UCAPAN
BAJET 2017
“MENJAMIN PERPADUAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI, MENGHEMAH PERBELANJAAN INKLUSIF,MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT SELURUH”
(October
21, 2016)
Tuan
Yang Dipertua,
Saya
mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan
sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun
2017 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca
bagi kali kedua.
Tuan Yang Dipertua,
BismillahirRahmanirRahim
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin Wabihi Nasta’in
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin Wabihi Nasta’in
1.Segala
puji dan puja serta kalimah tasbih dipanjatkan ke hadrat Allah Hu Ta’ala di
atas limpah kurnianya yang menghimpunkan kita sekali lagi pada petang Jumaat,
21 haribulan Oktober 2016, bersamaan 20 haribulan Muharram 1438 Hijriah yang
mulia ini, bagi maksud pembentangan sebuah lagi dokumen besar negara yakni
Bajet 2017.
2.
Demikianlah, tentunya kita memohon limpahan rahmat ke atas penghulu kami Nabi
Muhammad, dengan selawat sesempurna anugerah.
3.
Wahai Tuhan Yang Maha Besar, sebaik-baik perancang, dipohon Taufik dan Hidayah
serta nikmat bahagia yang berkekal-kekalan kepada hamba-hambaMu ini seluruh
rakyat Malaysia.
Tuan
Yang Dipertua,
4.
Pada kesempatan ini, kita mengalu-alukan kembalinya sejumlah lebih 23 ribu
orang Jemaah Haji ke tanah air dengan selamatnya. Didoakan semoga semuanya
telah memperoleh Haji yang mabrur. InsyaAllah.
Tuan
Yang Dipertua,
5.
Saban tahun sejak kurang lebih enam dekad lalu, belanjawan-belanjawan atau
bajet-bajet telah dipersembahkan.
6.
Jika kita mengimbas sejarah, bermula dengan belanjawan kali pertama pasca
merdeka, di Parlimen pada tahun 1959, yang hanya berbekalkan peruntukan
sebanyak 888 juta ringgit, hinggalah Bajet 2017 ini, berperuntukkan sejumlah 260.8 bilion ringgit.
7. Dengan izin dan kehendak Allah yang Maha Berkuasa jua, Kerajaan Perikatan, bertali-temali kini, sebagai Kerajaan Barisan Nasional, telah berjaya mempertahan dan memperkekalkan pertumbuhan KDNK, pada purata enam peratus setahun, selama hampir enam puluh tahun berturut-turut.
Alhamdulillah,
..… Alhamdulillah.
Tuan
Yang Dipertua,
8.
Bajet kali ini dengan diperuntukkan 260.8 bilion
ringgit, merupakan peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.
9.
Daripada jumlah ini, 214.8 bilion ringgit adalah Perbelanjaan Mengurus dan 46
bilion ringgit pula, untuk Perbelanjaan Pembangunan. Ini tidak termasuk
simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit.
10.
Di bawah Peruntukan Mengurus, 77.4 bilion ringgit adalah untuk Emolumen, serta
32 bilion ringgit untuk Perkhidmatan dan Bekalan.
11.
Manakala, 103.9 bilion ringgit untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
Pembelian Aset pula, diperuntukkan 691 juta ringgit, dan 816.6 juta ringgit
lagi, untuk perbelanjaan lain.
Tuan
Yang Dipertua,
12.
Di bawah Peruntukan Pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi
sebanyak 25.9 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 12.2 bilion ringgit.
Sektor keselamatan mendapat 5.3 bilion ringgit, dan sektor pentadbiran am lebih
2.5 bilion ringgit.
13.
Oleh itu, berdasarkan prestasi semasa, hasil 2017 dijangka berkembang sekitar 3
peratus iaitu kepada 219.7 bilion ringgit.
14.
Selain itu,…sasaran Kerajaan untuk defisit fiskal 3 peratus daripada KDNK pada
2017, mudah-mudahan dapat dicapai, berbanding,… 3.1 peratus pada tahun ini.
15.
Jadinya,….. Tuan Yang Dipertua, saudara dan saudari,….. saya faham, angka dan
nombor-nombor yang disebut barangkali tidak mudah difahami ramai.
16.
Sebenarnya, apa yang hendak saya sampaikan adalah, Kerajaan sentiasa komited
untuk melaksanakan bajet yang terbaik melalui perbelanjaan berhemah,
sekalipun,… kita berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia.
Saudara
dan saudari,
17. Maksud perbelanjaan berhemah oleh Kerajaan di sini, kalau hendak
dipercontohkan dalam sesebuah keluarga, seorang bapa atau ketua keluarga harus
bijak dalam menguruskan kewangan untuk keperluan seisi rumah.
18. Ertinya, jika dulu,… dapat dibelikan mainan yang agak mahal
untuk anak-anak,… dalam keadaan sekarang,… beli tetap beli juga,… tetapi yang
bersesuaian dengan kadar kemampuan.
19. Manakala, makan minum,… kalau sebelum ini boleh sedikit bermewah
dan makan-makan di restoran mahal,… kini boleh bersederhana serta berjimat,
barangkali di restoran-restoran berpatutan, namun tidak kurang enak makanannya.
20.
Tambahan lagi, Malaysia dikenali sebagai ‘Syurga Makanan’.
21.
Misalnya, dalam Amanat Merdeka baru-baru ini, saya telah memberi contoh makanan
yang sedap dan harga pun boleh tahan, namun masih enak seperti Nasi Kandar
Vanggey di Ipoh.
22.
Terkini pula, saya dapat tahu,…telah viral tentang ‘Nasi Lemak Anak Dara’ di
Shah Alam yang diusahakan oleh seorang graduan wanita muda dari Universiti
tempatan…Kesiannnn katanya dah kena saman pulak.
23.
Apa pun,… Kerajaan kini harap dan kita galakkan individu-individu terutamanya
para graduan, yang ingin menjadi usahawan seperti ini didoakan agar terus
berusaha dan berjaya.
Tuan
Yang Dipertua,
24. Berbalik kepada Bajet 2017 ini,… kita ingin mengambil ibarat dan
teladan daripada kisah-kisah di zaman Nabi Allah Yusof Alaihi Salam, bersempena
Kitab Suci Al-Quran Surah 12, ayat-ayat 43 hingga 49, tentang perancangan tujuh
tahun pertama dan persediaan, selanjutnya tujuh tahun cabaran mengekalkan
keutuhan ekonomi negara.
25. Beriktibar daripada peristiwa bersejarah itu, merujuk kepada
situasi yang berlaku kepada ekonomi negara kita, pada tahun 2008, yakni tujuh
tahun lalu, Malaysia tidak terlepas daripada dilanda kelembapan ekonomi global.
26.
Justeru, selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan, di bawah pimpinan Mantan
Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kami telah melancarkan
Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama, berjumlah hampir tujuh bilion ringgit, bagi
merangsang kembali pertumbuhan ekonomi negara.
27.
Sebenarnya, pakej pertama itu, merupakan langkah interim sahaja. Kemudiannya,
kira-kira sebulan sebelum saya dilantik menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009,
Pakej Rangsangan Kedua bernilai 60 bilion ringgit telah digerakkan.
28.
Ternyata, langkah pro-aktif ini berjaya memangkin ekonomi negara yang lembap
pada masa tersebut. Hasilnya, ekonomi Malaysia kembali berkembang, dengan
pertumbuhan KDNK mencecah 7.4 peratus pada tahun 2010.
Tuan
Yang Dipertua,
29.
Alhamdulillah, rentetan daripada inisiatif-inisiatif pakej-pakej stimulus
tersebut, dan tujuh bajet yang telah dilaksanakan, ekonomi kita stabil dan
kekal berada di landasan positif.
Tuan
Yang Dipertua,
30.
Sesungguhnya, keadaan ekonomi global atau external economy masakini adalah
tidak menentu dan berada di luar kawalan kita.
31.
Pertumbuhan perlahan ekonomi antarabangsa berpunca, daripada kelembapan kesemua
Kuasa-Kuasa Besar Ekonomi Dunia secara serentak.
32.
Sebab itulah, pertumbuhan KDNK dunia menurun daripada 3.2 peratus pada 2015, ke
paras 3.1 peratus yang diunjurkan bagi tahun 2016.
33.
Kendatipun begitu, kita amat bersyukur, pertumbuhan ekonomi kita masih kekal
stabil dan sustainable bagi separuh pertama tahun ini.
34.
Jelasnya, ekonomi negara terus berkembang pada 4.1
peratus dan kita yakin sasaran pertumbuhan 4 hingga 4.5 peratus bagi tahun 2016
dan 4 hingga 5 peratus pada 2017 akan tercapai, Insya-Allah.
35. Sesungguhnya jua, we are now on the right track kerana berani
membuat membuat keputusan-keputusan yang tepat, sekalipun ia tidak popular.
36.
Saya hendak nyatakan di sini, bahawa all those major and crucial decisions were
deliberately done.
37.
Bak kata pepatah Melayu, Menyediakan Payung Sebelum Hujan dengan mempasak dan
memancang, foundation yang kukuh demi kedudukan jangka masa panjang kewangan
dan ekonomi negara.
Tuan
Yang Dipertua, Saudara dan Saudari sekalian,
38.
Segalanya ini dicapai berkat kegigihan dan perancangan Kerajaan dengan
menumpukan kepada beberapa dasar strategik, sejak tahun 2010.
39.
Pertamanya: Mempelbagaikan sumber hasil Kerajaan, terutamanya mengurangkan kebergantungan hasil negara daripada sektor minyak
dan gas sebanyak 41.3 peratus pada tahun 2009 kepada, 14.6 peratus pada tahun
2016.
40.
Hasil daripada mempelbagaikan ekonomi secara lebih meluas ini, pertumbuhan
ekonomi negara dapat dipertahankan dan masih terpelihara, sungguhpun harga
minyak telah merosot hampir 50 peratus.
41.
Keduanya: Langkah berani Kerajaan memperkenalkan GST untuk meluaskan sumber
pendapatan Kerajaan. Perlu kita sedar, hasil cukai
langsung dari individu hanyalah terdiri daripada 2.1 juta pembayar sahaja,
daripada 14.6 juta jumlah warga kerja negara.
42.
Tambahan pula, dengan kejatuhan harga minyak,
dianggarkan Kerajaan kehilangan pendapatan kira-kira 30 bilion ringgit setahun,
daripada sumber cukai pendapatan, cukai korporat, royalti, dividen PETRONAS dan
cukai petroleum.
43.
Sedarilah, dengan adanya GST, Kerajaan berupaya menampung perbelanjaan di kala
sumber yang lain berkurangan.
Tuan
Yang Dipertua,
44.
Sukacita saya melaporkan, melalui GST sebanyak
hampir 30 bilion ringgit telah berjaya dikutip setakat 19 Oktober 2016.
45.
Apa yang pastinya, ingin saya tegaskan di sini,…janganlah percaya gembar-gembur
bahawa kadar GST akan dinaikkan. Itu cuma cakap-cakap kosong dan tidak benar
sama sekali.
46.
Langkah Ketiganya, Rasionalisasi Subsidi: Sebagai
contoh, jika hendak dibandingkan bagi minyak, pada tahun 1995, masa itu subsidi
hanyalah 123 juta ringgit. Jumlah ini hanya mewakili 0.24 peratus daripada
bajet keseluruhan negara.
47. Kemuncaknya, pada tahun 2012, mencecah jumlah subsidi 24.8
bilion ringgit, atau 9.8 peratus daripada bajet keseluruhan negara.
48. Secara langsungnya, dasar subsidi pukal jelas membebankan
kewangan negara dan menggalakkan ketirisan, dan kita telah ganti dengan subsidi
bersasar, yang manfaatnya sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan
bantuan.
Tuan Yang Dipertua,
49.
Terbukti, melalui segala inisiatif yang diambil oleh pihak Kerajaan ini,
ekonomi kita berkembang secara mampan, dan kini, mengikut ukuran Purchasing
Power Parity,… Malaysia telah menjadi sebuah negara upper middle income,
mengatasi banyak negara bukan sahaja di Asia, namun di seantero dunia.
50.
Maknanya, menurut KDNK PPP per kapita rakyat
Malaysia, telah meningkat daripada 23,100 dolar Amerika pada tahun 2012, kepada
26,891 dolar Amerika pada tahun 2015.
