Oleh Mohd Nor Hamzah (Ketua Penerangan PAS Terengganu)
KUALA TERENGGANU (21 Mac
2017) : Kelmarin 20 Mac 2017, disiarkan di dalam akhbar bahawa Datuk Seri Ahmad
Said, mantan Menteri Besar Terengganu yang telah diturunkan dengan cara yang
menimbulkan kemarahan dan kesedihan beliau oleh Perdana Menteri, menyatakan
bahawa beliau akan menyerahkan sendiri senarai nama calon dari Kemaman bagi
semakan atau kelulusan UMNO pusat.
Secara mudah kefahaman
rakyat ialah, beliau tidak mahu memberikan senarai nama calon dari Kemaman itu
kepada Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang mana ketuanya sekarang ialah Datuk
Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Ketika ini, DS Ahmad Said, masih memegang
jawatan Ketua UMNO Bahagian Kemaman.
Tidak kisahlah apa yang
beliau, DS Razif, DS Najib mahu perbalahkan. Itu hal UMNO, tiada kaitan dengan
kita kecuali dalam hal menyeleweng wang rakyat. Tetapi apa yang mahu dicoretkan
di sini ialah keboleh percayaan kepada UMNO.
Saya yakin, tentu rakyat
masih ingat bagaimana DS Ahmad Said yang dengan sedihnya, hampir menangis
apabila ditemuramah oleh stesen TV sejurus selepas pemecatan beliau ketika
sangat hampir dengan majlis pernikahan anak kesayangan beliau. Sebegitu rupa
beliau dimalukan.
Selang tidak beberapa
lama, beliau dengan tegas telah menyatakan beliau telah keluar UMNO dengan
disertai oleh sekurang-kurangnya dua lagi Adun UMNO. Ketika itu, secara
teknikalnya, UMNO sudah tidak mempunyai majoriti sebagai kerajaan di Dewn Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
PAS dilibatkan oleh sebuah
parti lain atau boleh kita gelarkan parti mengada-ngada, dengan mengatakan PAS
tidak mengambil peluang untuk menjatuhkan kerajaan UMNO di Terengganu. PAS
tetap ‘cool’, tidak melayan sebarang provokasi musuh samada dari UMNO, musuh
utama PAS, mahupun juga dari parti yang baru cuba menjadi musuh PAS.
Hasilnya, dalam masa dua
hari, kedua-dua ADUN yang berpaling tadah itu turut kembali ke sarang lama
mereka. Mereka menekan brek secara mengejut, kemudian membuat ‘U-turn’.
Kembali semula kerajaan UMNO
menjadi 16-15-1. PAS tetap ‘cool’ kerana PAS tahu, di DUN Terengganu, Speaker
Dun diberikan kuasa mengundi. Jadi kedudukan 17-15-1. Ketika DS Ahmad Said
keluar UMNO, ada juga maklumat yang dikatakan sebagai tawaran datang dari
‘orang besar’ UMNO untuk memujuk PAS bersama. PAS tetap ‘cool’ tidak melayan
sebarang tawaran ‘gelap’ yang diberikan.
Nyata betul tindakan PAS
kerana apabila kembalinya DS Ahmad Said ke pangkuan UMNO, beliau tiba-tiba
memaklumkan bahawa ada orang PAS yang datang menawarkan dia sesuatu. Cerita
lucu yang direka beliau itu, tidak mendapat sambutan gelak tawa orang.
Mengamuk lagi DS Ahmad
Said di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) membongkar segala perkara yang
dikatakan sebagai penyelewengan UMNO di Terengganu. Namun, beliau sejuk beku
kemudiannya setelah ‘dipujuk’.
Mengamuk juga beliau di
perasmian Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Kemaman, sehinggakan bersumpah.
Kemuncak kepada amukan
beliau ialah ketika membentangkan usul tidak percaya kepada MB Terengganu tahun
lalu yang telah ditolak oleh Speaker DUN.
