"Ironinya, berita mengenai peranan Australia dalam siasatan 1MDB timbul hanya seminggu selepas Datuk Seri Najib Razak meninggalkan negara itu selepas beliau dan keluarganya bercuti, di negara itu."
Nama dan imej buruk yang sedang melanda 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) yang kesannya melimpah kepada negara Malaysia dan pemimpin
kerajaannya, kini menular pula ke
Australia.
Dengan siasatan yang sudah berlaku di lebih lapan negara
di dunia, kenyataan agensi berita dan akhbar utama negera itu akan membawa berita buruk kepada 1MDB
seterusnya.
Yang nyata, kesipuan pemimpin Malaysia, khususnya Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak akan bertambah-tambah, apa lagi Australia
kini sudah menganggap dakwaan terhadap Najib sebagai sesuatu yang ‘serius’.
Sebelum ini The Australian turut membuat laporan
mengenai skandal 1MDB dan kaitannya dengan isteri Perdana Menteri.
Apakah The Australian pula akan menjadi ‘punching
bag’ dan akan ‘dibelasah’ habis-habisan
oleh penyokong Perdana Menteri Malaysia seperti yang terjadi kepada The Wall
Street Journal (WSJ) sebelum ini kerana pendedahan berkiatan 1MDB?
Polis Persekutuan Australia (AFP) dilaporkan sedang
menyiasat sama ada dana yang diselewengkan dari 1MDB mempunyai kaitan dengan pihak-pihak
tertentu negara itu.
Menurut The Australian hari ini, polis sedang
menilai sama ada mana-mana rakyat, pemastautin atau firma Australia melanggar
undang-undang negara itu.
"AFP sedang membantu rakan polis luar negara dalam
siasatan mereka. Memandangkan perkara ini masih diteliti, maka tidak sesuai
untuk mengulas lanjut," kata jurucakapnya kepada The Australian.
Isu 1MDB di Australia sebenarnya sudah menjadi
pengetahuan umum rakyat negara itu apabila pada 4 April 2016, seorang eksekutif di salah sebuah
bank terkemuka di Australia, Bank ANZ telah
disoal oleh sebuah jawatankuasa siasatan parlimen di negara itu s, berhubung
kaitannya dengan skandal 1MDB.
Timbalan Ketua Eksekutif bank berkenaan, Graham Hodges
disoal berhubung dakwaan pengetahuan bank itu mengenai dakwaan lebih AS$1
bilion telah disalurkan melalui akaun AmBank Perdana Menteri Najib Razak.
ANZ memiliki 24 peratus AmBank, dan mempunyai tiga
wakilnya sendiri dalam lembaga pengarah bank Malaysia itu. Hodges sendiri bakal
menjadi ahli lembaga AmBank.
Sydney Morning Herald melaporkan Hodges
sebagai berkata, ANZ adalah terhad dalam
apa yang ia boleh lakukan untuk menangani skandal tersebut kerana ia hanya
pemegang saham minoriti.
Sehingga kini tiada berita susulan mengenai siasatan
berkenaan.
Apapun, terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang datang ke Australia
kononnya mahu memperjelaskan isu 1MDB kepada pelajar da masyarakat Malaysia
pada November lalu tetapi ia mendatangkan kesan boomerang.
Kempen di Melbourne, Sydney dan Brisbane, tidak
diberikan laporan sewajarnya oleh media tempatan namun akhbar negara kangaroo
itu, The Australian Business Review yang wartawan mereka dilarang
memasuki majlis penerangan JASA itu hairan bagaimana penerangan oleh 1MDB
termasuk oleh Ketua Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy tidak mahu dihebahkan.
Laporan meluas akhbar itu mendapat perhatian banyak pihak
dan kesannya semakin buruk kepada 1MDB apabila ia menjadi satu syarikat
kerajaan Malaysia yang dilihat dengan penuh curiga.
