Tuesday 24 April 2018

MAD SAID HILANG TARING, 'GENG10' BUAT PENAMPILAN SEMULA...


Taring Ahmad Said sudah patah. Bukan sahaja di Terengganu secara keseluruhan tetapi juga di Kemaman.

Kembalinya Datuk Mohamad Awang Tera ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai dan Wan Hakim Wan Mokhtar di (DUN Air Puteh) -  membuktikan kedudukan itu.

Jelas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tidak lagi  ‘power’ untuk menentukan calon pilihannya, termasuk di Kemaman sendiri.

Secara keseluruhan BN Terengganu menampilkan semula 19 penyandang termasuk 17 penyandang kerusi DUN di samping dua penyandang kerusi Parlimen selain beberapa muka baharu. 


Datuk Mohd. Jidin Shafee yang dikatakan rapat dengan Ahmad Said kini dialihkan ke kerusi Parlimen Setiu manakala tempatnya digantikan dengan bekas Adun Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

 Yang dilihat rapat sedikit dengan Ahmad Said ialah bekas ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad yang dicalonkan semula di Hulu Besut, selain Datuk Sabri Mohd Noor di Langkapn, Bazlan Abdul Rahman di DUN Batu Rakit, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (DUN Rhu Rendang). serta Yusof Awang Hitam (DUN Manir),


Sementara dua lagi yang dikatakan sangat rapat dengan Ahmad Said ialah Ghazali Taib di DUN Ajil dan Roslee Daud di DUN Bukit Besi.

Sementara calon di DUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, calon DUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, calon Kota Putera, Mohd Mahdi Musa  tidak begitu  dikaitkan dengan Ahmad Said.

Datuk Tengku Putera Tengku Awang (mempertahankan DUN Kuala Berang) yang sebelum ini dilihat ‘mesra Ahmad Said, kini membawa haluannya.

Nampak jelas, Panglima  dan anggota ‘Geng10’ beliau membuat ‘come back’ yang menyebabkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman juga seakan hilang cengkaman.

GENG10 adalah sepuluh orang Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang menentang perlantikan Ahmad Said (ADUN Kijal) sebagai Menteri Besar Terengganu.

Rosol Wahid
Mereka terdiri daripada ADUN Ajil yang dianggap sebagai ketua G10, Kuala Berang,  Alor Limbat, Paka, Permaisuri, Bukit Besi, Air Putih, Tepuh, Jabi dan Kota Putera.

Bagaimanapun, sebahagian mereka sudahpun tidak lagi dicalonkan dan sudah meninggal dunia.

Pada 23 Mac, 2008, sewaktu Ahmad Said menerima watikah perlantikan sebagai Menetri Besar, ADUN Ajil Rosok Wahid telah mengadakan sidang media di kediaman Menteri Besar.

Sewaktu Ahmad menghadap Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman di Istana Tamu(Al-Muktafi BiLlah Shah) ADUN Ajil, Rosol Wahid telah melakukan ‘onar’ .

Selain boikot, menurut Rosol yang bercakap kepada pihak media juga merancang mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantah perlantikan Ahmad Said.

Din Adam
Beliau juga memberitahu, bahawa wakil-wakil rakyat bahawa Geng10  juga sedia meletakkan jawatan jika diperlukan berbuat demikian.

Panglima ‘Geng10’ bertanding di Parlimen Besut, walaupun pada Pilihanraya Umum lalu (PRU13) menyatakan tidak minat mempertahankan kerusinya.

Kini Datuk Seri Idris Jusoh membawa bersamanya ‘tenteranya’ di ketuai oleh Rosol yang membuat ‘come back’, kini bertanding di Parlimen Hulu Terengganu dan Datuk Din Adam di Parlimen Dungun.

Sementara ‘askar-askarnya’ pula selain Abdul  Halim Jusoh dan penyokong kuat Idris Wan Hakim serta Datuk Mohamed Awang Tera bertanding di DUN Cukai.

Seorang lain orang kuat Idris iaitu Datuk Mohd Sabri Alwi bertanding di DUN Ladang. selian Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad (di DUN Bukit Tunggal).

Malah calon wanita, Zaitun Mat Amin (DUN Bukit Payong) juga dilihat ‘mesra Indris’ melalui suaminya Datuk Muda Mamat.

Abdul Halim
Ahmad Razif dilihat hanya berkuasa di kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila meletakkan Datuk Nawawi Ismail, bekas Setiausaha Kerajaan sementara yang lain di DUN dalam Parlimen Kuala Nerus yang ditandingi sendiri oleh Ahmad Razif. Selain itu, Datuk Basir Ismail (Tepoh), Che Mansor Salleh (Buluh Gading), selian pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad (Parlimen Kuala Nerus).