Tuan
Yang Dipertua,
51.
Pada sudut lain,… Kerajaan sedar tentang desas desus bahawa, para pelabur
sekarang kononnya tidak lagi berkeyakinan dengan ekonomi Malaysia.
52.
Perlu difahami, ekonomi sesebuah negara sangat
berkait rapat dengan persepsi, sebabnya, tanpa keyakinan mana mungkin datangnya
pelaburan untuk ekonomi digerakkan.
53.
But,..… if our own people,…. undermine and sabotage
our own economy, ibaratnya merudumkan rumah dan tanah air kita sendiri.
54.
Justeru, perbuatan seperti ini oleh musuh-musuh luar apatah lagi tangan-tangan
kotor dalam negara, yang tidak bertanggungjawab seperti ini,… mesti
dihentikan!!!
Tuan
Yang Dipertua,
55.
Bagi kita,… Kerajaan Barisan Nasional,….. bak kata orang, sekalipun seribu
panah tersusuk di badan,… seandainya sejuta luka terbenam diserang, demi rakyat
Malaysia yang tercinta, dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak, kita akan
terus mara menjulang Malaysia ke hadapan.
Tuan
Yang Dipertua,
56.
Syukur Alhamdulillah, fakta-fakta telah membuktikan hakikat sebenarnya.
57.
Misalnya, jumlah pelaburan asing yang telah
diluluskan bagi separuh pertama tahun 2016, adalah lebih 28 bilion ringgit. Ini
merupakan peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
58. Ini,… tidak termasuk pelaburan domestik lebih 60 bilion ringgit.
59.
Malah, semasa lawatan ke Jerman bulan lalu, pertemuan saya dengan komuniti
perniagaan di sana, mereka menyatakan minat untuk terus kekal dengan pelaburan
di sini, kerana yakin dengan dasar-dasar Kerajaan Malaysia yang jelas.
60.
Contohnya, syarikat Osram telah mengumumkan pelaburan bernilai 1 bilion Euro,
atau hampir 5 bilion ringgit.
61.
Pelaburan untuk kilang LED di Kulim Kedah ini adalah yang terbesar dan terkini
di seluruh dunia.
62.
Insya-Allah, minggu hadapan, saya akan ke China pula. Doakanlah agar lawatan
ini akan membawa kejayaan yang lumayan untuk negara kita.
63.
Terkini, menurut Kaushik Basu, Chief Economist and Senior Vice President of the
World Bank,…as many nations suffer because of
falling global commodity prices, Malaysia stands out for having transformed
itself from a poor, commodity-exporting nation to a modern diversified economy.
Tuan
Yang Dipertua,
64.
Setiap kali bajet dibuat, ramai akan merujuk dan membahas kepada beberapa ayat
penting dalam Al-Quran, antaranya Surah Al-Hasyr ayat 7, bahawa, janganlah harta itu berlegar di kalangan orang-orang
kaya di antara kamu sahaja.
65.
Saya telah merujuk kepada pandangan pakar dan alim ulama tentang perkara ini
dan difahamkan bahawa tafsiran ayat ini perlulah dilihat dalam konteks yang
lebih luas dan holistik.
66.
Memetik huraian Imam Al-Mawardi, sesuatu pemberian atau peruntukan seperti
bajet ini, kepada masyarakat adalah bersifat subjektif dengan mengambil kira
keperluan dan maslahah semasa rakyat terbanyak.
67.
Sesungguhnya, untuk menggubal sebuah bajet yang kompleks, bukanlah perkara
enteng. Sebagai Kerajaan yang merasa denyut nadi rakyat, sepanjang beberapa
bulan yang lalu, Kerajaan juga telah menerima ribuan idea daripada rakyat
pelbagai lapisan dan kategori.
Tuan Yang Dipertua,
68.
Bertapak dari itu, makanya Bajet 2017 digubal dengan berpegang kepada Lima
Prinsip dan Falsafah Kerajaan.
Satu:
Kerajaan ini adalah Kerajaan yang mengutamakan kesepaduan nasional dalam
pembinaan negara bangsa. Kepelbagaian etnik dan kemajmukan sebagai aset teras
kemajuan dan pembangunan negara semenjak dulu, kini dan selamanya;
Kedua:
Kerajaan ini adalah Kerajaan yang mementing dan memelihara kedaulatan,
keluhuran perlembagaan dan undang-undang serta keselamatan negara;
Ketiga:
Kerajaan ini, adalah Kerajaan yang kohesif dan stabil serta bekerja sebagai
satu pasukan yang jitu;
Keempat:
Kerajaan ini, adalah Kerajaan yang gigih berusaha, dengan arah tuju yang jelas,
perancangan yang sistematik dan pelan pelaksanaan yang tersusun, efisyen lagi
holistik. Indeed, this Government has delivered,… we
are still delivering and most importantly, we will continue to deliver.
dan,…
Kelimanya:
Kalau dalam bernegara, kita berpegang kepada ideologi kebangsaan yakni Rukun
Negara. Maka dalam mentadbir Malaysia, Kerajaan ini akan terus berpandukan
kepada falsafah Islami yang universal sifatnya yakni Wasatiyyah, merangkumi kesederhanaan, keseimbangan, keadilan sosial,
kesaksamaan dan kecemerlangan.
Ini bererti,… kita senantiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk
memperoleh yang terbaik,… bukan
sederhana, complacent atau berpuas hati dengan pencapaian ala kadar sahaja.
Tuan
Yang Dipertua, rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
69.
Dalam melalui suka duka episod memacu kejayaan negara,… kita tidak lupa kepada
tokoh-tokoh juga pimpinan-pimpinan yang menjadi sumber inspirasi dan teladan
kepada semua.
70.
Lalunya,… di kesempatan ini, kita menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga
beberapa insan yang banyak berjasa kepada negara. Mereka yang akan saya
sebutkan sememangnyalah bukan terdiri daripada ahli Parlimen namun, sekadar
berkongsi cerita dan rasa.
71.
Pertamanya, Allahyarham Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa yang menumpah taat setia
kepada perjuangan bangsanya dan partinya hingga ke hujung usianya, 93 tahun.
72.
Kedua, kepada seorang lagi sahabat peribadi saya dan keluarga, yakni
Allahyarham Tuan Guru Ustaz Dato’ Dr. Haron Din.
73.
Sesungguhnya, kita rakyat Malaysia telah kehilangan dua tokoh yang sangat
dihormati.
74.
Jelas sekali, meskipun Allahyarham Tuan Guru berada di landasan politik
berbeza, namun, kita tetap menyanjung tinggi perjuangan beliau untuk ummah, dan
pihak Kerajaan telah menganugerahkan gelaran Tokoh Khas Maal Hijrah 2016
kepadanya. Tapi kita berasa sedih dan kecewa, kerana ada kalangan pihak
pembangkang sendiri yang terang-terangan membenci dan menista beliau.
Tuan
Yang Dipertua,
75.
Pernah, semasa saya melawat beliau di hospital, secara peribadi tokoh ilmuwan
Islam ini, ada menyebut kepada saya bahawa, “jika
kita suka kepada seseorang itu berpada-padalah,… mana tahu kelak kita akan
membencinya. Kalau kita benci kepada seseorang itu pula, berpada-pada jugalah,…
kerana mungkin orang yang dibenci itu kelak akan menjadi orang yang kita
sayang”…..
76.
Kepada kedua-duanya, yang telah dipanggil pulang ke ribaan Yang Maha Esa, kita
sedekahkan – ummul kitab Al-Fatihah…
Tuan
Yang Dipertua,
77.
Kita kini berada di ambang enam dekad kemerdekaan watan tercinta ini. Selama
itulah penjawat awam yang kini jumlahnya mencecah 1.6 juta orang, menjadi
tonggak pentadbiran dan jentera kemajuan negara.
78.
Sebagai menghargai khidmat bakti dan jasa mereka, sukacitanya saya mengumumkan:
Pertama:
Kemudahan Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa yang sebelum
ini hanya kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional, kini akan diberikan juga
kepada Kumpulan Pelaksana;
Kedua:
Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu
dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari;
Ketiga:
Kalau seperti sedia ada kemudahan pembiayaan diberikan kepada pembelian
komputer, bajet kali ini memutuskan agar kemudahan ini diperluaskan meliputi
pembelian smartphone dengan had pinjaman sehingga 5 ribu ringgit bagi setiap
tiga tahun; dan
Keempat:
Tidak cukup dengan itu,…tidak cukup…..Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman
pembelian motosikal akan dinaikkan daripada 5 ribu ringgit kepada 10 ribu
ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
Kelima:
Kerajaan tetap mengambil berat tentang perumahan penjawat awam, dan terus
komited supaya mereka memiliki rumah sendiri.
Maka dengan ini, sukacita Kerajaan bersetuju menaikkan kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam daripada serendah-rendahnya 120 ribu ringgit kepada 200 ribu ringgit, manakala pinjaman paling tinggi sebelumnya 600 ribu ringgit, kini dinaikkan kepada 750 ribu ringgit;
Keenam:
Sebanyak 30 ribu unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan;
dengan harga jualan sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran; yakni
berharga antara 90 ribu ringgit hingga ke 300 ribu ringgit;
Ketujuh:
Kepada pegawai contract of service dan contract for service yang akan tamat
pada penghujung tahun ini pula, usahlah bimbang, kontrak tuan-tuan dan
puan-puan akan Kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi;
Kelapan:
Bagi mengatasi masalah para doktor pakar yang mahu meninggalkan perkhidmatan
awam atas isu kelewatan naik pangkat,… Kerajaan memandang serius,… seraya kita
umumkan satu lapisan gred baru, yakni gred 56 antara gred 54 dan JUSA C
diwujudkan, bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar; dan
Kesembilan:
Kerana kekangan jawatan tetap, Kerajaan mengambil keputusan melantik secara
kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi
selewat-lewatnya Disember 2016.
Untuk
makluman,… hampir 2,600 doktor yang sebelum ini tidak dapat penempatan
housemanship di mana-mana hospital, kini boleh menjalani housemanship secara
kontrak. Harapnya, berita ini akan membawa khabar gembira kepada mereka dan
keluarga.
Tuan
Yang Dipertua,
79.
Sebelum pembentangan diteruskan, saya ingin memperbetulkan beberapa tuduhan dan misconceptions yang dimomok oleh pihak
tidak bertanggungjawab, sehingga mengeliru dan menimbulkan keresahan tidak
menentu di kalangan masyarakat tentang ekonomi Malaysia.
80.
Salah faham dan salah persepsi yang pertama,… dikatakan – Kerajaan Akan Bankrap atau Muflis.
81.
Berkait perkara ini, saya ingin maklumkan bahawa, sesebuah
Kerajaan hanya dikategorikan sebagai bankrap atau muflis, sekiranya Kerajaan
tersebut tidak mampu membayar tanggungan hutang-hutangnya.
82.
Letak duduk ini, dinilai melalui penarafan oleh antaranya tiga buah agensi
antarabangsa yang sangat berwibawa yakni, Fitch,
Moodys dan Standard & Poors.
83.
Institusi-institusi inilah Badan-Badan Penarafan yang diterima pakai rating dan
laporan keupayaan negara-negara dalam membayar-balik hutang.
84.
Sebagai perbandingan, menerusi agensi penarafan
Fitch, terkini Malaysia diberi penarafan A- berbanding dengan Filipina BBB -,
Thailand BBB + dan Vietnam BB -.
85. Malah penarafan Malaysia, adalah sama dengan kelompok negara
yang saiz ekonominya lebih besar dan maju daripada negara kita, seperti Korea
AA- , China A+ , Taiwan A+ , dan Jepun A.
86. Maknanya di sini,… istilah muflis atau bankrap itu jauh sekali
daripada kamus ekonomi Malaysia!!!
Tuan
Yang Dipertua,
87.
Salah faham dan salah persepsi kedua,… dikatakan
bahawa Malaysia is a Failed State, atau Negara Yang Gagal.
88.
Inipun fitnah semata-mata. Saya nak terangkan apa maknanya Failed State….. Ia terjadi seandainya sesebuah negara itu gagal melaksanakan
sebahagian besar tanggungjawab dan fungsi asas Kerajaan.
89.
