak berminat untuk memperjuangkan
kepentingan lebih sejuta rakyat Terengganu tetapi hanya mengekalkan Menteri
Besar dan sekutu-sekutunya.
Baca usul penuh di bawah:
Usul
Di Bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-Peraturan Dan Perintah
Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
Dato’
Yang Di-Pertua,
Adalah
saya Hishamuddin bin Abdul Karim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tepoh
mohon mencadangkan,
“Bahawa
persidangan ini hendaklah ditangguhkan mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan
Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini menyokong
Penubuhan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) Dan Menggesa Dua Keutamaan Yang
Perlu Disegerakan Oleh Pihak TPC Iaitu Menuntut Kembali Royalti Minyak Negeri
Terengganu dan Menuntut Kembali Hak Kawasan Minyak Di Blok PM 307 Bertam”.
Dato’
Yang Di-Pertua,
Kedua-dua
isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana telah melibatkan pencabulan hak
rakyat negeri Terengganu melalui penarikan balik royalti minyak dengan
melanggar perjanjian asal di bawah Fasal 2 Perjanjian Royalti yang telah
ditandatangani di antara kerajaan negeri Terengganu, Kerajaan Persekutuan dan
Petronas pada tahun 1975.
Ia juga pencabulan hak pemilikan telaga minyak Blok
PM 307 Bertam yang ditemui dan disahkan oleh pihak Syarikat Lundin Oil, sebuah
syarikat carigali dari Swedan yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja
carigali di kawasan berkenaan dengan kerjasama Petronas Carigali. Secara jelas
mereka memperakui Blok PM 307 Bertam adalah sah terletak di kawasan perairan
negeri Terengganu.
Kerajaan
negeri Terengganu sebelum ini menerima pembayaran Wang Royalti secara tunai
menurut perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974, ia telah dimansuhkan pada 5
September 2000 dan digantikan dengan Wang Ehsan atau sekarang Dana Khas
Persekutuan yang dikendalikan terus oleh Kerajaan Pusat.
Negeri
Terengganu telah menyumbangkan hasil minyak dan gas kepada Kerajaan Persekutuan
lebih 40 tahun bermula pada 1975.
Apakah
wajar Royalti sebanyak 5% yang diterima oleh kerajaan Terengganu semenjak dari
tahun 1978 kini terbatal sepenuhnya dan hanya dianggap sebagai ‘ehsan’ dan
‘dana khas’ dari Kerajaan Persekutuan?
Kini,
kerajaan Terengganu langsung tidak mempunyai sebarang hak atas apa jua tuntutan
hasil minyak dan gas yang terletak di perairan negeri.
Dato’
Yang Di-Pertua,
Perkara
ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai apabila hak yang secara
berperundangan dinafikan sewenangnya iaitu perjanjian royalti minyak dengan
pihak kerajaan negeri Terengganu dan menafikan hak milik rakyat Terengganu
hasil penemuan Telaga Minyak Blok PM 307 Bertam.
Sikap
tidak serius dalam kedua kes ini, menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap
kesungguhan kerajaan negeri untuk menuntut hak rakyat. Tindakan meletakkan
royalti sebagai Dana Khas Persekutuan amat bertentangan dengan semangat
federalisme.
Kes
yang berlarutan ini melibatkan kepentingan lebih satu juta rakyat negeri
Terengganu. Demi untuk masa depan anak cucu watan Terengganu dan mengelakkan
Terengganu menjadi negeri yang terus ’dianak tirikan’ oleh kerajaan
Persekutuan.
Dato’
Yang Dipertua,
Perkara
ini perlu disegerakan kerana ia menyentuh pelanggaran hak, pelanggaran
perjanjian dengan pihak kerajaan negeri dan penafian milik kerajaan negeri.
Apatah
lagi dengan pengumuman kerajaan menubuhkan Majlis Petroleum Terengganu (TPC).
Justeru, peranan segara perlu dikeluarkan oleh kata sepakat dewan undangan
negeri agar TPC mengutamakan dua kes ini sebagai bukti komitmen memelihara
kepentingan rakyat.
Penarikan
balik sama kerajaan negeri terhadap Petronas dengan alasan ia telah
diselesaikan perlu dibentangkan kepada pihak Dewan Undangan Negeri. Sifat
pengembalian royalti masih di atas nama Dana Khas Persekutuan dan
bukannya di atas nama royalti seperti yang terkandung di dalam perjanjian
rasmi.
Kerajaan negeri Terengganu, Majlis Petroleum Terengganu
(TPC), semua Ahli Yang Berhormat dan rakyat negeri Terengganu mesti bersatu
hati menuntut agar pelanggaran perjanjian royalti minyak ini perlu ditebus
segera dan penafian hak pemilikan Telaga Minyak Bertam perlu dituntut kembali.
Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara
tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan.
Yang mengusulkan,
YB HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tepoh
Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tepoh
Terengganu
14 Ogos 2017
No comments:
Post a Comment