Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini menjawab dan membidas
analisis ‘bodoh’ beberapa kumpulan ‘propaganda maya “ UMNO dan prokerajaan mengenai
kos keseluruhan Projek Transit Aliran Massa (MRT).
Rafizi berkata isu kos keseluruhan ini yang ditimbulkan sebelum ini secara tidak
langsung kini disahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin.
Najib semasa melancarkan Fasa 1 MRT (Jajaran 1) Sungai
Buloh ke Kajang pada 15 Disember lalu mengumumkan bahawa “penjimatan RM2 bilion
telah dicapai” dan memetik angka RM21 bilion sebagai “kos projek MRT”.
Rafizi berkata, 'kumpulan propaganda maya' UMNO
melancarkan kempen media sosial besar-besaran untuk menunjukkan kos sebenar
projek MRT hanyalah RM21 bilion dan bukan RM100 bilion seperti yang pernah
disebut beliau.
Malah Rafizi turut membuat pesanan khusus untuk Perdana
Menteri di mana katanya: “Saya nasihatkan Najib Razak supaya jangan bazirkan wang rakyat
bayar cybertrooper Umno macam Papagomo, Lim Sian See dan Raja Petra yang masih
tidak mahir mengira. Seharian mereka mengeluar kata-kata carutan kononnya saya #kantoi memfitnah mengenai kos MRT, rupanya
mereka #kantoi tidak cerdik.”
Baca kenyataan asal Rafizi melalui Facebooknya:
17 DISEMBER 2016
DATO’ SERI NAJIB SECARA TIDAK LANGSUNG MENGESAHKAN KOS KESELURUHAN PROJEK MRT MELEBIHI RM100 BILION
Semasa melancarkan Fasa 1 MRT (Jajaran 1) Sungai Buloh ke
Kajang pada 15 Disember 2016, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa
“penjimatan RM2 bilion telah dicapai” dan memetik angka RM21 bilion sebagai
“kos projek MRT” (seperti yang dilaporkan Bernama, rujuk http://www.bernama.com/bernama/v7/sp/newssports.php…).
Pengumuman Dato’ Seri Najib itu telah digunakan oleh
kumpulan propaganda maya Umno (termasuk oleh pemuka-pemuka seperti Lim Sian
See, Papagomo, Raja Petra dan blog-blog penyokong Umno) untuk menyerang
saya dengan menuduh saya memfitnah Dato’ Seri Najib dan kerajaan Malaysia
kerana saya pernah menyuarakan rasa khuatir bahawa kos keseluruhan projek MRT
boleh mencecah RM100 bilion.
(Rujuk tulisan saya dalam tahun 2011 dalam akhbar The
Edge bertajuk “The MRT: Old Habit Dies Hard” http://rafiziramli.com/2011/01/the-mrt-old-habit-dies-hard/ bila mana saya telah
menyuarakan rasa bimbang dari awal apabila kerajaan tidak telus mengenai kos
dan proses tender.
Pada 3 Julai 2012, saya sekali lagi memberi amaran bahawa
maklumat saya memaklumkan kos keseluruhan projek MRT boleh mencecah RM100
bilion, rujuk laporan Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/202540)
Sejak semalam, kumpulan propaganda maya Umno ini telah
melancarkan kempen media sosial besar-besaran untuk menunjukkan bahawa kos
sebenar projek MRT hanyalah RM21 bilion dan bukannya RM100 bilion seperti yang
saya pernah sebut. Mereka menyerang saya di dalam media sosial seperti yang
ditunjukkan di dalam beberapa paparan skrin berikut:
Apa yang mereka tidak sedar ialah pengumuman Dato’ Seri
Najib bahawa kos menyiapkan Fasa 1 MRT bagi jajaran pertama dari Sungai Buloh
ke Kajang (iaitu untuk 12 stesen sepanjang 21 km sahaja) adalah RM21 bilion;
sebenarnya mengesahkan kerisauan saya dalam tahun 2012 bahawa kos keseluruhan
projek MRT boleh mencecah RM100 bilion.