Ini termasuklah kegagalan anggota polis dan askar
mengawal keamanan dan keselamatan negara, kegagalan Kerajaan untuk membayar
gaji penjawat awam, kegagalan untuk membekalkan keperluan asas seperti air dan
elektrik, kadar inflasi melambung tinggi atau hyper inflation, sehingga membawa
kepada kehancuran ekonomi.
90.
Ternyata ciri-ciri tersebut tidak wujud di Malaysia!!! …dan,… dengan
Pertolongan Allah, Kerajaan ini tidak sesekali akan membiarkan kita terjerumus
ke kancah negara yang gagal.
Tuan
Yang Dipertua,
91.
Bajet ini bukanlah digubal bagi kepentingan, atau berlegar kepada kumpulan
rakyat tertentu sahaja. Namun direkayasa, bersifat inklusif demi kesejahteraan
rakyat seluruhnya.
92.
Justeru, jika digambarkan melalui piramid, dalam negara kita, terdapat tiga
kategori utama rakyat berdasarkan kepada julat pendapatan isi rumah yakni T20, M40 dan B40.
93.
Bagi golongan rakyat M40 secara umumnya, adalah kelompok isi rumah yang
berpendapatan sekitar 3,900 ringgit hingga 8,300 ringgit.
94.
Golongan M40 termasuklah individu bujang, dan kebanyakkannya merupakan suami
isteri bekerja, berpendidikan dan berkemahiran tinggi.
95.
Alhamdulillah, golongan ini tidak mempunyai masalah memenuhi keperluan asas
mereka. Namun, menjadi hasrat Kerajaan untuk meningkatkan disposable income
atau pendapatan boleh guna mereka.
96.
Ini merangkumi aspek-aspek kerjaya yang terjamin, peluang peningkatan
pendapatan dari masa ke semasa, perumahan, keselamatan, pendidikan, kesihatan dan
keseimbangan antara kesibukan kerja, berekreasi serta masa yang berkualiti
bersama keluarga masing-masing.
Tuan
Yang Dipertua,
97.
Untuk kefahaman ramai, B40 pula ialah golongan isi rumah berpendapatan 40
peratus terendah, dengan pendapatan isi rumah sekitar 3,900 ringgit ke bawah.
Dari perspektif ekonomi makro, wujudnya golongan ini adalah lazim di mana-mana
negara membangun.
98.
Menurut Laporan Khazanah Research Institute, kadar pertumbuhan pendapatan isi
rumah B40 ini meningkat lebih pantas, jika dibandingkan dengan pertumbuhan
pendapatan golongan M40 dan T20.
Tuan Yang Dipertua, saudara-saudari dan rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
99.
Sekiranya dalam Bajet 2015, saya telah mentafsirkan People
Economy dan Capital Economy, kali ini, saya mahu menambah satu lagi konsep
penting dalam kita menuju status negara maju yakni, public happiness.
100.
Maksud saya, bajet ini bukan hanya tentang pendapatan semata-mata, tetapi ia
berkait kualiti kesejahteraan hidup rakyat, seperti aman dari jenayah, menikmati
alam sekitar yang bersih dengan pelbagai seni dan kebudayaan yang berwarna
warni.
101.
Juga,… pencapaian pendidikan yang tinggi, mengangkat kesarjanaan dan
keintelektualan, adanya khidmat kesihatan yang terjamin serta memiliki akses
kepada pengangkutan awam yang efisyen.
102.
Sehubungan dengan hal alam sekitar, kita perlu terus memelihara alam semulajadi
terutama kawasan tadahan air dan mempastikan bahawa kawasan-kawasan yang telah
diisytiharkan sebagai hutan simpanan dan taman-taman nasional dijaga serta
sentiasa dipertahankan agar tidak dicerobohi. Ini hanya akan menjadi kenyataan
seandai semua Kerajaan Negeri memberikan kerjasama sepenuhnya dengan gandingan
sektor swasta dan rakyat jelata.
Tuan
Yang Dipertua,
103.
Demi kesejahteraan rakyat, Kerajaan akan terus komited melaksanakan projek dan
program Rakyat Centric di bandar dan luar bandar seperti berikut:
Pertama:
Melalui maklumat dan sesi turun padang, terdapat kampung-kampung yang masih
berada dalam keadaan suram malah gelap tanpa kelengkapan tiang-tiang lampu
jalan.
Makanya,
menjadikan kampung di waktu malam lebih terang, bercahaya lagi selamat,
sebanyak 97 ribu lampu jalan dan 3 ribu lampu LED di persimpangan jalan akan
dipasang.
Ini
melibatkan 7,500 kampung di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak;
Kedua:
Membina dan menaik taraf 616 kilometer jalan kampung dan jambatan bagi
meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar, dengan peruntukan
1.2 bilion ringgit;
Ketiga:
Bagi menyelenggara jalan negeri, 4.6 bilion ringgit disediakan kepada semua
negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia atau MARRIS;
Keempat:
Membina dan membaik pulih 17 ribu unit rumah usang dan daif di kampung
terpencil dan penempatan Orang Asli dengan peruntukan 350 juta ringgit.
Setiap
unit rumah diberi bantuan baik pulih antara seribu hingga 15 ribu ringgit
bergantung kepada usangnya keadaan rumah tersebut;
Kelima:
Meningkatkan penyediaan bekalan air bersih dengan peruntukan 732 juta ringgit,
mensasarkan 5,200 buah rumah, termasuk menaik taraf sistem bekalan air FELDA.
104.
Terkini pula, terdapat pelbagai masalah bekalan air di beberapa negeri,
antaranya kekurangan kapasiti bekalan, cuaca kemarau, pencemaran sisa industri
dan pembalakan serta kebocoran paip.
105.
Bagi menaik taraf kapasiti dan menjamin bekalan air, Kerajaan memperuntukkan
geran 156 juta ringgit dan 509 juta ringgit dalam bentuk pinjaman.
106.
Sebagai tambahan, untuk mengatasi masalah bekalan air, di seluruh negara,
Tabung Bekalan Air akan diwujudkan dengan segera, berperuntukkan 500 juta
ringgit.
Keenam:
Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10 ribu buah rumah
dengan peruntukan 460 juta ringgit; dan
Ketujuhnya:
Kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan penduduk bandar khususnya yang
tinggal di flat. Didapati rumah-rumah pangsa ini banyak berkeadaan luntur dan
kusam kerana tidak dipulihara sebaiknya. Begitu juga keadaan lif-lif yang rosak
dan bermasalah.
Oleh
itu, Kerajaan menyediakan 300 juta ringgit untuk membaik pulih kemudahan
kawasan flat dan 113 Program Perumahan Rakyat di kawasan bandar dan pinggir
bandar.
107.
Kerajaan juga akan melaksanakan Projek Mesra Rakyat dengan peruntukan 800 juta
ringgit. Antaranya, menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya,
pasar dan gerai perniagaan kecil. Keutamaan projek diberi kepada kontraktor
kelas G1 dan G2 tempatan.
108.
Selain itu, 69 projek Rancangan Tebatan Banjir akan diteruskan di seluruh
negara dengan peruntukan 495 juta ringgit.
Tuan
Yang Dipertua,
109.
Sukacita saya mengumumkan satu lagi inisiatif baharu Strategi Lautan Biru
Kebangsaan atau NBOS yakni, MyBeautiful New Home, khusus kepada golongan B40,
dengan peruntukan 200 juta ringgit.
110.
Sebagai permulaan, 5 ribu unit rumah akan dibina dengan harga 40 ribu hingga 50
ribu ringgit seunit.
111.
Menariknya, Kerajaan akan membiaya 20 ribu ringgit dan bakinya dibayar secara
ansuran oleh pemilik. Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri,
tanah yang telah mendapat kebenaran tuan tanah dan tanah kurniaan Kerajaan
Negeri.
112.
KPKT pula akan membina 9,850 unit rumah di bawah PPR dan menyediakan sebanyak
134 juta ringgit bagi tahun 2017.
113.
Sementara itu, 11,250 unit rumah PPR sedang dalam pembinaan dan 576 juta
ringgit disediakan. Rumah ini dijual dengan harga antara 35 ribu sehingga 42
ribu ringgit, walaupun kos pembinaannya menelan 120 hingga 160 ribu ringgit.
Tuan
Yang Dipertua,
114.
Bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40,
275 juta ringgit diperuntukkan seperti berikut:
Pertama:
Memperluaskan Program MySuria dengan peruntukan 45 juta ringgit. Panel solar
akan dipasang di lebih 1,600 rumah. Setiap peserta program akan menerima 250
ringgit sebulan;
Kedua:
Memperluas Program Mobilepreneur oleh GIATMARA, dengan peruntukan 30 juta
ringgit, yang mensasarkan 3 ribu peserta bermotosikal;
Ketiga:
Melaksanakan program Agropreneur, dengan peruntukan 100 juta ringgit bagi
melahirkan 3 ribu usahawan tani muda yang terlibat di dalam pengeluaran hasil
tani bernilai tinggi; dan
Keempat:
Menggiatkan program eUsahawan dan eRezeki di bawah MDEC, merangkumi 300 ribu
peserta dengan peruntukan 100 juta ringgit.
Saudara
dan saudari,
115.
Bagi meringankan kos sara hidup rakyat, Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi hampir 10 bilion ringgit, merangkumi subsidi
bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam.
116.
Untuk membantu golongan pesawah padi pula, Kerajaan memperuntukkan 1.3 bilion
ringgit untuk subsidi harga padi, benih padi dan baja padi, termasuk padi
bukit.
117.
Sebagai insentif kepada pekebun kecil getah yang berdaftar, Kerajaan
memperuntukkan 250 juta ringgit untuk pelaksanaan pembelian ‘harga lantai’.
118.
Sebagai langkah tambahan, bajet ini juga mengumumkan, Kerajaan akan
memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak 200 ringgit sebulan bagi 3
bulan pada November, Disember dan Januari memanfaatkan 440 ribu pekebun kecil
dan penoreh getah.
119.
Selanjutnya, bagi meringankan beban sara hidup 57 ribu nelayan, pemberian elaun
200 hingga 300 ringgit sebulan akan diteruskan.
Tuan
Yang Dipertua,
120.
Sejak Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M diperkenalkan, setiap tahun tanpa
gagal, program ini terus mendapat sambutan dan maklum balas yang sangat positif
daripada penerima.
121.
Pada satu program yang saya hadiri, seorang penerima BR1M dari keturunan India,
telah datang dan menggenggam erat tangan saya sambil berkata,… ‘saya tarak
kisah apa orang mau cakap pasal Kerajaan, yang penting Dato’ Najib,… BR1M bantu
saya dan keluarga’.
122.
Jadinya, Tuan Yang Dipertua, saudara dan saudari rakyat Malaysia sekalian,…
kata orang,…
Dedak bukan,… umpan pun bukan,
BR1M yang ikhlas satu pemberian,
Keperluan rakyat kita dahulukan,
Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan.
BR1M yang ikhlas satu pemberian,
Keperluan rakyat kita dahulukan,
Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan.
123.
Sehubungan itu, untuk tahun hadapan, kadar BR1M dinaikkan seperti berikut:
Pertama:
BR1M kepada isirumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah 3
ribu ringgit, akan dinaikkan daripada 1,050 dan 1,000 kepada 1,200 ringgit;
Kedua:
BR1M kepada isirumah berpendapatan 3 ribu hingga 4 ribu ringgit, akan dinaikkan
daripada 800 kepada 900 ringgit; dan
Ketiga:
Bagi individu bujang berpendapatan di bawah 2 ribu ringgit, BR1M akan dinaikkan
daripada 400 kepada 450 ringgit.
124.
Tidak sekadar itu, Skim Khairat Kematian akan diteruskan dengan pampasan seribu
ringgit kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas.
Keseluruhan Program BR1M ini akan memanfaatkan 7 juta penerima dengan
peruntukan 6.8 bilion ringgit.
Tuan
Yang Dipertua,
125.
Bagi menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri,
kapasiti pendidikan TVET akan diperkasakan dengan peruntukan 4.6 bilion ringgit
kepada institusi-institusi TVET.
126.
Menerusi NBOS, untuk mengoptimakan aset-aset Kerajaan, maka sembilan buah
kampus Institut Pendidikan Guru, akan diubah-suai untuk menjadi Politeknik dan
Kolej Vokasional.
127.
Akhirnya, empat buah akan menjadi Politeknik, empat lagi Kolej Vokasional, dan
sebuah lagi sebagai pusat latihan jurulatih TVET.
