Semalam Anina Saadudin berkata beliau tidak disyorkan
oleh majlis presiden untuk dilantik sebagai Ketua Srikandi.
Apakah beliau ditolak kerana ‘skandal mesej seks’ seperti
didedahkan oleh banyak pihak sebelum ini?
“Screenshot” perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang
didakwa antara Anina dan seorang lelaki tidak dinamakan tersebar baru-baru ini.
Bagaimanapun, Anina menepis dakwaan itu.
Sehingga kini pengurusan tertinggi Parti Primbumi Bersatu
Malaysia (PPBM) menutup mulut mengenai skandal
itu.
Sama ada tidak mahu memalukan Anina atau memang PPBM
tidak mahu terpalit dengan isu seperti ini pada ketika ia sedang menyiapkan
jenteranya untuk pilihan raya umum akan datang.
Sebaliknya Anina pula tidak semena-mena membuat kenyataan
beliau kononnya disingkirkan selepas dikaitkan dengan “skandal mesej seks”
dengan bekas pembantunya.
Malah dalam kenyataannya kepada FMT, Anina menegaskan, “...hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh.”
Apakah ini bermakna pengurusan tertinggi parti, khususnya
Majlis Presiden membuat tindakan bodoh, tergesa-gesa dan mempercayai mesej
berkenaan?
Persoalannya, kenapa Anina ‘melompat terlebih dahulu’
sebelum apa-apa kenyataan Majlis Presiden?
Apakah Majlis Presiden atau mana-mana pemimpin PPBM ‘mendedahkan
skandalnya’? Jawapannya TIDAK.
Malah, dengan tidak mengesyorkan Anina, ia juga sebagai
suatu ‘rahmat’ kerana akan kuranglah perbahasan mengenai skandal itu sama ada
ia benar atau sebaliknya.
Jika beliau memegang jawatan penting parti, sudah pasti
bukan beliau sahaja perlu mempertahankan diri, sebaliknya seluruh kepimpinan
perlu mempertahankan beliau.
Jika ia benar-benar sesuatu yang TIDAK BETUL TIDAK
MENGAPA walaupun isu itu menyusahkan parti dan pemimpinnya, tetapi bagaimana jika
BENAR?
Apakah pemimpin PPBM, termasuk Majlis Presiden mahu
diheret untuk menafikan ‘skandal mesej seks’ berkenaan?
Apakah mahu menunggu nama parti tercemar atau dianggap
parti skandal baru mahu bertindak?
PPBM perlu memberikan keutamaan kepada pilihan raya umum
akan datang, bukan menguruskan isu seperti yang dikaitan dengan Anina ini.
Namun amat mengejutkan apabila Anina pula mendedahkan
sendiri dengan mendakwa ‘perlucutannya’ yang dimaklumkan kepada beliau beberapa
hari lalu oleh Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan
Setiausaha Agungnya, Datuk Shahruddin Md Salleh, ada kaitan dengan ‘skandal
mesej seks’ itu.
Jauh bezanya antara ‘perlucutan’ dan ‘tidak layak’.
Mukhriz maklumkan kepada Anina... |
Perlucutan ialah jawatan yang dipegang itu sudah disahkan
sementara tidak layak pula menggambarkan sesuatu jawatan yang beliau diberikan
atau dilantik.
Daripada apa yang disebutkan itu, jelas di sini bahawa bekas
ahli Wanita UMNO Langkawi itu tidak layak untuk diumumkan sebagai Ketua
Srikandi PPBM.
Majlis Presiden mempunyai hak untuk mememilih sesiapa.
Pengumuman khusus mengenainya belum dibuat tetapi semalam
Anina berkata beliau sudah dilucutkan jawatan.
Pelantikan Anina dan pemimpin BERSATU yang lain sebagai
pemimpin penaja dilaporkan pada 2 November lalu tetapi belum disahkan secara
mutlak oleh Majlis Presiden.
Penaja bermakna sementara dan pengumuman mengenai jawatan
tinggi secara sah dijangka akan dibuat secara final atau rasmi pada 14 Januari
depan.
Anina turut dimaklumkan bahawa beliau dimaklumkan hanya
dilantik sebagai penaja untuk sayap Srikandi, manakala jawatan pemimpin lain
telah disahkan.
Seperti dimaklumkan oleh Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin
Md Noor, Anina sejak awal tidak pernah
menjadi Ketua Srikandi.
"Dia tidak pernah dilantik, kerana sayap Srikandi
tidak ditubuhkan secara rasmi," katanya semalam seperti dilaporkan media.
Malah, menurutnya, pelantikan empat pemimpin Srikandi
lain awal bulan ini juga tidak sah.
Kekeliruan mengenai jawatan Anina sebagai ketua Srikandi
berlaku seminggu selepas beberapa blog mendakwa beliau terbabit dalam skandal
seks.
Beliau dilaporkan menolak dakwaan itu sebagai perkara
biasa dalam politik.
Ditanya perasaannya apabila dilucutkan jawatan, bekas
anggota Wanita UMNO Langkawi itu menjawab: "Tanya perasaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz
apabila dilucutkan jawatan oleh Umno. Saya nak tahu jawapan mereka. Lepas tu
saya jawab apa perasaan saya.
"Dulu ketika saya bela mereka, saya lupa nak
bertanya perasaan mereka. Saya hanya bangun dan bela mereka tanpa berfikir
panjang," katanya.
Katanya, dia tidak bercakap mengenai perkara itu dengan
Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anina mula
terkenal selepas mengkritik Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada
mesyuarat Umno Bahagian Langkawi tahun lalu.
Ia disusuli pendedahan Perdana Menteri itu menerima
sebahagian daripada RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, wang yang
dikatakan sumbangan keluarga diraja Arab Saudi untuk UMNO.
No comments:
Post a Comment