Jelas bahawa kumpulan propaganda maya Umno yang terdiri
dari Papagomo, Raja Petra dan Lim Sian See ini tidak faham perincian projek MRT
yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib semasa melancarkan Economic Transformation
Plan (ETP) dalam tahun 2010 dahulu.
Saya senaraikan fakta-fakta berserta bukti-bukti yang
menunjukkan betapa bodohnya individu-individu seperti Papagomo, Raja Petra dan
Lim Sian See ini:
1. Semasa
melancarkan ETP dan mengumumkan projek MRT, Dato’ Seri Najib merujuk kepada
keseluruhan projek MRT yang meliputi laluan sepanjang 141 km. Ini disahkan
sendiri oleh laman rasmi 1Malaysia dibawah Jabatan Penerangan yang menyebut
bahawa “Pembinaan Sistem Pengangkutan Pantas di Kuala Lumpur ini meliputi
perjalanan sepanjang 150 kilometer dengan rangkaian rel pertama dari Sungai
Buloh ke Kajang, meliputi kira-kira 60 kilometer dengan 35 stesen yang akan melalui
pusat bandar raya Kuala Lumpur.” (Rujuk laman http://pmr.penerangan.gov.my/…/10758-mrt-fungsi-dan-kebaika…
2. Sejak
dari awal, semua laporan kerajaan menyebut bahawa jumlah kos bagi keseluruhan
projek MRT yang meliputi laluan RM141 km ini ialah sekitar RM40 bilion. Di
laman Pemandu, jumlah kos yang disebut ialah RM36.6 bilion menjelang 2020 (rujuk http://etp.pemandu.gov.my/11_January_2011-@-Mass_Rapid_Tran…)
3.
Dalam ucapan Bajet 2011, pada perenggan 21 mukasurat 7,
Dato’ Seri Najib melaporkan kepada Parlimen bahawa jumlah kos projek MRT ialah
sekitar RM40 bilion (rujuk http://www.treasury.gov.my/pdf/budget/speech/bs11.pdf)
4.
Oleh sebab itulah, perunding ekonomi antarabangsa
Oxford Business Group dalam laporan tahunannya mengenai Malaysia iaitu “The
Report: Malaysia 2011” pada mukasurat 195 dengan secara jelas menyebut bahawa
“kos bagi projek MRT sepanjang 141 km dianggarkan RM47 bilion (rujuk paparan
skrin di bawah)
5.
Maka, kos RM21 bilion yang disebut oleh Dato’ Seri
Najib itu hanyalah untuk 21 km dari 141 km iaitu 15% dari kos keseluruhan
projek MRT yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib dalam tahun 2011. Jika diambil
perkiraan mudah bahawa kos bagi setiap kilometer selebihnya adalah sama iaitu
[RM21 bilion dibahagi 21 km, jadi setiap satu kilometer ialah RM1 bilion] maka
baki kos ialah [141 km tolak 21 km bersamaan 120 km didarab dengan RM1 bilion]
RM120 bilion.
Saya akan menunjukkan dalam beberapa kenyataan media seterusnya
bahawa kos keseluruhan projek MRT meliputi 141 km melibatkan 3 jajaran (MRT1
dari Sungai Buloh ke Kajang, MRT2 ke Putrajaya dan MRT3 melibatkan satu jajaran
lingkaran bawah tanah, seperti yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib dalam tahun
2011) semestinya melebihi RM100 bilion.
Oleh sebab itulah, kenyataan Dato’ Seri Najib mengenai
penjimatan kos RM2 bilion pada 15 Disember 2016 dengan tidak semena-mena
mengesahkan isu yang saya timbulkan dalam 2012 bahawa kos keseluruhan projek
MRT akan mencecah RM100 bilion.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
No comments:
Post a Comment