128.
Di atas inisiatif kreatif ini, hanya kira-kira 400 juta ringgit diperuntukkan,
berbanding 250 juta ringgit, untuk membina hanya sebuah politeknik yang baharu.
Ini menjimatkan wang Kerajaan kira-kira 2 bilion ringgit.
129.
Selanjutnya, 270 juta ringgit disediakan untuk naiktaraf peralatan pembelajaran
di institusi TVET serta 360 juta ringgit bagi Perbadanan Tabung Pembangunan
Kemahiran.
130.
Berhubung ini, potongan cukai sebanyak dua kali diberikan ke atas perbelanjaan
syarikat swasta yang menyediakan Structured Internship Programme bagi pelajar
di peringkat ijazah sarjana muda, diploma dan pelajar Tahap 3 dan ke atas di
bawah Program TVET. Insentif ini dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun mulai tahun
taksiran 2017 hingga tahun taksiran 2019.
131.
Selain itu, geran padanan latihan dan pembangunan kurikulum akan diberi kepada
institusi TVET awam yang berjaya mendapatkan sumbangan dalam bentuk peralatan
daripada industri.
Tuan
Yang Dipertua,
132.
Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, 50 juta ringgit disediakan untuk
perluasan program Skim Latihan 1Malaysia oleh GLC kepada 20 ribu graduan bagi
tahun 2017, berbanding 15 ribu graduan pada tahun 2016.
Tuan
Yang Dipertua,
133.
Rumah tempat berteduh adalah soal yang amat dekat di hati saya. Mahu tidak
mahu, Kerajaan terus komited dalam ehwal perumahan rakyat di mana setiap
keluarga mampu memiliki kediaman sendiri.
134.
Untuk meningkatkan keupayaan pembeli rumah pertama, konsep berikut akan
diperkenalkan:
Konsep
Pertama: Melalui NBOS lagi, kita akan menyediakan tanah Kerajaan yang tidak
diguna-pakai di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA, untuk membina lebih 30
ribu unit rumah membolehkan harga jualan antara 150 ribu ringgit hingga 300
ribu ringgit. Harga ini jauh lebih rendah dari pasaran;
Konsep
Kedua: Membina 10 ribu unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda
yang layak dengan pekerjaan yang tetap, termasuk graduan muda yang baru
memasuki alam pekerjaan. Mereka
boleh menyewa dengan tempoh maksima lima tahun, pada kadar yang lebih rendah
daripada kadar pasaran, sementara mereka membina kemampuan kewangan untuk
membeli rumah sendiri; dan
Ketiganya:
Syarikat Perumahan Negara Berhad diperuntukkan 200 juta ringgit untuk membina
lebih 5 ribu unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi Kerajaan sehingga 20 ribu
ringgit seunit.
Tuan
Yang Dipertua,
135.
PR1MA telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Setakat ini, lebih 12
ribu unit kediaman, berjumlah 3.3 bilion ringgit telah ditempah. Manakala 85
ribu lagi dalam pelbagai peringkat kelulusan.
136.
Di kesempatan ini, saya ingin mengumumkan satu skim pembayaran akhir atau
end-financing khas jenis step-up untuk program PR1MA.
137.
Melalui skim khas ini, pembiayaan lebih mudah dan accessible kepada pembeli,
dengan jumlah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus, dan kadar penolakan
pinjaman akan berkurangan secara drastik.
138.
Proses permohonan bagi skim ini akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2017.
Skim ini merupakan hasil kerjasama di antara pihak Kerajaan, Bank Negara
Malaysia, KWSP dan juga 4 bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.
139.
Contohnya, pemohon yang berpendapatan 3 ribu ringgit sebulan, hanya layak
mendapat pinjaman lebih 187 ribu ringgit. Melalui skim pembiayaan khas ini,
pemohon boleh mendapatkan pinjaman sehingga lebih 295 ribu ringgit.
140.
Di samping itu diumumkan pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus
ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan. Ini membantu
mengurangkan kos pemilikan rumah pertama, berbanding 50 peratus pada masa ini.
141.
Walau bagaimanapun, layanan pengecualian ini terhad kepada nilai rumah sehingga
300 ribu ringgit bagi pembelian kediaman pertama sahaja, antara tempoh 1
Januari 2017 sehingga 31 Disember 2018.
Tuan
Yang Dipertua,
142.
Untuk pembangunan infrastruktur bagi Rumah Generasi Kedua, FELDA, FELCRA dan
RISDA masing-masing diperuntukkan 200 juta ringgit, 100 juta ringgit dan 100
juta ringgit lagi.
Tuan
Yang Dipertua,
143.
Seterusnya berita gembira untuk pembayar cukai. Jika kini terdapat 21 kategori
pelepasan cukai individu, terbaru, untuk pembelian bahan bacaan, komputer dan
peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup.
144.
Ini diperluaskan meliputi pembelian akhbar-akhbar arus perdana, smartphone dan
tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium. Pelepasan ini
diberi sehingga 2,500 ringgit setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran
2017.
Tuan Yang Dipertua,
145.
NBOS telah menjimatkan 3.5 bilion ringgit perbelanjaan negara.
146.
Oleh kerana sambutan hebat daripada rakyat, 4 lagi UTC di Negeri Sembilan,
Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, dan 3 lagi RTC di Selangor, Sabah dan
Sarawak akan dibina dengan peruntukan 100 juta ringgit.
147.
Sebagai langkah baru, setiap UTC akan disediakan sebuah Job Centre untuk
membantu memadankan antara pencari kerja dan bakal majikan.
148.
Di sini saya ingin bertanya,…mana ada Kerajaan dalam dunia yang menyediakan
pusat khidmat sehenti beroperasi tujuh hari seminggu, bermula 8 pagi hingga 10
malam? Mana ada,… melainkan Kerajaan Barisan Nasional.
149.
Selain itu, inisiatif NBOS yang lain seperti program Bahasa Inggeris 1Malaysia,
Coding di sekolah, Volunteering for International Professional dan Global
Entrepreneurship Community 2 diperuntukkan 40 juta ringgit.
Tuan
Yang Dipertua,
150.
Tatkala Kerajaan melaksanakan pelbagai program Rakyat Centric, Kerajaan terus
komited memampankan fiskal negara jangka panjang dengan antara lain menubuhkan
Collection Intelligence Arrangement atau CIA di bawah Kementerian Kewangan. Ini
akan melibatkan LHDN, Kastam dan SSM yang akan berkongsi data bagi menambah
kecekapan mengutip cukai dan tax compliance.
151.
Selain itu, kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah bernilai
melebihi 1 juta ringgit, akan dinaikkan daripada 3 kepada 4 peratus mulai 1
Januari 2018.
152.
Juga, projek rakyat-centric akan diteruskan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta
berjumlah 10 bilion ringgit.
Tuan
Yang Dipertua,
153.
Profesor HAMKA ada menyebut,… jiwa yang bersih
tumbuh daripada jasmani yang bersih dan sihat, manakala kesempurnaan jati diri
membentuk budi, iaitu ilmu mengatur kesihatan, yakni riadah, atau pun bersukan.
154.
Namun bersih di sini,….. bukan bererti menyertai Perhimpunan BERSIH.
155.
Berbicara lagi hal sukan, kita amat bangga atas pencapaian kontinjen Olimpik
dan Paralimpik. Pertama kali Negaraku dikumandangkan di Rio De Janeiro.
156.
Alhamdulillah, kontinjen negara telah menamatkan persaingan di Sukan Olimpik
2016 dengan pungutan 4 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa. Kita ucapkan syabas
dan tahniah setingginya kepada jaguh-jaguh sukan Olimpik negara!
157.
Bagi pembangunan sukan negara, sebanyak 1.2 bilion ringgit disediakan. Ini
meliputi 450 juta ringgit, khusus untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan
Para ASEAN ke-9 pada tahun 2017.
158.
Selain itu, beberapa program pembangunan sukan akan dilaksanakan:
Pertama:
50 juta ringgit bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang;
Kedua:
122 juta ringgit bagi membina dan menaik taraf fasiliti sukan termasuk Kompleks
Belia dan Sukan Negeri-negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia dan Kompleks Sukan
Komuniti;
Ketiga:
70 juta ringgit bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan
atlet ke temasya sukan antarabangsa; dan
Keempat:
54 juta ringgit bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan
Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.
Tuan
Yang Dipertua,
159.
Kesihatan adalah segalanya. Lantaran itu, usaha bersepadu terus dilaksanakan
bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan di
negara kita. Jadinya, 25 bilion ringgit disediakan bagi program:
Pertama:
Membina dan menaiktaraf hospital-hospital baharu serta Klinik Kesihatan di
Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru;
Kedua:
Menaik taraf kemudahan hospital dengan peruntukan 536 juta ringgit. Ini
termasuk penyediaan peralatan rawatan kardiologi di Hospital Serdang, Hospital
Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, serta pembelian 100 buah
ambulan;
Ketiga:
4.5 bilion ringgit untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak
1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan, dan lebih 1,800 Klinik Desa sedia ada; dan
Keempat:
4 bilion ringgit untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan re-agen kepada
semua hospital dan fasiliti kesihatan Kerajaan.
Saudara
dan saudari,
160.
Merujuk ehwal kesihatan, saya ingin memperkenalkan Dr. Mohd Lutfi Fadil Lokman.
Beliau adalah anak muda contoh yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu, melalui Hospital Beyond Boundaries Project yang
dimulakannya di Kemboja. Sekalung tahniah dan tepukan kepada Dr Lutfi yang saya
anggap ikon golongan belia di bidang kesihatan.
Tuan
Yang Dipertua,
161.
Selanjutnya, bagi mengurangkan kesesakan di hospital awam, Kerajaan akan
bekerjasama dengan pihak swasta atau NGO, yang mengendalikan non-profit
charitable hospital, mengikut kadar kos hospital Kerajaan. Pinjaman 20 juta
ringgit disediakan untuk membiayai pembelian peralatan hospital tersebut.
162.
Seterusnya, 110 juta ringgit diperuntukkan, di mana 70 juta ringgit untuk
bantuan perubatan kepada 10 ribu pesakit kurang berkemampuan.
163.
Sebagai menggalakkan lebih banyak pusat hemodialisis swasta dibuka, 40 juta
ringgit diperuntukkan sebagai geran one-off 200 ribu ringgit untuk pembelian
peralatan.
Tuan
Yang Dipertua,
164.
Kerajaan sememangnya memandang serius penularan wabak denggi dan Zika serta
akan melaksanakan inisiatif pencegahan dan kawalan ke atasnya. Selain itu,
Program Komuniti Sihat Perkasa Negara akan diperluaskan. Kesemua ini melibatkan
peruntukan 80 juta ringgit.
Tuan
Yang Dipertua,
165.
Di sudut lain, Kerajaan mengambil berat keluhan rakyat tentang kenaikan harga
makanan, serta jaminan bekalan makanan.
166.
Justeru, 1.3 bilion ringgit disediakan untuk meningkatkan pengeluaran bahan
makanan dengan harga yang kompetitif.
167.
Ia termasuk membangunkan infrastruktur pertanian seperti saliran dan pengairan,
jalan ladang dan pemasaran produk pertanian. Program berimpak tinggi juga akan
diteruskan termasuklah estet padi, zon bersepadu akuakultur dan penternakan
ikan sangkar.
168.
Seterusnya, program Pengedaran Barang Perlu, pembukaan 4 lagi MyFarmOutlet dan
penambahbaikan 150 premis Agrobazaar Rakyat 1Malaysia dengan peruntukan 140
juta ringgit.
169.
Selain itu, Kerajaan juga akan menggalakkan pembangunan industri tenusu serta
pengeluaran madu kelulut dan kelapa, di samping mengurangkan kebergantungan
import makanan haiwan ternakan menerusi pembangunan industri tanaman jagung
bijirin, sebagai projek perintis di Terengganu dan di Kedah.
Tuan
Yang Dipertua,
170.
Sememangnya, Kerajaan prihatin terhadap keluhan dan permintaan para pemandu
teksi.
171.
Bersama kita pada petang ini, dua orang wakil pemandu teksi yang menghargai
usaha Kerajaan selama ini dalam membela nasib mereka. Terima kasih diucapkan
dan tepukan kepada Encik Mohd Rais Hasan dan Encik Tan Woon Kong, kerana sudi
hadir ke pembentangan bajet petang ini.
