Friday 9 November 2018

TIADA APA BOLEH DIHARAPKAN KEPADA PEGAWAI KERAJAAN NEGERI?


Daripada Blog Lawi Ayam (Siri 4)
   
Pada sidang media  mesyuarat pertama Kabinet  Pakatan Harapan (HARAPAN) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 23 Mei 2018 lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran lima agensi dan jawatankuasa kerajaan, termasuk  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Yang lain ialah Majlis Profesor Negara (MPN), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Perdana Menteri berpendapat, kebanyak institusi ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kerajaan, yang sepatutnya memberi  nasihat kepada kerajaan. Semua perkara ini akan dibubarkan.

"Kita tidak memerlukan kepintaran mereka, saya  fikir kita pun ada kepintaran," katanya. Kini  JKKKP dilihat tidak lagi relevan.

Malah dalam kes JKKKP ini, Perdana Menteri dan Kabinet melihat institusi yang ditubuh dan kakitangannya dilantik oleh kerajaan persekutuan, sebagai terlalu berunsur politik.

Sedangkan, tegas Perdana Menteri,  peranannya dapat dilaksanakan oleh pegawai kerajaan lain.

"Kita dapati gaji dibayar kepada JKKKP yang seolah-olah telah menjadi kerajaan tambahan di negeri-negeri, ia banyak berunsur politik dan bukan pentadbiran.

"Sebaliknya kita ada pegawai kerajaan untuk menjalankan tugas itu dan kita tidak akan ganti bayaran kepada JKKP kerana kita tidak ingin amalkan politik seperti kerajaan terdahulu," katanya.

Bagi yang memahami tugas JKKKP yang kini kononnya ditransformasikan menjadi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), mereka hanya mampu  menggeleng kepala.

Mereka tidak percaya sama sekali bahawa kata-kata itu keluar daripada mulut Dr Mahathir sendiri.

Oleh kerana ia ‘arahan Perdana Menteri’, maka tiada yang berani berkata-kata atau memberikan pendapat kedua mengenai perkara berkenaan. Ia sudah jadi perintah.

Kerana itu Menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Rina Mohd Harun ‘tertelan lidah’ sejak hari itu.

Sudah pastilah bagi yang tidak ada kena dan tidak sensitif dengan politik dan kepimpinan bawahan, mereka merasakan tindakan itu sebagai suatu tidakan bijak.

Hakikatnya tindakan itu tidak bijak dan merugikan parti pemerintah. Pendapat kedua bukan bantahan perlu dinyatakan.

Kenapa keputusan Perdana Menteri dan Kabinet  HARAPAN itu merugikan jika pegawai kerajaan diberikan tugas menggantikan peranan JKKKP atau MPKK itu?

1.   Memang pegawai kerajaan boleh menjalankan kerja-kerja pentadbiran, termasuk melaksanakan pembangunan di peringkat mukim dan kampung.
Soalanapakah mereka bekerja 24 jam dan menjelajah setiap kampung?

2.   Pegawai kerajaan akan melaksanakan tgas mereka berasaskan ‘arahan kerjaan negeri’ atau juga kerajaan Pusat.
Soalan – apakah semua kerajaan negeri – Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis – di bawah HARAPAN?

3.   Pegawai kerajaan melaksanakan visi dan misi pentadbiran negeri khususnya pembangunan di peringkat bawah.
Soalan - Apakah kerajaan negeri diperintah oleh PAS seperti Kelantan dan Terengganu, Barisan Nasional di Pahang dan Perlis akan melaksanakan misi HARAPAN?

4.   Bagaimana dengan peruntukan kerajaan Pusat khususnya daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KPLB) akan dibelanjakan?
Soalan - Tidakkan di empat negeri berkenaan, ia akan menguntungkan kerajaan negeri berkenaan dan kemungkinan penyalahgunaan dana untuk penyokong kerajaan negeri sahaja adalah besar.

5.   Peruntukan KPLB sudah semestinya untuk rakyat dan political milagenya diharapkan dipulangkan kepada HARAPAN tetapi?
Soalan -  Apakah kerajaan negeri PAS dan kerajaan negeri BN di empat negeri berkenaan bersedia melakukannya?

Tidakkah akhirnya dana digunakan bukan sahaja tidak memberikan kelebihan kepada HARAPAN tetapi mereka menggunakan dana itu  untuk memperlekeh, memperkecil, menghasut dan menghentam HARAPAN kembali?

Berkaitan pegawai kerajaan – khususnya pegawai pentdabiran negeri, mereka selalunya taat kepada kerajaan yang memerintah.

Pegawai kerajaan sewajarnya hanya menjadi fasilitator kepada anggota MPKK dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan dan keselamatan peringkat bawahan, bukan dengan cara menolak mentah-mentah peranan anggota pembangunan peringkat bawahan seperti MPKK.

Apa jaminan HARAPAN yang membelanjakan dana begitu banyak akan turut dimanfaatkan oleh penyokong mereka?