Ketika inilah PAS bangun
mengusik bagi meminta Speaker menimbang kembali penolakan usul itu, atas alasan
DS Razif, mungkin tidak mendapat sokongan sepenuhnya. PAS tidak boleh berbuat
apa-apa selain itu kerana kuasa mutlak penolakan, terletak kepada Speaker Dun.
Paling lucu, Speaker secara tergesa-gesa menangguhkan persidangan dan
meninggalkan Dun bagaikan UMNO pula yang memboikot Sidang DUN,
Namun sebuah parti
mengada-ngada mencanangkan bahawa PAS tidak bertindak ketika itu. Naifnya
kritikan itu. Usul ditolak speaker, jadi macamana mahu mengundi?
Sebelum semua peritiwa
itu, DS Ahmad Said pernah beriringan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ke satu
program soal jawab dengan DS Najib dan dimaklumkan DS Najib yang berdarah Bugis
itu secara tiba-tiba membatalkan majlis itu.
DS Ahmad Said juga suatu
ketika dilihat agak rapat dengan Perkasa yang dinaungi oleh Ibrahim Ali.
Begitulah tegarnya DS
Ahmad Said melawan parti asal beliau, UMNO. Untuk semua amukan DS Ahmad Said
ini, PAS tetap ‘cool’ kecuali mengambil peluang pendedahan yang beliau buat
berkenaan penyelewengan UMNO.
Kemudian, terbongkarlah
sebuah cerita ketika program Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) ataupun yang
dikenali sebagai Bersatu, yang dinaungi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
dibantu oleh Datuk Mukhriz Mahathir. Program yang berlangsung di Marang, Terengganu
itu telah dilaporkan oleh orang yang dekat dengan Bersatu.
Ia berkenaan janji
sokongan DS Ahmad Said kepada Tan Sri Muhyiddin.
Dikatakan DS Ahmad Said
Telah berjanji akan menyertai Bersatu, dan dipastikan oleh Tan Sri akan janji
itu benar. Namun janji tinggal janji, sehingga kini, DS Ahmad Said diam membisu
kata orang yang mendengar cerita dari mulut Tan Sri sendiri.
Lagikan sesama sendiri
dikhianati, berjanji pula dengan orang sendiripun mereka memungkiri, inikan
pula berjanji dengan PAS berkaitan dengan kuasa. Bayangkan jika PAS mengambil
jalan sebaliknya.
PAS bersama bekas ADUN UMNO
menubuhkan kerajaan Terengganu ketika itu, kemudiannya mereka berpaling balik
kepada UMNO? Kelihatan hodoh dan bodohlah PAS ketika itu. Sebab itulah PAS
tidak melayan pelawaan UMNO.
PAS telah lama mengenali
watak-watak UMNO ini.
Tidak hairanlah PAS tidak
cepat melatah dengan segala tindakan UMNO ini. Jadi mungkin parti yang
mengada-ngada itu cuba menggali lubang, mengajak PAS menghampiri lubang dan
bercadang untuk menolak PAS masuk ke dalamnya. Maaf, mungkin dilain kali mereka
boleh mencubanya. Sehingga sekarang, PAS tetap ‘cool’ melayan karenah UMNO.
InsyaAllah, rakyat
Terengganu terutamanya, tetap akan bersama PAS dalam perjuangan menentang
penyelewengan UMNO. Janganlah dipercayai kepada parti yang kelihatan cara berpolitik
mereka, menyamai UMNO.
Anda lihatlah sendiri
bagaimana fitnah, makian, sengaja dicetuskan bagi memberikan gambaran buruk
kepada PAS. InsyaAllah fitnah akan mati. Mati bersama mereka yang menciptakannya.
Maka tepatlah tindakan PAS
dalam hal ini. PAS telah terbukti istiqamah menentang kezaliman UMNO dengan
mengikut undang-undang negara. Maka sesiapa yang cuba menentang PAS, mereka
adalah sebahagian daripada UMNO.
Cukup muda sifir ini.
(Daripada BuletinOnline)
No comments:
Post a Comment