172.
Sukacitalah, saya mengumumkan geran 5 ribu ringgit untuk membeli kenderaan
baharu dan menawarkan permit teksi individu, dengan peruntukan 60 juta ringgit.
Ini akan memanfaatkan seramai 12 ribu pemandu teksi yang layak dan telah tamat
kontrak pajak dengan syarikat teksi mereka.
Tuan
Yang Dipertua,
173.
Pada masa ini, sebahagian besar pemandu teksi tidak dilindungi oleh insurans.
Atas keprihatinan Kerajaan, Skim PERKESO kepada pemandu teksi individu yang
berpendapatan sehingga 3 ribu ringgit sebulan akan diperkenalkan dengan geran
pelancaran 60 juta ringgit.
174.
Di bawah Skim ini, pemandu teksi perlu membuat caruman pada kadar 157 ringgit
hingga 443 ringgit setahun, yakni, hanya 13 ringgit 8 sen sebulan. Sekiranya
berlaku kemalangan sewaktu bekerja, mereka layak membuat tuntutan daripada
PERKESO.
175.
Contohnya, pemandu teksi yang hilang upaya kekal akan menerima bayaran pukal
berjumlah 43 hingga 121 ribu ringgit dan bayaran bulanan antara 1,281 hingga
2,624 ringgit sepanjang hayat. Sekiranya pemandu tersebut meninggal dunia,
warisnya akan mendapat Faedah Orang Tanggungan pada kadar 945 hingga 2,655
ringgit sebulan.
Tuan
Yang Dipertua,
176.
Bagi membantu B40 khususnya penerima BR1M menjana pendapatan tambahan, Kerajaan
menggalakkan penyertaan mereka sebagai pemandu ride-sharing seperti pemandu
UBER, terutama bagi pemilik kenderaan sendiri.
177.
Pendapatan boleh mencecah 1,500 ringgit sebulan sekiranya memandu separuh masa
antara 10 hingga 40 jam seminggu dan 4,300 ringgit sekiranya melebihi 40 jam
seminggu.
178.
Bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat
menggunakan BR1M dan rebat sebanyak 4 ribu ringgit bagi pembelian kereta Proton
Iriz.
Tuan
Yang Dipertua,
179.
Kerajaan juga akan menaiktaraf sistem perparitan dan pembinaan 2 Overhead Motorcycle
Ramp di Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan atau Federal Highway, bagi
mengatasi masalah banjir di laluan motosikal serta menjamin keselamatan
penunggang motosikal. Untuk ini, 29 juta ringgit diperuntukkan.
Tuan
Yang Dipertua,
180.
Di bawah capital economy, Kerajaan akan tetap melaksanakan strategi
pro-perniagaan.
181.
Selaras perkembangan pelaburan swasta yang dijangka pada 8.1 peratus kepada 230
bilion ringgit pada 2017, lebih banyak inisiatif akan dijalankan.
182.
Bagi merangsang pelaburan swasta, projek-projek infrastruktur akan dilaksanakan
seperti menaiktaraf Jalan Lok Kawi – Pengalat – Papar, di Sabah; Jalan Kampung
Keruak – Gua Musang – Kuala Berang; membina Jambatan Batang Lupar, Sri Aman;
dan Projek Pembangunan Semula Stesen Janakuasa Sandakan.
183.
Selain itu, pembangunan infrastruktur dan sosio ekonomi di lima koridor iaitu
Wilayah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi
Pantai Timur, Koridor Pembangunan Sabah dan Koridor Tenaga Diperbaharui
Sarawak, diperuntukkan keseluruhan 2.1 bilion ringgit.
184.
MIDA pula, disediakan dana 522 juta ringgit untuk sektor tumpuan termasuk
industri kimia, elektrik dan elektronik serta aktiviti R&D.
Tuan
Yang Dipertua,
185.
Untuk mempergiatkan pasaran modal tempatan, Small and Mid-Cap PLC Research
Scheme akan diperkenalkan bagi penyelidikan ke atas 300 buah syarikat.
186.
Syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan akan memperuntukkan dana khas sehingga 3
bilion ringgit kepada pengurus dana yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti
untuk dilaburkan ke syarikat small and mid cap yang berpotensi.
187.
Di samping itu, Institut Penyelidikan Pasaran Modal akan ditubuhkan dengan
pembiayaan awal sebanyak 75 juta ringgit melalui Capital Market Development
Fund.
188.
Pada sudut lain, dalam mengekalkan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam
antarabangsa, tempoh pengecualian cukai pendapatan kepada entiti Perbankan
Islam dan Takaful menjalankan aktiviti matawang asing, melalui International
Currency Business Unit dan pengecualian duti setem ke atas surat cara bagi
aktiviti tersebut akan dilanjutkan ke tahun taksiran 2020.
189.
Untuk menggalakkan golongan muda untuk membuat pelaburan jangka panjang,
Kerajaan telah memperkenalkan Skim Persaraan Swasta atau PRS.
190.
Bermula tahun 2017, Kerajaan mencadangkan insentif sedia ada 500 ringgit
ditingkatkan kepada 1 ribu ringgit secara one-off kepada pencarum skim PRS
dengan pelaburan minimum terkumpul seribu ringgit dalam tempoh dua tahun.
Peruntukan 165 juta ringgit akan disediakan.
Tuan
Yang Dipertua,
191.
Bagi program galakan eksport kepada PKS tempatan oleh MATRADE, MIDA dan SME
Corp, 130 juta ringgit disediakan di bawah Tabung Promosi Eksport Negara.
192.
Di samping itu, pembiayaan sebanyak 200 juta ringgit dan kemudahan kredit
insurans dengan nilai perlindungan sehingga 1 bilion ringgit akan disediakan
oleh EXIM Bank kepada PKS.
193.
286 juta ringgit juga disediakan untuk pengeluaran eksport peladangan sawit,
getah, koko dan lada.
194.
Sebanyak 50 juta ringgit diperuntukkan untuk kajian saintifik bagi meningkatkan
kualiti produk sawit.
195.
Sebagai tambahan, geran 30 juta ringgit disediakan melalui MPOB untuk penanaman
semula kelapa sawit oleh pekebun kecil.
196.
Selain itu, 20 juta ringgit juga disediakan bagi menaik taraf jalan ladang
untuk kemudahan pekebun kecil komoditi.
Tuan
Yang Dipertua,
197.
Merujuk sektor pelancongan pula, ia telah menyumbang kepada penjanaan
pendapatan negara. Kerajaan akan terus memberi tumpuan ke atas promosi dan
penambahbaikan kemudahan pelancongan. Sehubungan itu:
Pertama:
400 juta ringgit diperuntukkan, antaranya untuk inisiatif clean air dan
ecotourism;
Kedua:
Tempoh permohonan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi pelaburan hotel
baharu bertaraf 4 dan 5 bintang, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2018; dan
Ketiga:
Potongan cukai daripada 500 ribu ringgit dinaikkan kepada 700 ribu ringgit,
untuk sektor swasta yang menaja pertunjukan kesenian, kebudayaan, warisan
tempatan dan luar negara.
198.
Selain itu, program mempromosi Malaysia melalui Kempen Tahun Melawat ASEAN@50
sempena ulang tahun penubuhan ASEAN ke-50 dan sebagai tuan rumah bagi Sukan SEA
dan Sukan Para ASEAN 2017 akan dijalankan.
Tuan
Yang Dipertua,
199.
Bagi mencapai sasaran 32 juta pelancong pada tahun hadapan, Kerajaan akan
meluaskan eVisa ke negara di rantau Balkan dan Asia Selatan.
Tuan
Yang Dipertua,
200.
Digital connectivity merupakan revolusi aktiviti ekonomi masa kini dan
menyumbang hampir 16 peratus daripada KDNK negara.
201.
Sehubungan ini, 162 juta ringgit diperuntukkan kepada MDEC bagi pelbagai
program seperti ekosistem e-dagang, Digital Maker Movement, serta pengenalan
kategori lokasi baharu sebagai Hab Digital Malaysia.
202.
Kerajaan juga berhasrat untuk menubuhkan Digital Free Zone yang pertama di
dunia. Ini menggabungkan zon fizikal dan maya, dengan penambahan perkhidmatan
online dan digital bagi memudahkan e-dagang antarabangsa dan merangsang inovasi
berteraskan internet.
Tuan
Yang Dipertua,
203.
Pada petang yang mulia ini, saya ingin membawa perkhabaran gembira, khususnya
buat anak-anak muda kita, berhubung online connectivity. Sebagai sebuah negara
demokrasi yang bersikap terbuka, Kerajaan berhasrat supaya saluran maklumat
online diperkasakan.
204.
Sukacita diumumkan, bermula Januari 2017, penyedia perkhidmatan fixed line broadband
bersetuju menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan yang lebih tinggi pada harga
yang sama. Sebagai contoh, pelanggan pakej 5 megabit sesaat pada harga 149
ringgit akan menikmati pakej berkelajuan 2 kali ganda iaitu 10 megabit sesaat.
205.
Seterusnya, dalam tempoh 2 tahun lagi, bagi pakej ini, kelajuan akan
ditingkatkan dua kali ganda dengan penurunan harga sehingga 50 peratus. (double
the speed, at half the price)
206.
Selain itu, Kerajaan akan melancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar
ethernet di universiti awam ditingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat.
207.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyediakan
1 bilion ringgit supaya liputan dan kualiti jalur lebar di seluruh negara
mencapai 20 megabit sesaat.
Saudara dan saudari,
208.
Pada tahun hadapan, Kerajaan telah mengisytiharkan 2017 sebagai tahun Startup
& SME Promotion Year, sesuai dengan peranan PKS yang menyumbang secara
signifikan kepada pertumbuhan ekonomi dan pasaran buruh negara.
209.
Bagi menggalakkan pembangunan PKS, Kerajaan bersetuju menyediakan 75 juta
ringgit untuk program di bawah Pelan Induk PKS.
210.
Selain itu, jaminan sehingga 15 bilion ringgit yang diberikan melalui pelbagai
Skim di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan atau SJPP akan
dipanjangkan tempohnya sehingga tahun 2025.
211.
Sebagai tambahan, untuk melonjakkan PKS berorientasi eksport, 2 peratus rebat
kadar faedah diberikan kepada peminjam PKS di bawah skim SJPP.
212.
Rebat ini dihadkan kepada jumlah pembiayaan terkumpul 1 bilion ringgit dan
melibatkan peruntukan 100 juta ringgit untuk tempoh lima tahun.
Tuan
Yang Dipertua,
213.
Bagi mempergiatkan startups pula, sejumlah 200 juta ringgit daripada dana Skim
Jaminan Modal Kerja, akan dikhususkan kepada syarikat startups.
214.
Untuk menggalakkan pelaburan startups berteknologi tinggi, satu kategori pas
baru, yakni Usahawan Teknologi Asing Berpengetahuan Tinggi akan diperkenalkan.
215.
Bagi merancakkan lagi industri kreatif dan penerbitan filem pula, Film in
Malaysia Incentive, Arts and Culture Revitalisation Agenda serta Hab Content
Creation FINAS di Santubong, Sarawak dan di Kota Kinabalu, Sabah akan
dilaksanakan.
216.
Kerajaan juga akan mewujudkan satu jawatankuasa yang diwakili oleh para
pengamal seni untuk merancakkan lagi sektor kesenian dan kebudayaan negara.
Kesemua inisiatif ini melibatkan peruntukan 80 juta ringgit.
Tuan
Yang Dipertua,
217.
Sememangnya, usia 2 hingga 5 tahun merupakan fasa penting tumbesaran minda dan
fizikal kanak-kanak.
218.
Justeru, Kerajaan akan meneruskan Bantuan Makanan Tambahan dan Geran Per Kapita
program TABIKA dan TASKA.
219.
Kerajaan juga akan menambahbaik pakej pemakanan bernutrisi harian yang lebih
lengkap merangkumi susu bersukatan 250 mili-liter, kismis dan telur.
220.
Inisiatif ini memanfaatkan hampir 280 ribu kanak-kanak dengan peruntukan 200
juta ringgit.
221.
Seterusnya, sebanyak 132 juta ringgit lagi, disediakan untuk meningkatkan akses
kepada pendidikan pra-sekolah secara percuma di sekolah Kerajaan, memanfaatkan
200 ribu orang kanak-kanak.
