Apa peranan sebenar Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk
Mustapha Ya'akub dalam syarikat yang ada kaitan dengan Glocom, iaitu sebuah
syarikat yang ditubuhkan di negara ini sebagai agensi risikan Korea Utara?
Walaupun sudah ada penjelasan daripada Mustapha, siasatan
kerajaan perlu ada dan telus.
Siasatan dan penjelasan kerajaan penting kerana syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Glocom serta mana-mana kementerian yang perlu untuk mengenal pasti, bagaimana Glocom dibenarkan beroperasi di Malaysia.
Apalagi ia membabitkan seorang pemimpin penting parti
komponen pemerintah negara dan hubungannya dengan syarikat perisikan negara komunis.
Kenapa tiada reaksi kerajaan mahupun pihak berkuasa ke
atas cadangan siasatan terhadap Mustapha dan syarikatnya?
Oleh kerana ada ketegangan dengan Korea Utara dan
terdedahnya pembabitan pemimpin UMNO yang jadi parti pemerintah, kenapakah
perkara ini mahu didiamkan sahaja?
Juga kenapa hubungan Mustapha dengan syarikat ada kaitan dengan Clocom didiamkan sahaja selama ini?
Siapa yang ‘menyorokkan peranan Mustapha dalam syarikat’
berkenaan selama ini?
Apakah keakraban Mustapha dengan kalangan pemimpin Korea
Utara sebelum ini tiada apa-apa kesan dari segi kerahsiaan politik dan
diplomatik kedua-dua negara?
Pada 5 Mac lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil
mendesak kerajaan agar perlu segera melaksana tindakan termasuk membeku aset
syarikat Glocom.
Beliau meminta polis menjalankan siasatan penuh terhadap
syarikat itu bagi memastikan syarikat tersebut mematuhi undang-undang sedia ada
negara.
Reaksi pihak berkuasa nakmpaknya seolah-olah tiada apa yang 'dibimbangi' sejauh ini.
Laporan media yang memetik laporan Persatuan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Glocom amat memeranjatkan dan cukup
merisaukan umum.
Persoalan utama yang berlegar di fikiran umum adalah
bagaimana sebuah syarikat peralatan perang seperti Glocom yang diguna agensi
risikan negara asing dibenarkan beroperasi di negara ini," katanya dalam
kenyataan hari ini.
Sebelum ini, sebuah laporan berita antarabangsa memetik
laporan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa sebuah
syarikat hadapan, Glocom, yang dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara di
Kuala Lumpur, melanggar sekatan PBB dengan menjual peralatan radio tempur.
Laporan berita itu juga berkata tiada syarikat dengan
nama Glocom wujud di Malaysia dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
turut mengesahkannya.
Bagaimanapun Khalid berkata polis sedar wujud dua
syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Glocom di negara ini iaitu
International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services.
Katanya, International Global System didaftar pada 2005
dan mengendalikan perniagaan multimedia, elektronik dan perdagangan am manakala
International Golden Services pula didaftar pada 2012 dan menjalankan
perniagaan produk berasaskan teknologi maklumat komunikasi serta pembekal
perkhidmatan penyelesaian berkaitan ICT.
Apakah syarikat-syarikat ini bebas sepenuhnya daripada
kegiatan perisikan oleh Korea Utara?
Setiausaha Agung Veteran Umno itu pada 28 Febryari lalu
mengakui penglibatan beliau dalam menubuhkan syarikat International Global
System (M) Sdn Bhd (IGS) yang dikaitkan dengan 'Syarikat Glocom', sebuah
syarikat komunikasi menjual peralatan radio tempur dari Korea Utara.
Menurutnya pembabitan itu semata-mata atas kepentingan
perniagaan selepas disyorkan oleh kedutaan Korea utara.
![]() |
Fahmi...minta dilakukan penyiasatan. |
Mustapha berkata IGS ditubuhkan pada 2005 bersama dua
orang rakan kongsi dari Korea Utara yang dikenalinya sebagai 'Madam Ryang' dan
'Madam Pyon' bertujuan bagi memasarkan produk keluaran syarikat Glocom.
Menurutnya selepas itu, IGS dikendalikan seorang lelaki
warga Korea Utara yang dikenali sebagai Kim Chang-hyok, selaku pengurus
perniagaan.
Beliau mengakui tahu tahu (Glocom) adalah produk Korea Utara tetapi
tidak tahu bahawa negara tersebut dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB).
Mustapha menjelaskan hubungan mereka adalah atas
perniagaan semata-mata. “Saya mengenali mereka selepas diperkenalkan oleh
Kedutaan Korea Utara... menurut kedutaan, ketiga-tiga mereka ingin mencari
rakan kongsi untuk memasarkan produk syarikat itu di Malaysia," katanya.
Mustapha bersetuju bekerjasama dengan mereka selepas
mendapati beberapa produk komunikasi yang ingin diperkenalkan mempunyai nilai
kebolehpasaran di Malaysia dan rantau Asia.
Kata Mustapha, setelah menyedari yang semua produk
termasuk peralatan ketenteraan keluaran Korea Utara disekat oleh PBB dan atas
nasihat (polis) Bukit Aman serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri (MITI), beliau putuskan untuk
menutup syarikat IGS.
Selepas itu, beliau dan Kim menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu
International Golden Services pada tahun 2012 tetapi tidak juga berhasil, lalu
mereka tutup syarikat tersebut.
Setelah kedua-dua syarikat ditutup, Mustapha berkata
beliau berasa tidak lagi perlu untuk menjalin kerjasama dengan individu atau
syarikat Korea Utara berikutan sekatan PBB.
Menurutnya kali terakhir beliau berurusan dengan Kim
kira-kira setahun lepas dan beliau turut dimaklumkan yang Kim kini menjalankan
perniagaan mengeksport produk berasaskan makanan Malaysia ke Korea Utara.
Sementara itu, Fahmi berpendapat pihak syarikat perlu
segera dihadapkan ke mahkamah sekiranya didapati melanggar undang-undang
negara.
"Saya juga menggesa kerajaan untuk menubuhkan sebuah
Suruhanjaya Siasatan DiRaja (SSDR).
"SSDR ini dicadangkan dianggotai ahli-ahli Parlimen
kanan dari pihak kerajaan dan pembangkang, bekas hakim serta pakar-pakar
keselamatan, untuk melaksanakan siasatan penuh terhadap Glocom," tegasnya.
No comments:
Post a Comment