Sementara Mohamad Nor Endot (Parlimen Marang), Datuk Saiful Bahri Baharuddin (DUN Alor Limbat), Wan Zaulkifli Wan Gati (DUN Rantau Abang), Tengku Hamzah Tengku Draman (DUN Paka), Salleh Othman (DUN Wakaf Mempelam), Toh Seng Cheng (DUN Bandar) dan Zamri Awang Hitam (DUN Batu Burok) tidak menunjukkan sikap mereka yang jelas.

Datuk Mohd Pahemi Yusof yang bertanding di DUN Jerteh,  A Latiff Awang (DUN Pengkalan Berangan), Datuk Rozi Mamat (mempertahankan DUN Telemong) dan Ir Rosli Othman yang mempertahankan DUN Kemasik tidak diketahui ‘arah kiblat politiknya’.

Dr Ahmad Ramzi

Dalam konteks Geng10 ini, rakyat Terengganu masih tidak lupa dengan perbuatan mereka yang selepas tamat lakonan episod perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar, mereka muncul pula  dengan episod ‘SMS Ugut Bunuh’ setahun kemudiannya.

Pada 14 April 2009, mereka telah memboikot dan tidak hadir dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang diadakan pada ketika itu gara-gara bekas Setiausaha Politik Idris Jusoh,  Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir yang telah menghantar satu ugutan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Masih diingat dengan jelas: “Baik jangan teruskan niat YB. YB tak sayang nyawa?”adalah kata-kata tertera dalam SMS yang ditujukan kepada ADUN Paka dan ADUN Permaisuri. Kononnya  SMS tersebut dihantar oleh Setiausaha Sulit Kanan Ahmad Said, Wan Ahamad wan Muda.


Akhirnya, setelah disiasat dan dibicarakan, Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Isnin 28 November 2011, menjatuhkan  hukuman penjara selama 12 bulan kepada Ahmad Ramzi.

Persoalannya, apa pula peranan dan sumbangan Geng10 selepas ini?

Saturday 14 April 2018

PAN KAWASAN MARANG, KUALA NERUS DIBUBARKAN?



 Apabila portal berita Malaysiakini kononnya mengesahkan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dicabar anak saudaranya  di Parlimen Marang, ramai yang beranggapan isu calon di parlimen itu selesai.

Hakikatnya tidak sama sekali.

Berita angin bertiup kencang apabila dikatakan Parti Aamanah Negara (PAN) Kawasan  Marang dan Kuala Nerus akan dibubarkan gara-gara isu calon yang mewakili PAN di dua Parlimen berkenaan.

Malah isu ini dikatakan sedang diuruskan oleh Presiden PAN, Mohamad Sabu yang akan memanggil pemimpin dari dua kawasan  berkenaan.


Penentangan terhadap PAN Negeri pimpinan Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad memuncak dua tiga hari kebelakangan  ini kerana banyak janji yang dibuat dengan banyak pihak untuk menjadi calon.

Dipercakapkan bahawa untuk Parlimen Marang, PAN kawasan mahukan Miqdad Zakaria menentang Presiden PAS. Sebaliknya kepimpinan negeri dikatakan mahu meletakkan pemimpin lain yang dikatakan rtapat dengan sebuah parti komponen HARAPAN lain.

Sementara di Kuala Nerus, PAN Negeri meletakkan menamakan  seseorang yang sebelum ini adalah ahli UMNO kemudian dikaitkan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk diletakkan sebagai calon.

PAN kawasan  dikatakan mahukan seseorang yang dikenali sebagai ‘Pak Abu’ untuk kerusi berkenaan.

Sementara di Dewan Undangan Bukit Payong dalam Parlimen Marang, calon kawasan  ialah seseorang yang dikenali sebagai ‘Suhaimi’ - salah seorang pemimpin tertinggi PAN kawasan - tetapi PAN Negeri dikatakan menamakan orang lain.

Malah Miqdad dan pemimpin kawasan Kuala Nerus dikatakan memberi kata dua kepada Mohamad Sabu untuk menyelesaikan perkara itu selewat-lewatnya esok.

Apakahjika  isu ini gagal diselesaikan akan akan menggegarkan PAN Terengganu?

Beberapa pemimpin PPBM dan PKR menyatakan kbimbangan mereka terhadap isu ini akan menjejaskan prestasi HARAPAN Terengganu menempuhi pilihan raya yang semakin hampir.

Menurut sumber, pemimpin PAN kawasan Marang dan Kuala Nerus tidak menyalahkan Raja Bahrin semata-mata  tetapi turut menyalahkan Pengarah Pilihanraya PAN Negeri, Dr Sulaiman Abdulah dalam ‘mainan percaturan ini’.

Kita lihat apa adegan seterusnya sama ada – Mohamad Sabu akan menolak keputusan PAN negeri, khususnya Raja Bahrin atau mengambil kira pandangan PAN dua kawasan  itu demi perpaduan parti.

Yang pasti untuk mengelakkan dua bahagian PAN dibubarkan, pandangan dan saranan PAN kawasan  Marang dan Kuala Nerus perlu diambil perhatian.

PAN akan meletakkan calonnya di tiga kawasan Parlimen dan 11 DUN di Terengganu.