Tuan
Yang Dipertua,
222.
Setiap rakyat di negara ini berhak untuk mendapatkan akses pendidikan yang
sempurna.
223.
Antara inisiatif yang akan dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah
termasuklah:
Pertama:
Membangunkan semula 120 buah sekolah daif, 60 di semenanjung, 30 di Sabah dan
30 lagi di Sarawak menggunakan Industrialised Building System serta menaiktaraf
1,800 makmal sains dengan peruntukan 570 juta ringgit;
Kedua:
Menyiapkan pembinaan 227 buah sekolah, termasuk 8 buah sekolah baharu dengan
peruntukan 478 juta ringgit; dan
Ketiga:
Memperluaskan program penguasaan Bahasa Inggeris melalui Cambridge English,
Dual Language dan Highly Immersive dengan peruntukan 90 juta ringgit.
Tuan
Yang Dipertua,
224.
Satu lagi berita gembira… untuk 430 ribu pendidik kita pula,… menerusi SKMM,
340 juta ringgit diperuntukkan untuk tablet bantuan mengajar bagi memudahkan
tugasan.
Tuan
Yang Dipertua,
225.
Bagi membantu ibu bapa menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak,
Kerajaan akan meneruskan program berikut:
Pertama:
Pemberian Bantuan Persekolahan 100 ringgit kepada setiap pelajar daripada
keluarga berpendapatan sehingga 3 ribu ringgit, yang memanfaatkan 3.5 juta
murid;
Kedua:
1.1 bilion ringgit bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365 ribu murid;
Ketiga:
300 juta ringgit bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah
rendah;
Keempat:
1.1 bilion ringgit merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan
Buku Teks dan Bantuan Geran Per kapita;
Kelima:
Geran sepadan disediakan kepada pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh
Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga 50 ringgit dalam akaun SSPN-i;
Keenam:
Menyediakan Elaun bulanan Murid Berkeperluan Khas sebanyak 150 ringgit kepada
67 ribu murid; serta mengganti bas bagi 21 sekolah berpendidikan khas; dan
Ketujuh:
600 juta ringgit diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan
Penyelenggaraan Sekolah. Daripada jumlah tersebut:
•
250 juta ringgit untuk Sekolah Kebangsaan;
• 50 juta ringgit kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina;
• 50 juta ringgit bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil;
• 50 juta ringgit disalurkan untuk Sekolah Mubaligh;
• 50 juta ringgit untuk Sekolah Berasrama Penuh;
• 50 juta ringgit kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan;
• 50 juta ringgit kepada Sekolah Pondok yang berdaftar; dan
• 50 juta ringgit kepada Maktab Rendah Sains MARA.
• 50 juta ringgit kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina;
• 50 juta ringgit bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil;
• 50 juta ringgit disalurkan untuk Sekolah Mubaligh;
• 50 juta ringgit untuk Sekolah Berasrama Penuh;
• 50 juta ringgit kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan;
• 50 juta ringgit kepada Sekolah Pondok yang berdaftar; dan
• 50 juta ringgit kepada Maktab Rendah Sains MARA.
Tuan Yang Dipertua,
226.
Bagi meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi ke taraf global, 7.4
bilion ringgit disediakan kepada 20 universiti awam.
227.
Daripada jumlah ini, 1.4 bilion ringgit kepada empat hospital universiti,
manakala 300 juta ringgit untuk pemerkasaan lima universiti penyelidikan.
228.
Tambahan lagi, 100 juta ringgit untuk IPT bagi membudayakan penyelidikan serta
meningkatkan bilangan penerbitan dan harta intelek.
229.
Bagi meningkatkan keberkesanan pemberian bantuan pelajar pendidikan tinggi,
Kerajaan akan menggantikan baucar buku dengan kad debit pelajar sejumlah 250
ringgit, yang boleh digunakan untuk pembelian buku, alatulis, alatan komputer
dan akses internet. Ini akan memanfaatkan seramai 1.3 juta orang pelajar.
230.
Pemberian biasiswa akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah 4.3 bilion
ringgit pada tahun 2017 termasuk:
•
1.6 bilion ringgit menerusi JPA;
• 2 bilion ringgit menerusi MARA;
• 250 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi;
• 208 juta ringgit menerusi Kementerian Kesihatan;
• 194 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan;
• 28 juta ringgit menerusi Kementerian Sumber Manusia; dan
• 21 juta ringgit menerusi Kementerian Belia dan Sukan.
• 2 bilion ringgit menerusi MARA;
• 250 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi;
• 208 juta ringgit menerusi Kementerian Kesihatan;
• 194 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan;
• 28 juta ringgit menerusi Kementerian Sumber Manusia; dan
• 21 juta ringgit menerusi Kementerian Belia dan Sukan.
Tuan
Yang Dipertua,
231.
Bagi usaha menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik, insentif berikut
akan diberikan:
Pertama:
Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
Kedua:
Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki
hutang dalam sekali bayaran; dan
Ketiga:
Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit
mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.
Insentif
ini berkuatkuasa pada besok hari, 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.
Tuan
Yang Dipertua,
232.
Kerajaan terus menumpukan usaha melindungi kumpulan mudah terjejas. Antara
inisiatif yang disediakan:
Pertama:
Bantuan kepada keluarga miskin, meliputi Bantuan Am sehingga 300 ringgit
sebulan dan Bantuan Kanak-Kanak sehingga 450 ringgit sebulan diteruskan,
memanfaatkan 69 ribu keluarga;
Kedua:
424 juta ringgit disediakan yang akan memanfaatkan 120 ribu warga emas,
termasuklah bantuan sosio-ekonomi warga emas berjumlah 300 ringgit sebulan
sebagai saraan hidup dan program wang saku. Selain itu, 8 buah Pusat Aktiviti
Warga Emas baharu akan ditubuhkan;
Ketiga:
535 juta ringgit untuk memanfaatkan hampir 150 ribu Orang Kurang Upaya. OKU,
merangkumi elaun pekerja, bantuan latihan kanak-kanak OKU serta bantuan OKU tidak
berupaya bekerja; dan
Keempat: Pelepasan GST kepada OKU berdaftar untuk membeli peralatan bantuan tanpa melalui Entiti Kebajikan Swasta. Skop barang yang layak mendapat pelepasan juga akan diperluaskan.
Tuan
Yang Dipertua,
233.
Sesungguhnya, pada kita OKU membawa erti yang lebih besar yakni, merekalah
Orang Ber-Kehebatan Upaya dan Orang Ber-Luarkebiasaan Upaya kerana, telah mampu
membuktikan kejaguhan mereka sebagai wira-wira sukan bertaraf dunia.
234.
Maka, dengan penuh rasa gembira, dijemput bersama-sama kita di sini, empat
orang atlet sukan Paralimpik Rio 2016 yang telah berjaya menghadiahkan tiga
pingat emas dan satu pingat gangsa. Syabas dan tepukan kepada:
•
Saudara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi;
• Saudara Muhammad Ziyad Zolkefli;
• Saudara Abdul Latif Romly; dan
• Saudari Siti Noor Radiah Ismail
• Saudara Muhammad Ziyad Zolkefli;
• Saudara Abdul Latif Romly; dan
• Saudari Siti Noor Radiah Ismail
Tuan
Yang Dipertua,
235.
Kerajaan memandang tinggi peranan golongan pemimpin masyarakat seperti ketua
kampung dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang makmur dan harmoni.
236.
Maka, Kerajaan bersetuju menaikkan elaun ketua kampung, pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Persekutuan, termasuk Ketua
Kampung-Kampung Baru dan Tok-tok Batin, daripada 800 kepada 900 ringgit.
Tuan
Yang Dipertua,
237.
Pengangkutan awam merupakan nadi kepada mobiliti rakyat seharian dalam negara
menuju kemajuan. Jaringan pengangkutan awam yang lebih cekap, selamat dan
selesa sangat dinanti-nantikan oleh rakyat.
238.
Lantas, seperti dimaklumi, projek sambungan jajaran LRT laluan Kelana Jaya dan
Ampang telah pun beroperasi pada bulan Jun yang lalu.
239.
Manakala perkhidmatan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang akan beroperasi pada
Disember 2016, memanfaatkan 1.2 juta pengguna di Lembah Klang.
240.
Kerajaan juga komited untuk menambah baik pengangkutan awam di luar bandar
dengan langkah-langkah berikut:
Pertama:
Pelaksanaan projek rel baharu East Coast Rail Line, menghubungkan Lembah Klang
ke Pantai Timur sepanjang 600 kilometer yang melalui Port Klang, ITT Gombak,
Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan
berakhir di Tumpat secara berfasa dengan anggaran kos 55 bilion ringgit;
Kedua:
Menggiatkan pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak;
Ketiga:
100 juta ringgit bagi membaik pulih Landasan kereta api Pantai Timur, jajaran
Gua Musang – Tumpat akibat kerosakan banjir; dan
Keempat:
Bagi meningkatkan kekerapan trip perkhidmatan ETS bagi laluan Johor Bharu –
Padang Besar, Kerajaan telah memperoleh 9 set tren sehingga tahun 2019.
Sebagai
tambahan, sebanyak 10 set tren baharu lagi akan diperoleh secara berperingkat
sehingga tahun 2019, dengan peruntukan keseluruhan 1.1 bilion ringgit.
Tuan
Yang Dipertua,
241.
Saban tahun, setiap Bajet yang dibentangkan, golongan Orang Asli turut bersama
menikmati manfaatnya.
242.
Pada petang ini, kita undang beberapa Tok Batin yang tempat dan kampung mereka
telah mendapat faedah serta manfaat hasil peruntukan bajet-bajet yang lalu.
243.
Mari beri tepukan kepada Tok Batin Awang bin Lijon dari Kampung Orang Asli
Jelebu, Negeri Sembilan dan Tok Batin Taha bin Ahir dari Kampung Bukit
Bangkong, Sungai Pelek, Sepang, Selangor.
244.
Bajet ini selanjutnya memperuntukkan 222 juta ringgit untuk projek bekalan air
terawat di 42 perkampungan Orang Asli, program pembangunan ekonomi dan
keusahawanan serta Penempatan Semula Perkampungan antaranya di Sungai Ruil,
Cameron Highlands, Pahang.
245.
Bagi projek Native Customary Rights pula, 20 juta ringgit disediakan untuk
pemetaan tanah di Sabah dan 30 juta ringgit di Sarawak.
Tuan
Yang Dipertua,
246.
Kerajaan tetap prihatin terhadap keperluan komuniti Cina dan India. Sehubungan
itu, 50 juta ringgit bagi pembangunan Kampung Baru Cina, 50 juta ringgit lagi
untuk pinjaman PKS melalui KOJADI serta 20 juta ringgit untuk pinjaman mikro
kredit diseliakan oleh Malaysian Chinese Women Entrepreneurs Foundation.
247.
Seterusnya, 20 juta ringgit akan disalurkan kepada Yayasan Penjaja dan Peniaga
Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.
248.
Bagi masyarakat India pula, 50 juta ringgit diperuntukkan bagi program
peningkatan kapasiti dan pendapatan, serta 150 juta ringgit lagi untuk program
pembiayaan perniagaan melalui TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia.
249.
Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, SJKT, Kerajaan akan memperluaskan program
pra-sekolah kepada 50 buah sekolah dengan peruntukan 10 juta ringgit.
250.
Berhubung ini juga, I want to make a policy statement bahawa, Kerajaan komited
untuk meng-arus perdanakan program-program pembelaan ke atas masyarakat India
terus diperkasakan dalam agenda pembangunan negara. Nambikei,… Nambikei!! dan
sempena Deepavali yang akan tiba, saya mengucapkan Selamat Hari Deepavali.
Tuan
Yang Dipertua,
251.
Menjunjung Agenda Bumiputera, pada minggu lepas, saya telah merasmikan sambutan
ulangtahun enam dekad institusi keramat Bumiputera UiTM,…
252.
Ternyata, UiTM telah berjaya mencapai objektif penubuhannya dengan melahirkan
hampir 700 ribu graduan setakat ini, hingga ada yang sudah berjaya sebagai ahli
akademik, pentadbir-pentadbir, teknokrat dan ahli korporat serta Menteri.
Tuan Yang Dipertua,
253.
