“Jangan kes Mohd Arif ini bersifat selective
apprehending dan hanyalah smokescreen semata-mata sedangkan yang lain failnya
masih terperosok di dalam laci atau almari Jabatan Peguam Negara.”
Ketua Setiausaha
kementerian, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan seorang lagi akan dibawa ke Mahkamah
Putrajaya pada pukul 8.30 pagi ini untuk mendapatkan perintah reman.
Mereka yang ditahan awal pagi semalam atas dakwaan
rasuah adalah dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya
(Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki mengesahkan
identiti suspek berkenaan.
Mohd Arif ditangkap di
rumahnya di USJ Subang Jaya pada pukul 8 pagi bersama seorang suspek lelaki
berusia 29 tahun itu.
Azam Baki...golf dan perempuan simpanan. |
Mohd Arif adalah bekas
KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilantik menjadi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
yang baharu berkuat kuasa Jumaat.16 Oktober lalu.
Menurut sumber Mohd Arif adalah pilihan Menteri Kemajuan Luar
dan Wilayah yang sebelum itu juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Beliau
menggantikan Datuk Seri Ibrahim Muhamad yang tamat tempoh perkhidmatan kontrak.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam
kenyataan pada 16 Oktober lalu berkata,
kelayakan, pengalaman dan kredibiliti yang dimilik Mohd Arif akan membolehkan
beliau melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.
Ia selaras dengan
misi kementerian dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar secara
menyeluruh dan berkesan.
Menurut kenyataan SPRM semalam, pihaknya menahan Mohd
Arif di kediamannya di USJ, Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam rasuah
dan salah guna kuasa.
Menurut Azam SPRM turut merampas jongkong emas dan wang
tunai yang dianggarkan bernilai kita-kira RM3 juta.
Juga ditahan, seorang lelaki berusia 29 tahun dipercayai
berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor,
pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit.
Mohd Arif, 59, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera
(Kepujian) dari Universiti Malaya dan menyertai perkhidmatan awam selama lebih
33 tahun bermula dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981.
Antara jawatan
yang pernah disandang termasuk Timbalan KSU Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Pegawai Kewangan Negeri Selangor; Yang
Dipertua Majlis Perbandaran Negeri Subang Jaya dan Pegawai Daerah Sepang.
Kes Mohd Ariff ini mungkin
salah satu daripada yang dapat dihidu SPRM
dan didakwa dengan kadar yang agak segera dan beliau tidak bernasib baik.
Mungkin banyak lagi kes
hampir serupa namun mungkin masih ‘terperosok’ dalam almari di Pejabat Peguam
Negara?
Bayangan kepada penangkapan Mohd Ariff mungkin boleh
dirujuk kepada kenyataan Azam kelmarin (3 Januari 2017) dan pada 1 Januari
lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM,Datuk Dzulkifli Ahmad Ahad lalu, apabila
mengaitkan rasuah dengan golf dan menyimpan perempuan.
Azam pada wawancara
di radio Internet SPRM, MACC.fm. menyebut: “Apa antara ciri-ciri orang yang
melakukan rasuah?
"Hidup mewah, main golf, ada teman wanita, perempuan simpanan dan
sebagainya,” katanya.
Dzulkifli turut membangkitkan kecenderungan penjawat
awam, khususnya pengurusan tertinggi, bermain golf di luar negara.
Tidak diketahui sama ada Mohd Arif ada menyimpan perempuan, namun dia memang diketahui gemar bermain golf sejak menjadi Pegawai Daerah Sepang sekitar awal tahun 2000.
Tidak diketahui sama ada Mohd Arif ada menyimpan perempuan, namun dia memang diketahui gemar bermain golf sejak menjadi Pegawai Daerah Sepang sekitar awal tahun 2000.
Tanpa menyebut nama, Dzulkifli menambah, selain bermain
golf, perbelanjaan penjawat awam terbabit termasuk untuk membeli-belah turut
dibiayai pihak tertentu.
Azam berkata, walaupun mungkin ada yang tidak setuju
dengan mereka, banyak makluman SPRM mendapati terdapat pegawai tinggi kerajaan
bermain golf di luar negara.
“Yang turut serta mereka main golf tak salah. Saya pun
main golf.... Di luar negara itu permainan rakyat.
“Tetapi setakat ini di Malaysia, banyak melibatkan orang-orang kenamaan, pegawai kerajaan ada kelas tertinggi dan sebagainya,” katanya.
“Tetapi setakat ini di Malaysia, banyak melibatkan orang-orang kenamaan, pegawai kerajaan ada kelas tertinggi dan sebagainya,” katanya.
Justeru, katanya, pihak yang terlibat sama termasuklah
golongan seperti kontraktor dan pembekal – dua pihak yang sering dikaitkan
dengan kontrak kerajaan.
Kes sebegini bukan saja pegawai pusat tapi juga pegawai
negeri-negeri yang bertugas pejabat daerah, pejabat tanah, bertugas sebagai
pegawai-pegawai majlis daerah dan sebagainya.
Azam berharap kegiatan itu diberhentikan kerana ia
menjejaskan imej perkhidmatan awam di negara ini.
Dzulkifli pula mengingatkan penjawat awam di negara ini supaya
berhenti bermain golf di luar negara dan SPRM sentiasa melakukan pemantauan dan mempunyai
maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh penjawat awam.
“Saya ingin menasihatkan golongan penjawat awam ini agar
menghentikan serta merta aktiviti mereka dan tidak perlulah mereka keluar
negara untuk bermain golf khususnya di Indonesia dan Thailand.
“Di Malaysia sudah terdapat begitu banyak padang golf
yang serba indah dan lengkap dengan prasarananya. Adalah lebih baik bagi mereka
memakmurkan sahaja padang golf tempatan sambil membantu menjana hasil
pendapatan pengusaha padang golf di negara ini.
“They are not professionals golfers dan tidak ada keperluan untuk mereka
ke luar negara semata-mata untuk bermain golf,” kata beliau dalam wawancara
eksklusif bersama akhbar Mingguan Malaysia hari
ini.
Dzulkifli turut berkata rasuah yang berlaku di kalangan
penjawat awam dilihat semakin membimbangkan dan beliau mengingatkan tindakan
itu sebagai pengkhianatan terhadap rakyat dan negara.
Sepatutnya mereka berkhidmat untuk rakyat dan menjadi pelindung kepada hasil dan kepentingan
negara.
Kerana itu sekiranya jenayah rasuah dan penyelewengan ini tidak
dibendung dan dibiarkan berleluasa ia bukan sahaja boleh menghakis keyakinan
rakyat tetapi juga akan mengakibatkan kebajikan dan kepentingan rakyat
terjejas.
Kita tungguperkembangan selanjutnya mengenai Mohd Arif dan apa tuduhan sebenar terhadapnya.
Cumanya jangan kes ini bersifat selective apprehending
dan hanyalah smokescreen semata-mata!!!
No comments:
Post a Comment