Taring Ahmad Said sudah patah. Bukan sahaja di Terengganu secara
keseluruhan tetapi juga di Kemaman.
Kembalinya Datuk Mohamad Awang Tera ke kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Cukai dan Wan
Hakim Wan Mokhtar di (DUN Air Puteh) - membuktikan kedudukan itu.
Jelas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tidak
lagi ‘power’ untuk menentukan calon
pilihannya, termasuk di Kemaman sendiri.
Secara keseluruhan BN Terengganu menampilkan semula 19
penyandang termasuk 17 penyandang kerusi DUN di samping dua penyandang kerusi
Parlimen selain beberapa muka baharu.
Datuk Mohd. Jidin Shafee yang dikatakan rapat dengan
Ahmad Said kini dialihkan ke kerusi Parlimen Setiu manakala tempatnya
digantikan dengan bekas Adun Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh yang juga bekas Setiausaha
Politik kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.
Sementara calon di DUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, calon
DUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, calon Kota
Putera, Mohd Mahdi Musa tidak begitu dikaitkan dengan Ahmad Said.
Datuk Tengku Putera Tengku Awang (mempertahankan DUN
Kuala Berang) yang sebelum ini dilihat ‘mesra Ahmad Said, kini membawa
haluannya.
Nampak jelas, Panglima
dan anggota ‘Geng10’ beliau membuat ‘come back’ yang menyebabkan Pengerusi
Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk
Ahmad Razif Abdul Rahman juga seakan hilang cengkaman.
GENG10 adalah sepuluh orang Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) BN yang menentang perlantikan Ahmad Said (ADUN Kijal) sebagai Menteri
Besar Terengganu.
Rosol Wahid |
Mereka terdiri daripada ADUN Ajil yang dianggap sebagai
ketua G10, Kuala Berang, Alor Limbat, Paka, Permaisuri, Bukit Besi, Air
Putih, Tepuh, Jabi dan Kota Putera.
Bagaimanapun, sebahagian mereka sudahpun tidak lagi
dicalonkan dan sudah meninggal dunia.
Pada 23 Mac, 2008, sewaktu Ahmad Said menerima watikah
perlantikan sebagai Menetri Besar, ADUN Ajil Rosok Wahid telah mengadakan
sidang media di kediaman Menteri Besar.
Sewaktu Ahmad menghadap Yang Dipertua Majlis Penasihat
Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman di Istana
Tamu(Al-Muktafi BiLlah Shah) ADUN Ajil, Rosol Wahid telah melakukan ‘onar’ .
Selain boikot, menurut Rosol yang bercakap kepada pihak
media juga merancang mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri
(DUN) bagi membantah perlantikan Ahmad Said.
Din Adam |
Beliau juga memberitahu, bahawa wakil-wakil rakyat bahawa
Geng10 juga sedia meletakkan jawatan
jika diperlukan berbuat demikian.
Panglima ‘Geng10’ bertanding di Parlimen Besut, walaupun
pada Pilihanraya Umum lalu (PRU13) menyatakan tidak minat mempertahankan
kerusinya.
Kini Datuk Seri Idris Jusoh membawa bersamanya
‘tenteranya’ di ketuai oleh Rosol yang membuat ‘come back’, kini bertanding di
Parlimen Hulu Terengganu dan Datuk Din Adam di Parlimen Dungun.
Sementara ‘askar-askarnya’ pula selain Abdul Halim Jusoh dan penyokong kuat Idris Wan Hakim
serta Datuk Mohamed Awang Tera bertanding di DUN Cukai.
Seorang lain orang kuat Idris iaitu Datuk Mohd Sabri Alwi
bertanding di DUN Ladang. selian Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad (di DUN Bukit
Tunggal).
Malah calon wanita, Zaitun Mat Amin (DUN Bukit Payong)
juga dilihat ‘mesra Indris’ melalui suaminya Datuk Muda Mamat.
![]() |
Abdul Halim |
Ahmad Razif dilihat hanya berkuasa di kerusi Parlimen
Kuala Terengganu apabila meletakkan Datuk Nawawi Ismail, bekas Setiausaha
Kerajaan sementara yang lain di DUN dalam Parlimen Kuala Nerus yang ditandingi
sendiri oleh Ahmad Razif. Selain itu, Datuk Basir Ismail (Tepoh), Che Mansor
Salleh (Buluh Gading), selian pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
(Parlimen Kuala Nerus).
Sementara Mohamad Nor Endot (Parlimen Marang), Datuk
Saiful Bahri Baharuddin (DUN Alor Limbat), Wan Zaulkifli Wan Gati (DUN Rantau
Abang), Tengku Hamzah Tengku Draman (DUN Paka), Salleh Othman (DUN Wakaf
Mempelam), Toh Seng Cheng (DUN Bandar) dan Zamri Awang Hitam (DUN Batu Burok)
tidak menunjukkan sikap mereka yang jelas.
Datuk Mohd Pahemi Yusof yang bertanding di DUN Jerteh, A Latiff Awang (DUN Pengkalan Berangan), Datuk
Rozi Mamat (mempertahankan DUN Telemong) dan Ir Rosli Othman yang
mempertahankan DUN Kemasik tidak diketahui ‘arah kiblat politiknya’.
Dr Ahmad Ramzi |
Dalam konteks Geng10 ini, rakyat Terengganu masih tidak lupa dengan perbuatan
mereka yang selepas tamat lakonan episod perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri
Besar, mereka muncul pula dengan episod ‘SMS Ugut Bunuh’ setahun
kemudiannya.
Pada 14 April 2009, mereka telah memboikot dan tidak
hadir dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang diadakan pada
ketika itu gara-gara bekas Setiausaha Politik Idris Jusoh, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir yang telah
menghantar satu ugutan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Masih diingat dengan jelas: “Baik jangan teruskan niat
YB. YB tak sayang nyawa?”adalah kata-kata tertera dalam SMS yang ditujukan
kepada ADUN Paka dan ADUN Permaisuri. Kononnya SMS tersebut dihantar oleh Setiausaha Sulit
Kanan Ahmad Said, Wan Ahamad wan Muda.
Akhirnya, setelah disiasat dan dibicarakan, Mahkamah
Sesyen Kuala Terengganu pada Isnin 28 November 2011, menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan kepada Ahmad
Ramzi.
Persoalannya, apa pula peranan dan sumbangan Geng10
selepas ini?