Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat Malaysia menolak pemimpin rasuah kerana akibat daripadanya, rakyat akan menderita dengan teruk.
Lebih membimbangkan jika ada perbuatan pemimpin memasukkan duit kerajaan - duit rakyat - ke akaun mereka sendiri.
Lebih malang jika wang itu kemudian dijadikan sogokan kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika terdapat kerajaan dan pemimpin tertingginya yang terlibat dengan rasuah, pemulihan hanya boleh dijayakan jika pemimpin perasuah ini dijatuhkan dan diganti dengan yang lain.
"Untuk ini tolak sebarang jenis rasuah. Jangan terima duit haram hasil pencurian," nasihat beliau.
Apabila rasuah sudah menjadi sebahagian daripada budaya bangsa, pemulihan tidak mudah dilakukan.
Untuk ini badan-badan pencegah rasuah mestilah bebas dan dikuasai oleh kerajaan seperti sekarang.
Akibat perbuatan rasuah pemimpin kerajaan, akhirnya negara Malaysia yang dahulu digelar Harimau Asia, sekarang di kategori sebagai satu dari sepuluh negara yang tahap rasuahnya tertinggi di dunia.
Kewangan negara merosot sehingga terpaksa perkenal GST dan meminjam berbillion dengan menggadai negara.
"Dan rakyat pun menderita, mengalami kerugian yang jauh lebih besar dari wang sogokan yang diterima," tegasnya.
Inilah sebabnya yang rasuah menjadi kesalahan dan ditegah sebagai jenayah.
Inilah sebabnya rasuah dikutuk dan diharamkan.
"Duit yang diterima (oleh rakyat) adalah duit haram seperti duit yang dicuri," tegas Dr Mahathir.
Baca seterusnya:
Dari Harimau Asia, Malaysia Jadi Negara Rasuah Tertinggi
Rasuah sudah jadi sebahagian dari budaya warga Malaysia.
Ia bermula dengan kesedaran di kalangan ahli Umno bahawa
melalui sogokan duit seseorang boleh mendapat tempat dalam parti sehingga
menjadi menteri dalam kerajaan.
Apabila mendapat tempat maka peluang menjual apa juga
kuasa boleh menjadi seseorang itu kaya.
Maka kerajaan pun menubuh badan-badan pencegah rasuah
untuk membendung amalan yang buruk ini.
Masyarakat sedar bahawa rasuah adalah jenayah yang buruk
dan agama Islam melarangnya. Sedikit sebanyak badan-badan pencegah rasuah
berjaya membendung amalan jenayah ini.
Sesungguhnya tidak ada masyarakat yang berjaya membendung
rasuah seratus-peratus. Tetapi apabila pemimpin tertinggi menggalak amalan ini
dan terlibat secara terbuka dengan rasuah, maka rasuah lebih menjadi-jadi
apabila pengikut ambil iktibar dari amalan pemimpin.
Inilah yang sedang kita lihat di Malaysia. Kita bangga
dengan kejayaan badan pencegah rasuah membuat penangkapan pegawai-pegawai
tinggi kerajaan yang telah kumpul berjuta-juta ringgit melalui rasuah.
Dipandang enteng
Mungkin ini disebabkan pencegah rasuah lebih cekap
mengesan jenayah ini. Mungkin juga kerana hari ini lebih ramai pegawai tinggi
yang bersedia menerima duit rasuah kerana percaya ‘cash is king’.
Rasuah di peringkat bawahan dan kecilan mungkin dipandang
enteng. Apalah sangat sogokan ratusan atau ribuan Ringgit kepada pengundi dalam
pilihanraya. Sedikit sebanyak wang sogokan yang sedikit boleh meringan tekanan
kehidupan si miskin.
Tetapi yang harus disedari ialah sogokan kecil-kecilan
ini boleh membawa malapetaka yang amat besar.
Perlu diingat bahawa sogokan dibuat kerana niatnya ialah
bagi menjayakan sesuatu yang tidak baik, sesuatu yang salah yang akan membawa
malapetaka dan kerosakan.
Mereka yang berniat baik dan menghormati institusi
pilihan raya dan kebebasan rakyat tidak akan menghulur wang atau lain-lain
untuk mendapat undi pengundi.
Dan sesungguhnya yang menghulur wang rasuah dalam pilihan
raya umum berhajat untuk menyalahguna kuasa sebagai perdana menteri, menteri
dan lain-lain jawatan yang diperolehi.
Kita sedang lihat bagaimana pemimpin yang kita pilih
dituduh melesapkan berbillion ringgit, mengagihkan wang kerajaan secara salah
hanya kerana ingin menjadi popular supaya menang lagi dalam pilihan raya.
Kita lihat kerosakan negara, kejatuhan teruk nilai
ringgit, kekurangan duit kerajaan yang terpaksa potong budget 30 peratus, tidak
cukup duit untuk biasiswa, terpaksa perah duit rakyat miskin dan kaya melalui
GST dan bermacam lagi kerana memilih pemimpin yang mengguna sogokan untuk
menang.
Jatuhkan pemimpin rasuah
Kita lihat bagaimana duit kerajaan (rakyat) dimasukkan
dalam akaun peribadi pemimpin yang dipilih kerana sogokan.
Akhirnya negara Malaysia yang dahulu digelar Harimau
Asia, sekarang di kategori sebagai satu dari sepuluh negara yang tahap
rasuahnya tertinggi di dunia.
Kewangan negara merosot sehingga terpaksa perkenal GST
dan meminjam berbillion dengan menggadai negara. Dan rakyat pun menderita,
mengalami kerugian yang jauh lebih besar dari wang sogokan yang diterima.
Inilah sebabnya yang rasuah menjadi kesalahan dan ditegah
sebagai jenayah. Inilah sebabnya rasuah dikutuk dan diharamkan. Duit yang
diterima adalah duit haram seperti duit yang dicuri.
Apabila rasuah sudah menjadi sebahagian dari budaya
bangsa, pemulihan tidak mudah dilakukan. Untuk ini badan-badan pencegah rasuah
mestilah bebas dan dikuasai oleh kerajaan seperti sekarang.
Jika terdapat kerajaan dan pemimpin tertingginya yang
terlibat dengan rasuah, pemulihan hanya boleh dijayakan jika pemimpin perasuah
ini dijatuhkan dan diganti dengan yang lain.
Untuk ini tolak sebarang jenis rasuah. Jangan terima duit
haram hasil pencurian.
No comments:
Post a Comment