Makanya, bertolak dari sini, demi terus memperkasa Bumiputera, Kerajaan akan
perbuat dan peruntukan:
Pertama:
100 juta ringgit kepada SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera;
Kedua:
100 juta ringgit kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program
keusahawanan mereka;
Ketiga:
300 juta ringgit kepada TEKUN, bagi membantu usahawan kecil memajukan
perniagaan, termasuk skim baharu TEMANITA, khusus untuk usahawan mikro wanita.
Tuan
Yang Dipertua,
Turut
dijemput hadir di Parlimen petang ini dua contoh kejayaan hasil inisiatif TEKUN
oleh Kerajaan. Mari kita beri tepukan tahniah kepada Encik Denny Iskandar
Bahtiar Afandi, yang telah berjaya dalam bidang jahitan pakaian, dan keduanya
Encik Vijaya – Indran anak lelaki Ganesan, yang telah berjaya hasil TEKUN di
bidang pembaikan alat-alat elektrik.
Keempat:
200 juta ringgit kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, bagi melaksanakan
Program Pembiayaan Keusahawanan dan Premis Perniagaan;
Kelima:
120 juta ringgit kepada MARA, bagi pelbagai program keusahawanan, antaranya
perusahaan industri halal, pembangunan usahawan belia, Program Latihan
Bersepadu Keusahawanan;
Keenam:
Dana mudah-cara berjumlah 500 juta ringgit menerusi TERAJU untuk membantu syarikat-syarikat
bumiputera untuk mengembangkan perniagaan mereka atau memulakan perniagaan
baharu;
Ketujuh:
100 juta ringgit untuk TERAJU bagi Tabung Eksport bagi syarikat-syarikat
bumiputera menembusi pasaran antarabangsa; dan
Kelapan:
100 juta ringgit menerusi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, bagi program
Peneraju Skil dan Iltizam, Peneraju Profesional serta Peneraju Tunas.
Bersama
kita, dalam dewan Parlimen ini dua orang penerima faedah dari Yayasan Peneraju
Pendidikan Bumiputera ini. Kini, mereka telah berjaya dalam bidang perhotelan
yang bertaraf 6 bintang dan bidang arkitek. Tahniah dan tepukan kita berikan
kepada Cik Denilia dan Encik Syahmi.
254.
Pokoknya, selagi hayat dikandung badan, agenda pemerkasaan Melayu serta
Bumiputera akan terus kita perjuangkan.
Tuan
Yang Dipertua,
255.
Baru-baru ini, kita mendengar ada pihak yang membuat
tuduhan bahawa Bajet 2017 adalah satu bikinan sandiwara, kononnya tanpa
substance, dan Kerajaan tidak mempunyai wang yang mencukupi.
256. Malah, ada seorang Pemimpin Pembangkang menyebut pula,
‘Malaysia mengharungi ribut ekonomi yang sukar pada tahun ini’.
Saudara dan Saudari Sekalian,
257.
Sebenarnya di sini, siapa yang bermain sandiwara?,….
Siapa yang tiada substance sebenarnya?,…. Siapa yang menjadi Pembelot dan
Pengkhianat negara sebenarnya?,… Di mana pula timbulnya ribut ni?….
258.
Apa yang boleh saya simpulkan seperti berikut,
Ribut-ribut di Kubang Pasu,
Angin Sepoi dari Pekan,
Demi negara Barisan Nasional Bersatu,
Kepentingan rakyat kita utamakan.
Angin Sepoi dari Pekan,
Demi negara Barisan Nasional Bersatu,
Kepentingan rakyat kita utamakan.
Tuan
Yang Dipertua,
259.
Sememangnya, Kerajaan amat menghargai sumbangan perusahaan kecil dan sederhana
di dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan di negara ini.
260.
Bahkan, 97 peratus daripada kesemua perniagaan di negara ini adalah dari sektor
PKS. Perniagaan-perniagaan ini juga menyumbangkan 36 peratus dari KDNK negara
pada tahun lepas, 65 peratus dari kesemua pekerjaan dan 18 peratus dari eksport
negara.
261.
Jadinya, Kerajaan yakin sektor PKS mempunyai keupayaan untuk melonjak ke
hadapan, supaya dapat meningkatkan lagi sumbangan mereka kepada ekonomi negara.
262.
Untuk Bajet 2017 ini, saya mahu mengumumkan beberapa perkara yang gembira dan
sangat mustahak lagi berimpak besar kepada syarikat-syarikat termasuk PKS.
263.
Bagi menghargai pencapaian syarikat-syarikat yang berjaya meningkatkan
pendapatan mereka, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu
skim baru khusus bagi tahun taksiran tahun 2017 dan 2018.
264.
Skim ini akan memberi pengurangan kadar cukai berperingkat, berdasarkan kepada
peratus kenaikan pendapatan berbanding tahun taksiran sebelumnya. Kadar
pengurangan cukai pendapatan ini adalah seperti berikut:
•
Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara 5 dan bawah 10 peratus sebanyak
satu mata peratusan;
• Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara 10 dan bawah 15 peratus sebanyak dua mata peratusan;
• Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara 15 dan bawah 20 peratus sebanyak tiga mata peratusan; dan
• Peratus kenaikan pendapatan bercukai 20 peratus sebanyak empat mata peratusan.
• Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara 10 dan bawah 15 peratus sebanyak dua mata peratusan;
• Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara 15 dan bawah 20 peratus sebanyak tiga mata peratusan; dan
• Peratus kenaikan pendapatan bercukai 20 peratus sebanyak empat mata peratusan.
265.
Sebagai contoh, sekiranya pendapatan bercukai syarikat bagi tahun taksiran 2016
adalah sebanyak 10 juta ringgit, dan meningkat kepada 12 juta ringgit pada
tahun 2017, maka jumlah cukai yang dikenakan pada 10 juta ringgit pertama
adalah sebanyak 24 peratus; bersamaan 2.4 juta ringgit. Manakala, beza
pendapatan 2 juta ringgit pada tahun 2017 pula dikenakan cukai sebanyak 20
peratus; bersamaan 400 ribu ringgit. Ini bermakna, jumlah cukai yang perlu
dibayar adalah 2.8 juta ringgit dengan penjimatan sebanyak 80 ribu ringgit.
266.
Selain daripada itu, bagi semua PKS pula, kadar cukai bagi pendapatan bercukai
sehingga 500 ribu ringgit pertama, akan dikurangkan daripada 19 peratus kepada
18 peratus, bermula tahun taksiran 2017.
267.
Juga, bagi merancakkan program pembangunan vendor tempatan dalam sektor
perkilangan dan perkhidmatan, galakan potongan cukai dua kali ke atas
perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh syarikat induk, akan dilanjutkan
sehingga 31 Disember 2020.
Tuan Yang Dipertua,
268.
Beriring-iring dengan Perpaduan, Kerajaan ini tidak akan pernah berkompromi
dengan keselamatan dan ketenteraman awam.
269.
Sesungguhnya, jasa para perajurit negara sentiasa kekal di sanjung tinggi. Ini
termasuklah pengorbanan mereka mempertahankan negara ketika darurat.
270.
Bersama-sama kita juga pada petang berbahagia ini, wakil-wakil para veteran,
pasukan perajurit juga anggota keselamatan, yang merupakan wira-wira bangsa
dalam mempertahankan kedaulatan pertiwi. Nampaknya hanya Abang Bomba saja yang
tak ada,…
271.
Sesungguhnya, jasa mereka tidak terbayar dengan wang ringgit, dan tidak
ternilai
dengan pangkat darjat.
272.
Saya difahamkan bahawa, hadir dan berada di galeri atas sana adalah wakil-wakil
daripada Angkatan Tentera Darat, Laut dan Udara, serta Polis DiRaja Malaysia
yang pernah berkhidmat semasa tragedi di Lahad Datu.
273.
Sama-sama kita beri semangat dan tepukan patriotik yang meriah buat mereka!
Tuan Yang Dipertua,
274.
Maka, sukacitanya diumumkan, Kerajaan akan memberi Bayaran Insentif Khas
Insurgensi kepada veteran ATM, sejumlah 55 juta ringgit, yang masih belum
menerima insentif khas ini.
275.
Ini bagi membolehkan veteran yang hilang upaya ketika dalam perkhidmatan, dapat
menerima insentif tersebut. Sebagai contoh, seorang Koperal yang mengalami hilang
upaya sebanyak 80 peratus semasa berkhidmat layak menerima bayaran Insentif
Pukal sehingga 34 ribu ringgit dan bayaran Insentif Bulanan sehingga 590
ringgit bergantung kepada kaedah pengiraan semasa. Ini merupakan insentif
baharu selain daripada Pencen Hilang Upaya sedia ada.
276.
MINDEF pula diperuntukkan 15.1 bilion ringgit, antaranya 1.8 bilion ringgit
untuk menyelenggara aset-aset utama seperti pesawat, kapal peronda, peralatan
komunikasi, bangunan dan senjata. ATM juga diperlengkapkan dengan perolehan
kapal rondaan dan kenderaan berperisai 8 x 8.
277.
Di samping itu, 1.3 bilion ringgit diperuntukkan antaranya untuk
telekomunikasi, rangsum dan perolehan pakaian seragam.
278.
Bagi meningkatkan keberkesanan operasi ESSZONE, 323 juta ringgit, diperuntukkan
untuk penugasan anggota di sempadan kawasan Timur Sabah.
Tuan
Yang Dipertua,
279.
Selain itu, Kerajaan akan mewujudkan Sea Basing di perairan Pantai Timur Sabah,
dan Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter. Seterusnya, menempatkan kenderaan
Perisai AV8 GEMPITA 8×8, dan kenderaan perisai 4×4 di Lahad Datu, serta
penempatan skuadron pesawat pejuang Hawk dan helikopter Eurocopter EC-725 di
Pangkalan Udara Labuan.
280.
Angkatan Tentera juga akan melaksanakan Program Jiwa Murni, dengan peruntukan
114 juta ringgit, bagi membina dan menaiktaraf jalan di pedalaman Sarawak.
281.
Di samping itu, perkhidmatan Feri Sekolah Angkatan Tentera, juga diteruskan
melibatkan 15 ribu anak-anak anggota ATM seluruh negara.
282.
Manakala, KDN diperuntukkan 12.8 bilion ringgit, termasuk 8.7 bilion ringgit
kepada Polis DiRaja Malaysia. Antara projek utama adalah, membina 12 ibu
pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69, dan perolehan kenderaan serta
kelengkapan.
283.
Selain itu, 60 juta ringgit disediakan bagi meningkatkan keberkesanan usaha
mencegah jenayah di bandar, termasuk omnipresence dan Unit Rondaan
Bermotosikal.
284.
Kerajaan juga mengiktiraf peranan anggota RELA dalam memelihara keharmonian
masyarakat. Untuk ini, 80 juta ringgit diperuntukkan, bagi membekalkan pakaian
seragam kepada lebih 200 ribu orang anggota RELA.
285.
Dua wakil mereka ada bersama kita,… sila kita beri tepukan meriah kepada wakil
anggota RELA yang banyak berjasa.
286.
Bagi memastikan kawasan kejiranan berada dalam selamat dan tenteram, 40 juta ringgit
diperuntukkan untuk melaksanakan semula Geran Persatuan Penduduk kepada
persatuan yang berdaftar. Geran sehingga 10 ribu ringgit, bagi membiayai
peralatan kawalan keselamatan, pembersihan dan penyelenggaraan kawasan
kejiranan.
Tuan Yang Dipertua,
287.
Wanita sentiasa menjadi inspirasi dan tulang belakang kepada pembangunan
negara. Sejak zaman dahulukala pun, para pahlawan dan pendekar, bukan sahaja
terdiri daripada kaum lelaki, tetapi juga kaum Hawa.
288.
Beberapa hari lepas, saya telah bertemu dengan seorang pejuang wanita. Beliau
adalah wakil tunggal yang menjadi perlambangan wanita Malaysia yang berhati
waja, berani dan kuat semangat. Bersama rakan-rakan, beliau membuat misi
kemanusiaan ke Palestin, sehingga ditahan oleh regim Israel.
289.
Namun Alhamdulillah, telah kembali ke tanahair dengan selamat. Ayuhlah, kita
berikan sambutan semangat dan tepukan kepada Dr. Fauziah Hassan.
Tuan
Yang Dipertua,
290.