Dalam laporan akhbar itu yang bertajuk “Malaysia’s
1MDB in university hard sell’ pada 15 November 2016, Arul turut ‘lari’
daripada wartawan Australia yang mahu mendapatkan penjelasan beliau.
Banyak sudah siasatan dan kaitan 1MDB dengan individu,
bank dan institusi tertentu di negara itu tetapi ia tidak dihebahkan dengan
begitu besar sebelum ini.
Namun dengan laporan bahawa polis Australia kini
menyiasat bimbang isu 1MDB kini sudah merebak ke negara mereka membimbangkan
pentadbiran negara itu.
Menurut laporan The Australian itu , AFP sedang
membantu sama ada pihak berkuasa di Switzerland, Amerika atau Singapura dalam
siasatan mereka berhubung dakwaan penyelewengan dana daripada 1MDB.
Ironinya, berita mengenai peranan Australia dalam siasatan 1MDB
timbul hanya seminggu selepas Perdana Menteri meninggalkan negara itu selepas beliau dan keluarganya bercuti di negara itu.
Sebelum ini, Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia
(ASIC) membubarkan syarikat, Avestra Asset Management, yang dituduh
mengendalikan wang yang berasal daripada 1MDB.
Avestra dikatakan mempunyai hubungan dengan entiti yang
didaftrakan di Kepulauan Cayman iaitu Bridge Global Absolute Returns Fund SPC.
Lebih merisaukan 1MDB, pada 22 November 2015 lalu, bekas
pegawai bank BSI, Yeo Jiawei yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi
Singapura atas tuduhan mengganggu saksi yang terlibat dalam penyiasatan
Singapura ke atas 1MDB ada membeli harta di Australia.
Yeo yang dikenakan hukuman penjara 30 bulan penjara berhubung
tuduhan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan 1MDB mempunyai hubungan
rapat dengan ahli perniagaan Malaysia Jho Low.
Yeo dikatakan mengumpulkan kira-kira S$23.9 juta (RM74
juta) dalam tempoh 15 bulan melalui "keuntungan rahsia" selepas
beliau meninggalkan bank itu pada bulan Jun 2014 turut mendedahkan sesuatu yang
ada kaitan dengan Australia.
Ini didedahkan oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraan
Yeo di Singapura yang berdepan empat pertuduhan mengganggu saksi, menurut The
Edge Markets. Dalam dokumen Yeo, 34, bertajuk 'kenyataan kekayaan' yang
dijumpai di dalam iPad Yeo yang dirampas oleh pihak berkuasa, beliau mempunyai
senarai asetnya.
Ini termasuk tiga harta tanah di Singapura dan dua lagi
di Australia, serta wang tunai dalam pelbagai mata wang di beberapa bank-bank
seperti HSBC dan OCBC, dengan jumlah nilai aset-aset ini pada S$25,988,735.
Yeo akan dibicara lagi atas beberapa kesalahan lain tahun
depan - semua berkaitan dengan siasatan 1MDB, termasuk penipuan, pengubahan
wang haram dan pemalsuan. Setakat ini, Yeo adalah pegawai bank ketiga BSI yang
disabitkan kesalahan berhubung 1MDB.
Akhbar The Age bertarikh 25 Ogos 2016 mengatakan
kerajaan negara itu sebelum ini cuba menyepi dan menjauhkan diri pada skandal
dunia ini, biarpun sebelum ini Menteri
Luar Australia, Julie Bishop kemudian
secara terus terang mengatakan tuduhan terhadap Najib sesuatu yang ‘serius’.
Dengan kedudukan sedemikian dan dengan polis Australia
sedang menyiasat kes ini dengan secara mendalam, mungkin apa yang berlaku di
Singapura, seperti pendakwaan terhadap individu dan institusi kewangan akan
menular pula ke sana.
Di mana mahu diletakkan maruah Malaysia di kaca mata
dunia?
Siapa yang akan kesipuan kini, rakyat atau Perdana
Menteri Malaysia?
No comments:
Post a Comment