Wednesday 22 February 2017

PAS LEBIH SELESA BEKERJASAMA DENGAN PPBM, PKR BERBANDING UMNO/BN?


"PAS kini melihat peluang untuknya membentuk kerajaan semakin cerah, apa lagi dengan  kehadiran PPBM yang menjadi saingan kepada UMNO...tidak kiralah ia bekerjasama atau bertanding berapa penjuru sekali pun."

Politik Terengganu akan kembali hangat dalam tempoh beberapa bulan terakhir sebelum pilihan raya kerana dua parti dominan – UMNO dan PAS – terpaksa memikirkan satu pelan untuk menjamin kedua-duanya terus berkuasa.

Kini di Terengganu, di pihak pembangkang ada PAS, PKR, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kira-kira dua minggu lalu menghadirkan diri dengan jelas di negeri itu,  dijangka akan turut bertanding dalam pilihan raya.

Untuk rekod di DUN Terengganu kini UMNO ada 17 kerusi, PAS 14 dan PKR satu.

PAS kini melihat peluang untuknya membentuk kerajaan semakin cerah. Apa lagi dengan  kehadiran PPBM, tidak kiralah ia bekerjasama atau bertanding berapa penjuru sekali pun. Keadaan ini memudahkan usaha PAS menakluki DUN Terengganu.

PPBM akan mendapat sokongan pengundi sama ada yang keluar atau masih dalam UMNO. Dengan kata lain, ia berpeluang untuk bertanding di mana-mana sahaja 17 kerusi dimiliki UMNO dan empat (4) kerusi Parlimen.

Untuk menjatuhkan UMNO/BN, PPBM dijangka akan hanya bertanding dikerusi yang dimenangi UMNO. Ini akan memberikan kelebihan kepada PAS, apalagi jika kedua-duanya bekerjasama.

Proses perundingan kerusi dijangka akan bermula tidak lama lagi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Azan...satu-satunya ADUN PKR
Sejauh ini PAS Terengganu tidak nampak bahawa AMANAH akan menjadi saingan kepadanya – kecuali mungkin dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu sahaja.

Sementara PKR pula tidak menunjukkan tanda-tanda akan bertanding banyak kerusi. Matlamat utama mereka pastinya mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar yang dimenangi Azan Ismail sebelum ini.

Mungkin kawasan lain untuk PKR ialah di Bukit Besi, Kota Putera, Permaisuri, Seberang Takir dan mungkin Ajil.

Jika wujud pun pakatan pembangkang, PKR tahu kekuatan dan kelemahannya yang tidak memungkinkan mereka bertanding lebih daripada lapan kerusi DUN.

Bagi PAS, ‘inilah masa’ untuk merampas Terengganu kerana faktor UMNO yang lemah dibawah kepimpinan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Pemimpin PAS di negeri ini semakin bernafsu memikirkan siapa menteri besar serta anggota Exco mereka, malah walaupun ada 17 kerusi UMNO dan jika PPBM bekerjasama dengan PAS, PPBM mungkin hanya diberikan paling banyak 10 kerusi sahaja.

Maknanya PAS akan bertanding dilebih 18 kerusi. Selebihnya mungkin untuk PKR.

PAS sangat yakin Menteri Besar baharu selepas pilihan raya umum nanti adalah daripada PAS dan yang disebut-sebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Satiful Bahri Mamat.

Satiful...disebut-sebut Menteri Besar Terengganu selepas PRU14.
Tidak pernah seteruk ini krisis dalaman yang melanda UMNO Terengganu, apa lagi ada khabar angin mengatakan Ahmad Razif tidak akan dilantik semula menjadi Menteri Besar selepas pilihan raya umum nanti.

Apapun, beliau akan tetap menjamin bahawa tiada saingan untuknya selepas pilihan raya nanti jika beliau masih menang bertanding di Seberang Takir.