Tidakkah kelak, apabila dipencilkan, penyokong HARAPAN akan menjadi marah dan meluat yang akhirnya ‘berpaling tadah’?

Malah, ketika pilihan raya, apa jaminan pegawai kerajaan yang bertugas untuk kerajaan negeri yang mereka bekerja dengannya akan menyokong kerajaan HARAPAN?

Gara-gara keputusan Perdana Menteri dan Kabinet, khususnya di negeri yang diperintah oleh pembangkang, mereka akan berputih mata sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Yang juga penting, jangan perkecilkan harapan penyokong HARAPAN sebelum ini kerana jika mereka tidak DIJAGA dan DIBERIKAN RUANG UNTUK sama-sama merancang dan melaksanakan pembangunan peringkat bawahan, sokongan peringkat bawahan akan terhakis.

Jika ini berlaku, mungkin ada kebenarannya kata-kata bahawa kerajaan HARAPAN adalah KERAJAAN SEPENGGAL sahaja.

Baca siri 1-3 sebelum ini:



Siri 3 - MPKK - Gara-Gara Keputusan & Tindakan 'Bodoh-Sombong' Menteri...

Sunday 4 November 2018

MPKK - KERAJAAN PAS TERENGGANU BERNIAT ‘MEROMPAK DI SIANG HARI’???


 
Siri 1 (lawi ayam)

Gelojoh dan tamaknya pemimpin kerajaan PAS Terengganu berkaitan pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Apakan tidak, selepas dua bulan membentuk kerajaan, PAS Terengganu terus melantik anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), juga dikenali dengan J3K.

Bagaimanapun, sebaik sahaja menerima maklum mesyuarat Mesyuarat Jemaah Menteri (Kabinet) pada 27 Jun 2018 lalu dan berikutan syor Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), kerajaan Terengganu membuah kecoh dengan isu pelantikan dan perubahan nama Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), kerajaan PAS Terengganu tergesa-gesa mengatakan JKKK diyvah kepada MPKK.

Bagaikan dirasuk syaitan, kerajaan PAS Terengganu dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim (gambar atas) tidak sabar-sabar mengatakan  pihaknya sudah melantik anggota MPKK.

Jika sebelum ini (kenyataan Dr Azman pada 2 Ogos 2018 bahawa nama J3K sudah ditukarkan kepada MPKK untuk bersesuaian dengan hasrat KPLB, pada 22 Oktober 2018 Dr Azman anggap kenyataan Senator Datuk Husam Musa mengenai pelantikan MPKK di Kelantan sebagai ‘ketinggalan’.

Maknanya Dr Azman dan kerajaan Terengganu cuba mendahului KPLB.


Laporan Teganukita memetik Dr Azman sebagai menyifatkan bahawa Ahli Dewan Negara itu jauh ketinggalan dalam isu pelantikan MPKK sedangkan majlis itu  di bawah bidang kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri.

Dr Azman menegaskan Kerajaan Pusat tidak campur tangan sedikit pun hal perlantikan MPKK, malah menurutnya di Terengganu dari bulan Julai 2018 lagi sudah diselesaikan pelantikan semua 1,700 MPKK.

Ia dibuat  tanpa campur tangan kerajaan pusat walaupun MPKK turut mendapat peruntukan Pusat, tegasnya.

Pelik tapi benar. Berniat ambil wang orang lain untuk kegunaan sendiri.

Tetapi sedarkah kerajaan PAS Terengganu bahawa mereka berniat tidak baik untuk ‘ merompak di siang hari’:

Tidakkah itu wang rakyat, yang bukan sahaja dimiliki oleh penyokong PAS tetapi juga penyokong .Pakatan Harapan (harapan) dan orang UMNO/Barisan Nasional Terengganu?

Dengan bangganya Exco berkenaan mengatakan Terengganu ialah negeri yang pertama menyelesaikan perlantikan MPKK.

Malah, beliau juga mengemukakan pertanyaan: "Kementerian yang bertanggungjawab dalam hal MPKK ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Siapa Husam dalam Kementerian ini untuk membuat kenyataan?”
  
Beliau mengulas kenyataan Husam yang menyebut seramai 12,672 individu akan dilantik menganggotai MPKK di  Kelantan yang diwujudkan di kesemua 792 kampung di seluruh negeri itu.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan itu menyebut, pemilihan bagi jawatan tersebut dibuat kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Pas Kelantan dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

"Setiap MPKK di kampung-kampung mempunyai 16 anggota dan daripada jumlah itu, 11 anggota dilantik oleh kerajaan negeri manakala lima lagi dilantik oleh kerajaan Pusat.

"Setiap MPKK akan diberikan geran RM10,000 untuk melaksanakan pelbagai program-program kesejahteraan dan kecantikan kampung," katanya.

Persoalannya bagaimana Husam boleh berkata demikian jika tidak ada asas atau mengetahui kedudukan sebenar isu MPKK ini seperti yang diputuskan  oleh KPLB?