Bekas Pengarah Bahagian Siasatan Khas (BOK) Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk
Bahri Mohd Zin semalam menggemparkan
negara apabila mengesahkan beliau “kecewa” dan tidak mahu lagi berkhidmat
dengan "undang-undang sarang labah-labah" yang hanya memerangkap
pesalah kecil.
Beliau mengesahkan kenyataannya di FMT bahawa
beliau kecewa dan berasa amat berdosa kepada rakyat Malaysia “kerana kes SRC International
(SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah”.
Turut menggemparkan ialah jawapannya kepada ulasan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Abdul Rahman Dahlan yang mengaitkan persaraannya itu.
Bahri, yang memainkan peranan utama dalam siasatan SRC,
bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu memilih bersara
awal walaupun boleh terus bertugas tiga tahun lagi.
Beliau memainkan peranan penting menyiasat SRC dan
menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta dananya ditemui pada akaun
persendirian Datuk Seri Najib Razak.
Ketika siasatan SPRM ke atas 1MDB dianggap kompleks dan
membabitkan banyak aspek perundangan luar negara - dengan peguam negara enggan
mengeluarkan persetujuan bantuan undang-undang kepada pihak berkuasa asing -
kes SRC dilihat jelas melibatkan entiti dalam negara.
Wang SRC dimasukkan ke akaun perdana menteri melalui dua
transaksi - iaitu pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 - selepas
disalurkan melalui dua syarikat lain, iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan
Perdana Sdn Bhd.
Najib mendakwa tidak tahu menahu wang berkenaan adalah
berasal dari SRC, walaupun syarikat itu
adalah milik kementerian kewangan. Perdana menteri juga menjawat tugas
sebagai menteri kewangan pertama.
Dalam polimik Bahri-Rahman semalam, sewajarnya seseorang
menteri mempunyai maklumat yang jelas kenapa pendakwaan kes SRC itu tidak ke
mahkamah dan ‘diam hingga sekarang’.
Apakah ia benar tiada kes atau kes itu ‘digelapkan’?
Untuk apa tujuannya, menteri sewajarnya tidak mengulas daripada hanya membuka lebih
besar pekong di dada.
Sebagai menteri, Rahman perlu melihat dulu ‘apa telatah Bahri
seterusnya’ dan jangan terperangkap dengan kenyataannya.
Tetapi ini tidak berlaku dengan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu yang mungkin
kerana mahu segera menjawab suatu perkara yang beliau sendiri tidak jelas, beliau
pula yang terperangkap dalam ‘tindakan
terdesaknya’ untuk mempertahankan Kabinet atau Perdana Menteri.
Beliau terus sahaja membuat ulasan terhadap Bahri secara tergopoh-gapah dan mahu menunjukkan kepada
Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai ‘panglima utama BN’
Pertanyaan Rahman kepada Bahri sudah menggambarkan beliau
memang hanya berniat mempertahankan Perdana Menteri apabila mengatakan: “Kenapa
dalam kes-kes (yang disiasat oleh SPRM tidak dituduh di mahkamah oleh Peguam
Negara atas berbagai sebab antaranya kerana tidak cukup bukti, penyiasatan yang
gopoh dan ketiadaan merit untuk pendakwaan, Dato Bahri tidak bangkitkan
ketidakpuasan hati beliau secara terbuka?
“Kenapa hanya dalam kes yang membabitkan Perdana
Menteri yang diungkit?”
Lagipun, bukan taraf beliau untuk menjawab kenyataan
seorang pegawai kanan kerajaan yang rasanya lebih mengetahui mengenai selok
belok kerja atau tugas berkaitan dengan SPRM.
Ini bukan jenis jawapan politik dan boleh goring hingga
hangit. Ini kes yang rahsia yang sudah menjadi pengetahuan rakyat.
Digoreng sampai berasap pun, rakyat akan tetap
persoalkannya kerana tidak logic seorang Perdana Menteri, menteri Kewangan dan
pemilik akaun tidak tahu wang sebanyak RM42 juta masuk ke akaunnya.
