Saturday 14 April 2018

PAN KAWASAN MARANG, KUALA NERUS DIBUBARKAN?



 Apabila portal berita Malaysiakini kononnya mengesahkan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dicabar anak saudaranya  di Parlimen Marang, ramai yang beranggapan isu calon di parlimen itu selesai.

Hakikatnya tidak sama sekali.

Berita angin bertiup kencang apabila dikatakan Parti Aamanah Negara (PAN) Kawasan  Marang dan Kuala Nerus akan dibubarkan gara-gara isu calon yang mewakili PAN di dua Parlimen berkenaan.

Malah isu ini dikatakan sedang diuruskan oleh Presiden PAN, Mohamad Sabu yang akan memanggil pemimpin dari dua kawasan  berkenaan.


Penentangan terhadap PAN Negeri pimpinan Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad memuncak dua tiga hari kebelakangan  ini kerana banyak janji yang dibuat dengan banyak pihak untuk menjadi calon.

Dipercakapkan bahawa untuk Parlimen Marang, PAN kawasan mahukan Miqdad Zakaria menentang Presiden PAS. Sebaliknya kepimpinan negeri dikatakan mahu meletakkan pemimpin lain yang dikatakan rtapat dengan sebuah parti komponen HARAPAN lain.

Sementara di Kuala Nerus, PAN Negeri meletakkan menamakan  seseorang yang sebelum ini adalah ahli UMNO kemudian dikaitkan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk diletakkan sebagai calon.

PAN kawasan  dikatakan mahukan seseorang yang dikenali sebagai ‘Pak Abu’ untuk kerusi berkenaan.

Sementara di Dewan Undangan Bukit Payong dalam Parlimen Marang, calon kawasan  ialah seseorang yang dikenali sebagai ‘Suhaimi’ - salah seorang pemimpin tertinggi PAN kawasan - tetapi PAN Negeri dikatakan menamakan orang lain.

Malah Miqdad dan pemimpin kawasan Kuala Nerus dikatakan memberi kata dua kepada Mohamad Sabu untuk menyelesaikan perkara itu selewat-lewatnya esok.

Apakahjika  isu ini gagal diselesaikan akan akan menggegarkan PAN Terengganu?

Beberapa pemimpin PPBM dan PKR menyatakan kbimbangan mereka terhadap isu ini akan menjejaskan prestasi HARAPAN Terengganu menempuhi pilihan raya yang semakin hampir.

Menurut sumber, pemimpin PAN kawasan Marang dan Kuala Nerus tidak menyalahkan Raja Bahrin semata-mata  tetapi turut menyalahkan Pengarah Pilihanraya PAN Negeri, Dr Sulaiman Abdulah dalam ‘mainan percaturan ini’.

Kita lihat apa adegan seterusnya sama ada – Mohamad Sabu akan menolak keputusan PAN negeri, khususnya Raja Bahrin atau mengambil kira pandangan PAN dua kawasan  itu demi perpaduan parti.

Yang pasti untuk mengelakkan dua bahagian PAN dibubarkan, pandangan dan saranan PAN kawasan  Marang dan Kuala Nerus perlu diambil perhatian.

PAN akan meletakkan calonnya di tiga kawasan Parlimen dan 11 DUN di Terengganu.

No comments:

Post a Comment