Berikutan itu ‘panglima UMNO’ di bahagian UMNO melihat inilah peluang untuk mereka menonjolkan diri, sementara yang dijangka akan memberikan saingan kepada Ahmad Razif – jika diberi peluang bertanding akan ke kerusi Parlimen.

Ahmad Razif akan menjamin beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menjadi saingannya akan ke Parlimen, termasuk Datuk Mohd Jidin Shafie (Permaisuri) , kembali ke Parlimen Setiu sekali lagi, Wan Hakim Wan Mokhtar (Air Putih) ke Parlimen Kemaman, A Latiff Awang (Pengkalan Berangan) ke Parlimen Marang dan Datuk Din Adam (bekas ADUN Bukit Besi) ke Parlimen Dungun.

Ahmad Razif tidak bimbang dengan beberapa ADUN lain yang dilihatnya ‘masih mentah’, malah dikatakan beberapa ADUN seperti Nawi Mohamad (Hulu Besut), Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Kuala Berang) dan Ir Rosli Othman (Kemasik) akan digugurkan.

Ahmad Razif cuma bimbang sekiranya Datuk Jailani Johari (Ahli Parlimen Hulu Terengganu) turun ke DUN Kuala Berang, yang akan memungkinkan Johari dilantik menggantikan beliau.

Jailani Johari...bakal ganti Ahmad Razif?

Di pihak PAS sejauh ini nampaknya ia akan bertanding secara solo apabila parti itu sudah memuktamadkan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan PPBM kerana parti yang baru ditubuhkan itu dengan jelas bersekongkol dengan DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 17 Februari lalu mengulangi ketegasan bahawa Pas tidak akan sekali-kali menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik yang mempunyai hubungan de­ngan DAP dan juga AMANAH.

Jika kedudukan ini berlaku, PAS yang akan disaingi oleh AMANAH dan UMNO disaingi oleh  PPBM mungkin perlu bekerjasama, walaupun PAS sedikit cuak untuk melakukannya.

Namun bimbang tidak cukup majoriti mudah, PAS yang dijangka akan hanya memang 12 kerusi sementara UMNO hanya 10 kerusi boleh bergabung untuk membentuk kerajaan.

Atau PAS boleh pilih untuk bergabung dengan PPBM dan PKR – tanpa AMANAH – untuk membentuk kerajaan negeri bagi mencukupkan 17 atau 18 kerusi bertujuan membolehkan ia memerintah dengan rakan pembangkangnya, kecuali AMANAH.

Dalam kedudukan politik Terengganu yang tidak menentu – membimbangkan PAS dan UMNO – dengan kehadiran PPBM yang kini mengukuhkan jenteranya di seluruh negeri, apa-apa sahaja boleh berlaku.

Ahmad Razif...kesayangan Datuk Seri Najib Razak
Malah ada di sebut bahawa walaupun di peringkat atas ada menyebut kerjasama PAS dan PPBM tidak akan pernah berlaku, namun pemimpin PAS negeri dikatakan lebih selesa bekerjasama dengan PPBM berbanding UMNO.

Seperti PPBM, PKR dan AMANAH, PAS juga mahu menumbangkan UMNO/Barisan Nasional untuk membolehkan pemimpinnya mendapat kedudukan yang selesa.

Berbanding UMNO yang menjadi musuh tradisinya, bergabung dengan PPBM dan PKR lebih selesa, malah di Selangor pun PAS turut bergabung dengan PKR.

Cuma persoalannya jika ada ADUN AMANAH yang menang, di manakah kedudukan mereka dalam kerajaan campuran pembangkang nanti?

Sunday 12 February 2017

PAS JANGAN ANGKUH, ‘HARIMAU TIDUR’ AKAN MENGAUM MULAI ESOK...


Untuk pemimpin dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sila baca kenyataan ini dan fahami maksudnya dengan jelas:

“Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tanpa PAS tidak akan menang satu kerusi pun dalam pilihan raya akan datang.”