Bahri bukan kakitangan biasa. Kerana itu apabila beliau
mengumumkan persaraan awalnya, ada reaksi berbagai daripada banyak pihak. Ada
sesuatu yang tidak kena, pastinya!
Rahman mungkin terpedaya dengan kenyataan SPRM yang mengulas
berita mengenai persaraan Bahri itu apabila kenyataan SPRM mengatakan Bahri memilih untuk bersara awal bukan kerana kecewa
dengan kes SRC seperti yang dilaporkan.
Dalam satu kenyataan media petang semalam, suruhanjaya
itu berkata Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan itu.
Sebaliknya, reaksi kepada kenyataan SPRM itu, Bahri
menegaskan akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi. “Menggunakan
sumber belum masak orang ketiga dan buat ‘judgement syok’ sendiri. Tunggulah
kenyataan dari mulut saya sendiri,” katanya.
Beliau turut mengulas
laporan berita yang mengaitkan persaraannya dengan Tun Dr Mahathir
Mohamad dan juga komen oleh Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman
Dahlan.
Dalam laporan berita itu, portal FMT yang memetik sumber yang rapat dengan
siasatan 1MDB mempersoalkan masa persaraannya.
Menurut sumber itu, jika kes SRC adalah alasan Bahri
berasa bersalah, beliau sepatutnya meletak jawatan tahun lalu atau pada 2015.
Bagaimanapun bekas pegawai kanan SPRM itu hanya tersenyum
mendengar hujah itu.
“Pemakan dedak ada di mana-mana, di luar sana mahu pun
dalam jabatan-jabatan kerajaan,” katanya.
Beliau lantas membidas Rahman kerana mengadilinya tanpa
fakta yang tepat dan tidak merujuk kepada sumber asal iaitu beliau sendiri.
"Maka berkewajipan bagi saya lepas pulih dari sakit
nanti saya akan jawab satu persatu apa yang Pak Menteri itu tulis mengenai
saya. Biar rakyat pula yang menjadi pengadilnya,” katanya.
Bahri memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak
mencabarnya.
“Saya cukup pantang kalau orang pukul curi saya, dulu
masa kes SRC Internation tengah memuncak ada sorang bekas ketua menteri
membantai saya secara tidak adil...Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi
rasuah dan pengambil rasuah.
“Ya, pengamal rasuah dan jangan cuba nak jadi juara
kepada rakyat di luar sana,” tegasnya.
Episod ini Rahman menonjolkan dirinya ‘dangkal dan
bodoh’. Soal layak atau tidak layak menjadi menteri itu soal lain.
Kini Rahman terkesipuan sendiri apabila ‘tuan
punya badan yang lebih tahu’ menjawab balik kenyataannya yang tidak cermat.
Bukan mahu merendahkan
seorang Menteri. Tetapi gunakanlah kedudukan itu sebagai tempat untuk
berkhidmat dan membela rakyat. Membuat kenyataan biarkah cerdik dan berpijak di
alam nyata, bukan suatu bentuk ‘cerita rekaan’.
Jika menjadi menteri hanya
untuk mempertahankan ‘bos’ semata-mata dan menjadikan kedudukan untuk
‘mengherdik orang lain’ atau menunjukkan ‘aku sahaja yang pandai’, ia sudah
melencong jauh daripada matlamat asal.
Hakikatnya bukan susah
untuk menjadi menjadi Menteri, berbanding menjadi Pengarah Urusan atau Ketua
Pegawai Eksekutif sesebuah entiti perniagaan.
Ada menteri dilantik
kerana kuota parti, ada yang kerana memang kroni, membalas jasa, akibat ugutan,
dan tidak kurang pula yang kaki bodek.
Malah yang memang diketahui ‘tidak cerdik’ pun ada jadi menteri.
Hanya kerana mereka
kebetulan menjadi ahli parlimen atau dilantik Senator kerana sebab-sebab di
atas atau kerana pilihan raya atau kalah pilihan raya, mereka dilantik jadi menteri
dan timbalan menteri.
Rahman bukan tidak cerdik
tetapi kali ini terlalu gopoh dan silap tidak menggunakan kecerdikannya!
No comments:
Post a Comment