Sehubungan ehwal wanita dan mengarusperdanakan peranan mereka dalam pembangunan
negara, sebanyak 2 bilion ringgit disediakan untuk program-program seperti
I-KIT, I-KeuNita dan program Women Career Comeback.
291.
Kerajaan juga menyediakan 30 juta ringgit untuk kaum wanita menjalani
pemeriksaan mamogram dan mendapat suntikan imunisasi HPV secara percuma, untuk
mencegah kanser.
292.
Bercakap tentang kejayaan dan kehebatan golongan wanita lagi, marilah kita
memberi tepuk tahniah kepada Cik Lam Shu Jie, yang telah berjaya dalam
penyelidikan Structurally Nano-Engineered Anti-Microbial Peptide Polymers (SNAPPs)
di peringkat global. Saya difahamkan beliau sedang menuntut di salah sebuah
universiti di Australia.
293.
Sebagai sokongan kepada wanita berkerjaya yang masih menyusukan anak, Kerajaan
akan memperkenalkan pelepasan cukai baharu sehingga seribu ringgit, bagi
pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan ini, diberi setiap 2 tahun sekali,
mulai tahun taksiran 2017.
294.
Seterusnya, bagi meringankan beban ibu bapa yang bekerja, pelepasan cukai
sehingga seribu ringgit diberikan kepada pembayar cukai individu yang
menghantar anak berumur 6 tahun dan ke bawah, ke taman asuhan dan pra-sekolah
berdaftar, mulai tahun taksiran 2017. Kerajaan menganggarkan 40 ribu individu
akan mendapat manfaat daripada pelepasan cukai ini.
Tuan
Yang Dipertua,
295.
Sebagai sebuah negara Islam yang wasatiyyah, berasaskan fahaman Ahli Sunnah wal
Jamaah, Kerajaan dari masa ke semasa akan terus memperkembangkan syiar Islam di
landasan betul.
296.
Seraya itu, Kerajaan, menolak sekeras-kerasnya sebarang fahaman yang terlalu
liberal mahupun terlalu ekstrem.
297.
Di sudut ini, peranan para agamawan, khususnya golongan Imam serta Ahli
Jawatankuasa Masjid dan surau-surau dipandang serius oleh pihak Kerajaan,
terutamanya kebajikan mereka.
298.
Makanya, pada hari ini, kita berbesar hati untuk menjemput beberapa Imam dan
Bilal yang berjasa sejak sekian lama di surau-surau dan masjid-masjid seluruh
negara.
299.
Silalah kita mendongak ke galeri dan skrin, wajah-wajah antara ribuan imam,
bilal dan siak, yang telah berjasa mengimarahkan masjid dan surau dalam ibadah
jemaah. Berilah tepukan penghargaan kepada mereka.
300.
Seiring dengan itu, dengan rasa tawaduknya, berasa bersyukur, kerana Imam-imam
ini adalah antara 4,611 jemaah yang telah dibiayai untuk mengerjakan ibadat
haji oleh GLC.
301.
Berkait ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk menaikkan elaun Imam di
bawah JAKIM, daripada 750 ringgit kepada 850 ringgit sebulan. Ini memanfaatkan
hampir 15 ribu Imam di seluruh negara.
302.
Manakala sebanyak 500 ringgit, akan diberikan secara one-off kepada hampir 16
ribu Bilal dan Siak di seluruh tanahair, sebagai menghargai jasa mereka dalam
mengurus tadbir masjid.
303.
Sukacitanya Kerajaan mengumumkan, elaun guru KAFA juga akan dinaikkan daripada
800 ringgit kepada 900 ringgit sebulan, sekaligus memanfaatkan hampir 33 ribu
guru.
304.
Kerajaan menyedari permintaan yang tinggi oleh masyarakat terhadap pendidikan
tahfiz. Oleh itu, buat pertama kalinya, Kerajaan memperuntukkan 30 juta ringgit
bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.
305.
Sekalung tahniah, mari kita beri tepukan kepada wakil guru-guru KAFA dan
anak-anak Tahfiz tajaan Kerajaan.
Tuan
Yang Dipertua,
306.
Ramai cendekiawan dan pejuang kemanusiaan dunia seperti Mahatma Ghandi
menyarankan bahawa, If you want to reach real peace
in this world, we should start educating the children.
307.
Pada Jumaat penuh barakah ini, dibawakan sebahagian anak-anak masuk ke Dewan
Parlimen sebagai memberi pengalaman kepada mereka, selaku pewaris bangsa.
Anak-anak kita ini, adalah daripada kelas-kelas pendidikan awal KEMAS, TABIKA,
TASKA dan PERMATA.
308. Bagi menghargai khidmat jasa para pembantu KEMAS, elaun mereka akan dinaikkan daripada 400 kepada 500 ringgit, melibatkan hampir 11 ribu orang.
309.
Turut hadir dua wakil pembantu KEMAS, dan silalah beri tepukan kepada mereka.
Tuan
Yang Dipertua,
310.
Bersama-sama kita pada petang ini juga, anak-anak PERMATA dan KEMAS, yang
merupakan pewaris masa depan negara.
311.
Sebanyak 85 juta ringgit akan diperuntukkan bagi program PERMATA, yang
melibatkan 50 ribu kanak-kanak, antaranya, untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan
Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia. Selain itu, Institut Pendidikan
Guru Kampus Raja Melewar di Negeri Sembilan, dan Kampus Tuanku Bainun di Pulau
Pinang akan diubahsuai menjadi pusat PERMATA Pintar dan Berbakat.
Tuan
Yang Dipertua,
312.
Ingin disampaikan satu lagi khabar penting, Kerajaan akan mengambil langkah
positif untuk meminda Akta Kebankrapan 1967 mulai awal tahun hadapan, berkait
mereka yang telah diisytiharkan bankrap, terutamanya ‘penjamin sosial’
misalannya penjamin biasiswa,…dan antaranya lagi, mereka yang mengidap penyakit
kronik setelah disahkan oleh hospital Kerajaan juga mereka yang telah berumur.
Perinciannya sedang dilakukan dan butiran lanjut akan diumumkan dalam sedikit
masa lagi.
Tuan Yang Dipertua,
313.
Demikianlah sekian banyaknya prakarsa, inisiatif,
peruntukan dan ikhtiar murni Kerajaan Barisan Nasional dalam simfoni Bajet 2017
ini, untuk Rakyat, Kerana Rakyat.
314.
Sebuah bajet yang sangat berkomited dan tidak mementingkan kepopularan politik,
sebaliknya demi mempastikan kedudukan asas ekonomi negara kekal berdaya tahan
dan kuat, termasuk dasar tentang sasaran defisit, aktiviti ekonomi yang telah
dirangsang, dan kesihatan jangka panjang sistem kewangan Malaysia.
315. Sesungguhnya,… sesungguhnya,… Kerajaan Barisan Nasional adalah
Kerajaan anak jantan. Kita tidak akan sesekali lari dari masalah.
316.
Kita tidak akan pernah belot dan takut kecundang, lari dari medan perjuangan.
Tuan
Yang Dipertua,
317. To us, Barisan Nasional, FAILURE IS NOT AN OPTION,… AND,…
SUCCESS IS WHAT WE STRIVE FOR.
318.
Lantas,… sukacitanya saya mengumumkan, sebaik sahaja bajet ini selesai, pihak
Kerajaan akan melancarkan siri dialog nasional atau national discourse bagi
memeta halatuju negara di atas sebuah kanvas yang baharu. Kalau lembayung
gagasan negara yang saya perkenalkan sejak 2010 adalah, Dasar Transformasi Nasional atau DTN, maka wacana nasional
ini pula saya namakan sebagai, Transformasi Nasional 2050 dan sesudah ini
dijenamakan sebagai TN50.
319.
Kalau Dasar Ekonomi Baru dulu, Allahyarham Tun Razak rencanakan untuk
menyediakan Generasi Baharu yang berjaya dalam tempoh 30 tahun, begitulah TN50
ini akan menjangkau 3 dekad proses dan gerak kerjanya, bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa serta
berminda par excellence.
320.
TN50 akan dimula-gerakkan dengan generasi muda pelbagai bangsa melalui
wacana-wacana nasional atau national discourse seperti diputuskan oleh Kabinet,
akan dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta pastinya akan dinaungi
dan dipayungi oleh saya sendiri selaku Perdana Menteri.
321. Biarlah TN50 ini menjadi saksi dan berkalamlah tawarikh bahawa,
Kita adalah Bapa-Bapa atau Nenek Moyang yang bertanggungjawab, mahu mewariskan
yang terbaik dan terhebat,….. diperturunkan kepada generasi hari muka.
322. TN50, inilah azimat kita mulai kini. Biarlah legasi lama
berlalu pergi. Harapan masa depan Malaysia kita baharui.
Tuan
Yang Dipertua,
323.
Dari itu, walau kita terus diperhadapkan dengan beribu aral yang melintang,…
tapi kita terima dengan jiwa yang besar dan roh bangsa merdeka.
324. Oleh itu, wahai rakan-rakan dalam Kerajaan Barisan Nasional,
Ayuhlah,… kita rapatkan saf, kita satukan pemikiran, kita perkukuhkan pasukan,…
325.
Sekaligus di kesempatan ini, saya mahu merakamkan rasa penghargaan yang tinggi
kepada Timbalan saya, yakni Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, atas kesetiaan
saudara yang tidak berbelah bahagi.
326.
Begitu juga ketaatan yang diberikan kepada saya oleh Anggota-anggota Jemaah
Menteri, Pimpinan-Pimpinan Parti Komponen dan tentunya juga kepada para
Penjawat Awam, kepada negara selama puluhan tahun ini.
Tuan
Yang Dipertua,
327.
Kepada Penjawat Awam, saya tahu tak tidur malam jika perkara ini tidak
diumumkan. Bagai pucuk dicita, khabar gembira sudah pun mendatang.
328.
Sebagai penghargaan atas khidmat terpuji para penjawat awam, sukacitanya saya
mengumumkan bayaran khas sebanyak 500 ringgit kepada semua penjawat awam, manakala
250 ringgit kepada para pesara Kerajaan. Bayaran ini akan diberi pada awal
Januari 2017.
Saudara
dan Saudari Rakan Seperjuangan Sekalian,
329. Biarlah hati kita luluh dan kalbu kita hancur menahan luka,
asalkan masyarakat mendapat untung dan labanya.
330. Biarlah bahu-bahu kita yang menanggung caci dan cerca,
asalkan,… rakyat tetap dibela.
Tuan
Yang Dipertua,
331.
Jika dimadah orang dahulukala, Raja dan Rakyat berpisah tiada,… Begitulah
juga,… Kerajaan dan Rakyat juga sehati sejiwa.
332.
Ingin saya nyatakan betapa kasihnya Kerajaan ini
untuk melihat rakyat bahagia dan sentosa. Seperti dipujangga dalam gurindam
jiwa,….HENDAK MATI DI HUJUNG KUKU, HENDAK BERKUBUR DI TAPAK TANGAN.
Tuan Yang Dipertua, Saudara Saudari, Rakyat Malaysia Yang Dikasihi,
333.
Akhir kalam, Kerajaan Barisan Nasional dengan izin Allah jua, yakin dan percaya
bahawa, angin kemenangan besar Pilihanraya Negeri Sarawak, yang telah
berpuput-puput bayunya ke Pilihanraya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,
akan mula meniup obor perjuangan yang kami yakin dan percaya, hari demi hari,
InsyaAllah,…. dengan kehendak Yang Maha Berkuasa, akan
membawa pula kemenangan besar di Pilihanraya Umum Ke-14 kepada Kerajaan Barisan
Nasional, InsyaAllah.
334.
Lalu,…. Lalu,…. SUDAH MENJADI ADAT ORANG BERJUANG,….
SEKALI LAYAR SUDAH DIKEMBANG,… SEKALI BAHTERA SEDANG BERKEMUDI,… PABILA
GENDERANG DITABUH-TABUHKAN,….APA PUN BADAI DATANG MENGHENTAM,….
PANTANG PENDEKAR BERBALIK PULANG!!!
335.
Mudah-mudahan Allah Hu Ta’ala, Melimpah Kurnia serta Mencucur Rahmatnya kepada
Malaysia dan Rakyatnya, Dunia Akhirat, Zahir dan Batin.
Tuan
Yang Dipertua,
Saya
mohon mencadangkan.
Wabillahi
Taufik Wal Hidayah Wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment