Siri 1 (lawi ayam)
Gelojoh dan tamaknya pemimpin kerajaan PAS Terengganu
berkaitan pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
Apakan tidak, selepas dua bulan membentuk kerajaan, PAS
Terengganu terus melantik anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK), juga dikenali dengan J3K.
Bagaimanapun, sebaik sahaja menerima maklum mesyuarat
Mesyuarat Jemaah Menteri (Kabinet) pada 27 Jun 2018 lalu dan berikutan syor
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), kerajaan Terengganu membuah kecoh
dengan isu pelantikan dan perubahan nama Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan
Kampung (JKKK), kerajaan PAS Terengganu tergesa-gesa mengatakan JKKK diyvah
kepada MPKK.
Bagaikan dirasuk syaitan, kerajaan PAS Terengganu dan
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa
Negeri, Dr Azman Ibrahim (gambar atas) tidak sabar-sabar mengatakan pihaknya sudah
melantik anggota MPKK.
Jika sebelum ini (kenyataan Dr Azman pada 2 Ogos 2018
bahawa nama J3K sudah ditukarkan kepada MPKK untuk bersesuaian dengan hasrat
KPLB, pada 22 Oktober 2018 Dr Azman anggap kenyataan Senator Datuk
Husam Musa mengenai pelantikan MPKK di Kelantan sebagai ‘ketinggalan’.
Maknanya Dr Azman dan kerajaan Terengganu cuba mendahului
KPLB.
Laporan Teganukita memetik Dr Azman sebagai menyifatkan
bahawa Ahli Dewan Negara itu jauh ketinggalan dalam isu pelantikan MPKK
sedangkan majlis itu di bawah bidang kuasa pentadbiran Kerajaan
Negeri.
Dr Azman menegaskan Kerajaan Pusat tidak campur tangan
sedikit pun hal perlantikan MPKK, malah menurutnya di Terengganu dari bulan
Julai 2018 lagi sudah diselesaikan pelantikan semua 1,700 MPKK.
Ia dibuat tanpa campur tangan kerajaan pusat
walaupun MPKK turut mendapat peruntukan Pusat, tegasnya.
Pelik tapi benar. Berniat ambil wang orang lain untuk
kegunaan sendiri.
Tetapi sedarkah kerajaan PAS Terengganu bahawa mereka
berniat tidak baik untuk ‘ merompak di siang hari’:
Tidakkah itu wang rakyat, yang bukan sahaja dimiliki oleh
penyokong PAS tetapi juga penyokong .Pakatan Harapan (harapan) dan orang
UMNO/Barisan Nasional Terengganu?
Dengan bangganya Exco berkenaan mengatakan Terengganu
ialah negeri yang pertama menyelesaikan perlantikan MPKK.
Malah, beliau juga mengemukakan pertanyaan: "Kementerian yang bertanggungjawab dalam hal MPKK ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Siapa Husam dalam Kementerian ini untuk membuat kenyataan?”
Malah, beliau juga mengemukakan pertanyaan: "Kementerian yang bertanggungjawab dalam hal MPKK ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Siapa Husam dalam Kementerian ini untuk membuat kenyataan?”
Beliau mengulas kenyataan Husam yang menyebut seramai
12,672 individu akan dilantik menganggotai MPKK di Kelantan yang
diwujudkan di kesemua 792 kampung di seluruh negeri itu.
Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan itu menyebut,
pemilihan bagi jawatan tersebut dibuat kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan
Persekutuan serta Kerajaan Pas Kelantan dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari
depan.
"Setiap MPKK di kampung-kampung mempunyai 16 anggota
dan daripada jumlah itu, 11 anggota dilantik oleh kerajaan negeri manakala lima
lagi dilantik oleh kerajaan Pusat.
"Setiap MPKK akan diberikan geran RM10,000 untuk
melaksanakan pelbagai program-program kesejahteraan dan kecantikan
kampung," katanya.
Persoalannya bagaimana Husam boleh berkata demikian jika
tidak ada asas atau mengetahui kedudukan sebenar isu MPKK ini seperti yang
diputuskan oleh KPLB?
No comments:
Post a Comment