Siapa yang cakap, di mana?

Kenyataan ini dibuat oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali ketika merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan RayaUmum (PRU) ke-14, PAS Kawasan Kuala Nerus, di Dewan Kompleks Tarbiyyah At-Taqwa (Komtaq), Batu Enam, Kuala Nerus pada 3 Februari lalu.

Jelas sekali daripada kenyataan ini menggambarkan bahawa bagi PAS, PPBM itu tidak ada apa-apa.

Tiada pengaruh dan tidak mungkin menang walau satu kerusi pun.

Apakah beliau bercakap dengan menuruk kepada Terengganu sahaja atau melihatnya dalam skop lebih luas, termasuk beberapa negeri di Pantai Barat?

Mungkin kerana pendirian seperti ini di kalangan pemimpin PAS menyebabkan rundingan kerjasama dengan PAS dianggap sebagai ‘perbualan biasa’ sahaja kerana pemimpin PAS melihat PPBM tidak mempunyai pengaruh.

Malah jelas PAS kini menunjukkan bahawa rundingannya dengan PPBM tidak akan ke mana-mana. Tidak aka nada kata putus?

Sedangkan kemunculan PPBM dilihat oleh rakan pembangkang lain, termasuk PKR, AMANAH dan DAP sebagai suatu kemunculan ‘peluang lebih besar’ untuk bersama-sama menumbangkan UMNO-Barisan Nasional (BN).


Apapun, jangan marahkan pemimpin PAS atau Mustafa Ali.

Rata-rata pemimpin PAS kini memang sudah merasa parti mereka terlalu kuat. Semua yang lain perlu tunduk kepada kekuatan mereka.

Seperti kata Mustafa, gabungan parti-parti pembangkang tidak akan berjaya menawan Putrajaya tanpa kerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

Pentingnya PAS ini berdasarkan  statistik peratusan sokongan PAS mempunyai kekuatan akar umbinya antara 40 hingga 45 peratus. Berikutan itu, PAS hanya memerlukan lonjakan tujuh peratus sokongan dalam pilihan raya bagi menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

 “PAS boleh menang tetapi tidak banyaklah, sebab itu kita perlu juga pada nilai tambah. Jika kita ada 45 peratus, perlu lagi tujuh (7) peratus untuk mengalahkan UMNO. Dalam politik Malaysia, untuk mengalahkan BN dan menawan Putrajaya tidak ada pembangkang boleh menang untuk tawan Putrajaya tanpa PAS,” tegasnya.

Selain itu katanya, parti yang boleh kalahkan UMNO bukan DAP tetapi kombinasi PAS dengan PPBM atau PKR yang kuat.

PAS tanpa sedari bagaimana sokongan kepadanya akan susut pada PRU-14 berikutan tertubuhnya AMANAH dan hasratnya bersatu dengan UMNO.

Ada yang tidak gemar ia berganding bahu dengan PPBM.

Selain itu faktor kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang  dilihat ‘jauh bertentangan’ dengan pesanan Allhayarham Datuk Nik Aziz Nik Mat akan semakin hilang pengaruh, sama ada di peringkat ‘powerbase’ mahu pun menyertaan orang muda kepada parti itu.

Malah keangkuhan PAS yang semakin jelas akan menjauhkan mereka yang sebelum ini mempunyai hasrat menyertai parti itu. Mereka kini lebih selesa dengan golongan ‘profesional’ dalam AMANAH atau slebihnya kepada PPBM yang menawarkan perubahan.

PAS juga kena ingat bahawa pakatan pembangkang melalui PKR, AMANAH dan DAP sudahpun berganding bahu melalui perjanjian persefahaman antara mereka.


Pada ketika PAS masih bernostalgia dengan kononnya sokongan padu masih kukuh di peringkat bawahan, mereka semakin lupa bahawa generasi baru kini melihat AMANAH, PPBM dan PKR sebagai sumber perjuangan mereka.

Mustafa mungkin melihat kepada kedudukan PPBM di Terengganu yang kini dilihat ‘sepi’ dan ‘suasana air yang begitu tenang’.

Bagi Mustafa dan penyokong PAS, PPBM tidak bergelora lansung berbanding di Johor dan Kedah, atau juga di Negeri Sembilan dan Melaka.

Mustafa mungkin memandang rendah kepada PPBM yang ‘masih kaku’ di Kelantan di mana AMANAH dilihat lebih bertenaga,

Namun Mustafa lupa bahawa di kedua-dua negeri berkenaan, jangan ‘dikejutkan harimau yang sedang tidur’.

Jentera PPBM mungkin sedang bergerak secara senyap.

Walaupun mungkin ahli tidak seramai PAS, gerakan yang berjalan di bawah memfokuskan kepada pengundi – menjamin pengundi memilih PPBM.

Menjamin rakyat Terengganu mengundi untuk perubahan, itu menurut mereka yang sedang bergiat secara senyap.

Jangan terkejut jika esok (14 Februari 2017), ‘harimau yang sedang tidur’ itu tiba-tiba bangkit dan maraum sekuat-kuatnya. Ia meraum untuk memperdengarkan suaranya di dengar oleh PAS dan UMNO di dua negeri berkenaan.

Memanglah kemunculan kali pertama ‘harimau’ berkenaan tidak akan terus menjadi ‘raja rimba’ tetapi keselesaan dan keangkuhan PAS akan tercabar dengan kebangkitan baru PPBM.

Jika selama ini PAS memandang rendah kononnya AMANAH hanya bergerak di Kuala Terengganu dan PKR pula di beberapa daerah secara kecil-kecilan, mungkin PPBM akan mempunyai jentera pilihan rayanya dalam masa yang singat di semua Parlimen.

Tidak mustahil juga gerakan di peringkat negeri akan dipimpin oleh mereka yang juga ada pengalaman politik.

Juga di Kelantan, sekiranya PAS hanya melihat UMNO sebagai saingan atau mungkin ‘rakan pilihan rayanya’, kehadiran AMANAH + PPBM + PKR, akan menjadikan ia suatu kekuatan yang bukan sahaja menjadi ancaman kepada PAS tetapi juga UMNO Kelantan.

Mustafa tidak mengambil realiti di peringkat bahawa  betapa partinya semakin menguncup di Pantai Barat, juga di Kelantan.

Apa akan jadi kepada 13 kerusinya di Selangor apabila orang Cina yang menentang Akta 355 dan DAP menarik balik sokongan yang diberikan pada PRU-13?

Apabila berperang dengan bukan Melayu dan bukan Islam dalam isu Akta 355, PAS akan hilang sokongan bukan Melayu dalam MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen lain di Pantai Barat.

Pada pilihan raya kali ini, PAS mungkin hanya bernafas di Terengganu sahaja. Tidak di Kedah, Selangor, juga Kelantan.

Malah kemungkinan PAS tidak menyertai kerajaan campuran Selangor selepas PRU-14 semakin nyata dengan kemunculan dan semakin berpengaruhnya AMANAH dan PPBM di Selangor.

Sikap PAS yang bermusuh dengan DAP dan AMANAH akan terus menyisihkan dirirnya sendiri.

Walaupun AMANAH dan PPBM mungkin terpaksa berbahagi kerusi berbanding PKR dan DAP di Selangor, tetapi kekuatan PAS selama ini di negeri itu akan menjadi lemah apabila ia tidak lagi menyertai Pakatan Harapan kerana wujudnya AMANAH dan DAP dalam pakatan itu.

Kerana itu kenyataan angkuh Mustafa itu jika diteliti dan diamati sebenarnya pernyataan kebimbangan mereka sendiri untuk menempatkan di mana PAS pada PRU-14.

Kerjasama PAS-PPBM yang dilihat akan gagal, sebenarnya memudahkan PH untuk bergerak di Terengganu dan Kelantan.


Jika ada kerjasama PAS- PPBM  mungkin akan membolehkan ia bertanding kembali di semua kerusinya selain beberap kerusi yang dimenangni oleh UMNO di Kelantan dan Terengganu, tetapi akibat keangkuhannya, pertandingan akan menjadi tiga penjuru.

Ada pendapat mengatakan jika ini berlaku, UMNO akan menang besar kerana pembangkang berpecah.

Benarkah? Rakyat yang mahu melihat perubahan akan mengundi parti pembangkang.

Bukan sebarang parti pembangkang yang akan diundi oleh mereka. Yang akan diberikan sokongan ialah pakata n pembangkang yang mahu melaksanakan perubahan.

Apakah PAS parti yang sedang memperjuangkan perubahan atau staus-quo sambil  mengekalkan perjaungan lamanya yang semakin bercelaru, akan dipilih rakyat atau PH yang memperjuangkan berbagai isu rakyat dan ingin membawa perubahan kepada politik UMNO yang kaku dan mementingkan kedudukan beberapa pemimpin atasan mereka sahaja?

PAS gagal menawarkan pakej perubahan.

Rakyat yang mahukan perubahan dalam kedudukan mereka yang dihimpit oleh tekanan hidup akan berfikir dan menyokong perjuangan mewujudkan ‘hidup dengan lebih selesa untuk beribadah’ atau memilih untuk menyokong sambil ‘redha terus-menerus ditekan dengan berbagai kesukaran hanya demi perjuangan parti yang kononnya perjuangan Islam’.

Apakah rakyat rela untuk terus sengsara dengan memilih PAS?


Sedangkan mereka ada pilihan untuk ‘sedikit atau lebih selesa’ dengan menyokong PH?

Untuk PRU14 nanti, biarlah rakyat menentukan sama ada memilih PAS yang berterusan sombong dan tidak menghala kea rah perubahan yang dimahukan rakyat atau bersama PH yang akan membawa rakyat Terengganu ke arah satu dimensi kehidupan yang baru.

 Dan ini hanya boleh dicapai dan dinikmati melalui PH dan sama sekali bukan PAS!

Friday 10 February 2017

DANA RM90 JUTA – HUSAM AKAN TURUT HERET NAJIB RAZAK KE MAHKAMAH???


Isu PAS kononnya menerima dana RM90 juta daripada UMNO hangat kembali sejak beberapa hari lalu.

Sehari dua ini, PAS menyifatkan kenyataan penasihat AMANAH Kelantan, Datuk Husam Musa bahawa parti itu menerima dana tersebut, sebagai tuduhan jahat.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat yang dianggap sebagai fitnah itu, PAS menyifatkan tuduhan Husam sebagai rantaian fitnah yang pernah dibuat Sarawak Report.

Isu ini pastinya meletup selepas ini jika Husam disaman dan di heretkan ke mahkamah.

Husam yang berseedia menanggung risiko dengan kenyataannya itu, semalam berjanji akan mempertahankan apa yang diucapkannya semasa berceramah di Selising, Pasir Puteh pada 6 Februari lalu.

Biarpun dianncam saman dan digambarkan berdepan dengan nasib seperti Sarawak Report, semalam Husam tampil memberi penegasan.

"Tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu berbangkit," katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man kelmarin menafikan ‘tuduhan Husam’ yang parti itu menerima RM90 juta itu melalui akaun Affin Bank.

Berikutan itu, seperti Sarawak Report, Husam akan disaman gara-gara kenyataannya.

Apakah tindakan PAS itu akan menghapuskan keraguan sambil akan meyakinkan rakyat bahawa ia bersih daripada tuduhan menerima dana daripada UMNO?

PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report, demikian tegas Tuan Ibrahim.

Husam pada ceramah di Selising, Pasir Puteh.
Husam berkata beliau menganggap kenyataan Tuan Ibrahim semalam dibuat tanpa penelitian.

"Kemungkinan beliau tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit," katanya.

Husam juga berkata, beliau tidak pasti sama ada kenyataan Tuan Ibrahim mengenai tindakan mahkamah ke atasnya itu adalah bersifat peribadi atau pendirian rasmi PAS.

Isu dana RM90 juta itu mula ditimbulkan oleh laman sesawang Sarawak Reportyang sebelum ini giat membuat laporan mengenai salah laku yang dikaitkannya dengan kerajaan.

Ia disiarkan pada Ogos 2016.

Sejauh ini apakah saman terhadap Sarawak Report itu berjaya menghapuskan keraguan mengenai ‘derma daripada Perdana Menteri’ berkenaan?

Apakah ‘penderma dana’ yang dikaitkan, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan terheret sama?

8 Ogos lalu, PAS berkata ia  mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Sarawak Report kerana mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

PAS menyifatkannya sebagai  palsu dan berniat jahat, selain agenda untuk terus mengaitkannya dengan UMNO.

Tuan Ibrahim yang menyatakan hasrat itu menyifatkan Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri.

“Tidak pasti  apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan UMNO.

"Apapun, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS," katanya pada kenyataan media.

Sarawak Report pada  6 Ogos lalu, menerbitkan artikel yang mendakwa Najib merayu PAS agar menjauhi gabungan pembangkang dengan mengalirkan sebanyak RM90 juta kepada pemimpin tertinggi parti itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.


Sarawak Report yang berpengkalan di London dikendalikan oleh Claire Rewcasatle-Brown, yang didakwa Najib adalah sebahagian daripada konspirator untuk menggulingkan beliau daripada kuasa.

Laman web ini telah memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan salah guna 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.

Mengenai derma kepada PAS itu, Husam menerusi satu klip video ceramahnya yang masih ditularkan melalui media sosial mendakwa PAS menerima wang RM90 juta daripada UMNO seperti didedahkan Sarawak Report.

Beliau juga mendakwa wang itu disalurkan melalui sebuah bank tempatan, Affin Bank.

Tuan Ibrahim sambil menafikan  menerima dana UMNO, menyebut PAS akan mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat, katanya dalam kenyataan
semalam.

Terdekat itu bila dan selepas saman diserahkan, bila pula akan dibawa ke mahkamah. Apakah saman itu juga akan menerima nasib seperti saman terhadap Sarawak Repost yang dianggap sebagai ‘political gesture’ pula oleh Husam?

Sejauh ini Husam belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Apakah saman akan berjaya menghalang Husam untuk mengulangi dan membuat kenyataan baru terhadap isu derma ini?

Juga, jika dibicarakan yang tentunya akan mengambil masa yang lama, apakah ia bukan suatu ruang untuk Husam memperkatakan isu ini dengan lebih meluas?

Tuan Ibrahim....Husam akan terima nasib seperti Sarawak Report.
Husam sudah membayangkan untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai isu berkenaan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada 13 Ogos 2016  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut membuat kenyataan bahawa  parti itu akan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam masa sebulan.

Menurut Hadi, PAS akan memfailkan saman itu di England.

"Kita kenal queen counsel (peguam kanan) yang pernah ada hubungan dengan kita dalam kes sebelum ini. Dalam masa terdekat, dalam masa sebulan," kata Hadi pada tarikh berkenaan.

PAS kemudian dilaporkan menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, pada 13 Disember 2016.

Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu berkuat kuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016.

"Notis berkenaan turut menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita terbabit," jelas Takiyuddin seperti dipetik Harakahdaily.

Bagaimanapun pada 17 Disember Clare memberitahu Malaysiakini,surat tuntutan yang disampaikan kepadanya dari PAS adalah satu political gesture.

Kini yang ditunggu ialah apakah PAS akan mengotakan kenyataannya.

Mukin akan srmakin banyak lagi reaksi Husam selepas ini kerana jika tidak mempunyai bukti atau sekurang-kurangnya bahan bukti yang jelas, beliau dengan keadaan yang sedar berani membuat kenyataan sedemikian.

Mampukah PAS menghapuskan kesangsian rakyat mengenai ‘dana RM90 juta daripada Najib’ kepada PAS hanya melalui saman kepada Husam?

Atau PAS sengaja menghulurkan lehernya untuk terus dijerut dalam isu ini apabila sama diserahkan kepada Husam, apa lagi jika isu ini di bawa ke mahkamah?

Menjadi tanda tanya, apakah Najib akan terherat sama apabila beliau dituduh sebagai pihak pemberi dana kepada PAS/

Rasanya tidak sabar untuk mendengar banyak lagi kenyataan berupa pendedahan oleh Husam dalam isu ini.


Lebih-lebih lagi apabila ia turut mengheret Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO. 

Tuesday 7 February 2017

TENGKU PUTERA ADA KEPENTINGAN KOMPLEKS MASJID KUALA BERANG???


Amat nyata, dua pihak iaitu Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Masjid Sultan Mahmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Kuala Berang, Tengku Putera Tengku Awang sedang cuba menegakkan ‘kebenaran’ masing-masing dalam isu pembinaan Kompleks Niaga dan Hotel di Kuala Berang.

Isu ini sudah danggap oleh pihak Jawatankuasa Berkenaan sebagai melemas dan merimaskan UMNO Bahagian Hulu Terengganu.

Di pihak Tengku Putera pula sesi taklimat dan soal jawab terbuka mengenai isu ini yang disebut sebagai sesi ‘Townhall’ pagi kelmarin (6 Februari 2017) adalah penyanggahan terhadap kenyataan ‘mengelirukan’ yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bertindak berkenaan.

Isu asas ialah Pembinaan Hotel dan Kompleks Perkedaian di dalam kawasan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang.

Sebelum ini ia melibatkan perdebatan  melibatkan soal tanah dan pelan bangunan yang dikatakan belum diluluskan oleh pihak berkuasa daerah berkenaan.

 Pada ketika Tengku Putera menegaskan banyak untungnya pembinaan kompleks berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak berkenaan, Muhyiddin Abd Rashid menegaskan ADUN Kuala Berang itu terpaksa mengadakan sesi ‘Townhall’ berkenaan.

Tengku Putera...sanggup berdepan Jawatankuasa Bertindak.
Ini  kerana mereka (UMNO Hulu Terengganu) tidak mampu untuk berhadapan dengan rakyat, khususnya Jawatankuasa Bertindak berhubung isu ini secara bersendirian.

Muhyiddin menegaskan, pihaknya akan mendesak agar projek ini dipindahlan ke tempat lain yg lebih sesuai dan akan di bawa ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Laporan apa mahu dibawa kepada SPRM?

Apakah ada penyelewengan atau salah guna kuasa dalam pembinaan kompleks berkenaan?

Apakah ada keputusan yang ‘tidak telus’ dibuat dari segi pemilihan kontraktor dan kosnya?

Atau apakah ada isu lain berbangkit umpamanya wujud konflik kepentingan dalam projek berkenaan?

Persoalan kini ialah kenapa mesti ADUN Kuala Berang, Tengku Putera perlu berdepan dengan tekanan jawatankuasa berkenaan mengenai projek ini.


Persoalan ialah:

1.      Projek siapakah ini? Projek peribadi ADUN Kuala Berang atau MAIDAM dan pihak lain dalam kerajaan negeri?

2.      Siapa kontraktor projek ini dan kenapa Tengku Putera mempertahankan projek ini seolah-olah projek ini milik peribadi atau syarikatnya atau syarikat yang ada kaitan dengannya, dan,

3.      Kenapa pegawai penting dalam MAIDAM dan agensi kerajaan lain tidak ke hadapan untuk bersemuka dengan jawatankuasa bertindak berkenaan SERTA RAKYAT sekiranya ia projek usahasama MAIDAM dengan beberapa agensi kerajaan yang lain?

Soalan asas ialah, apakah Tengku Putera mempunyai ‘kepentingan tertentu’ dalam projek ini?

Jika tidak ada, serahkanlah penjelasan mengenai projek ini kepada pegawai kerajaan dan tidak perlulah Tengku Putera begitu menonjol mempertahankan projek ini walaupun beliau mungkin mengusahakan untuk dilaksanakan.

Harimau akan meninggalkan belang, begitulah pepatah Melayu menyebut mengenai jasa seseorang. Dan jika Tengku Putera berjasa dalam projek ini, rakyat Kuala Berang pasti akan tahu sumbangannya.

Namun dengan ‘bermati-matian’ mempertahankan projek ini, timbul pula tandatanya, kenapa Tengku Putera bersungguh-sungguh mempertahankannya?

Akibat tindakannya itu, kini ada pihak menuduh beliau mempunyai kepentingan dalam syarikat yang membangunkan kompleks berkenaan.

Malah dikiatkan juga anak lelakinya turut mempunyai kepentingan.

Diakui seperti yang dijelaskan oleh Tengku Putera bahawa inisiatif dan penganjuran sesi ‘Townhall’ ini perlu diadakan sebagai  susulan penjelasan  Tengku Putera baru-baru ini mengenai pojek berkenaan.

Namun alangkah baiknya sekiranya Tengku Putera berkecuali dan membiarkan pihak kontraktor atau pegawai agensi kerajaan terbabit –YDP MDHT,  Osman A Bakar; Pegawai Daerah Hulu Terengganu,  Azmi Razik;    Pesuruhjaya Agama Negeri Terengganu  Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim , Jurutera JKR Daerah Hulu Terengganu, Mohd Fadzlie Ibrahim, Pegawai Pendidikan Daerah,  Jalaluddin Ismailsemua persoalan.

Diakui projek yang  dijangka siap dalam tempoh dua tahun itu bukan  sekadar bakal menjadi mercu tanda baharu di daerah Kuala Berang, malah juga mampu merancakkan aktiviti ekonomi umat Islam selain menjadi salah satu sumber pendapatan tambahan kepada masjid.

Tindakan Tengku Putera yang menjadi ‘ketua jurucakap’ pada sesi Townhall itu menyebabkan beliau dituduh cuba mengheret pegawai kerajaan untuk menjadi benteng pertahanannya.

Malah jawatankuasa bertindak berpendapat, cara Tengku Putera mengajak pihak berkenaan berada di sebelahnya adalah cubaan ADUN itu untuk  melihat Jawatakuasa Bertindak bertelagah dengan pegawai-pegawai kerajaan.

Sebelum ini jawatankuasa bertindak itu melakukan  beberapa siri bantahan di laman media sosial, laporan polis, aduan rasmi dan siaran media.


Jawatankuasa itu dikatakan keseluruhannya diwakili pemimpin PAS Kawasan Hulu Terengganu sambil mendakwa mereka adalah wakil dari khairiah masjid berkenaan.

Menurut Terengganu Times, selepas diselidiki jawatankuasa bertindak itu  hanya bertujuan politik murahan yang mahu menggunakan masjid itu sebagai lonjatan isu dan mengelirukan pemikiran rakyat.

Jawapan segera dituntut mengenai kontraktor mana dan berapa jumlah projek ini dan dari mana sumber pembiayaannya.

Juga penting, apa wajarnya Tengku Putera beria-ia mempertahankan perlunya projek ini selain apa kepentingan beliau didalamnya?