Sunday 25 December 2016

ANINA PERLU TERIMA HAKIKAT ‘TIDAK LAYAK’ MEMIMPIN SRIKANDI PPBM...


Semalam Anina Saadudin berkata beliau tidak disyorkan oleh majlis presiden untuk dilantik sebagai Ketua Srikandi.

Apakah beliau ditolak kerana ‘skandal mesej seks’ seperti didedahkan oleh banyak pihak sebelum ini?

“Screenshot” perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara Anina dan seorang lelaki tidak dinamakan tersebar baru-baru ini. Bagaimanapun, Anina menepis dakwaan itu.

Sehingga kini pengurusan tertinggi Parti Primbumi Bersatu Malaysia (PPBM)  menutup mulut mengenai skandal itu.

Sama ada tidak mahu memalukan Anina atau memang PPBM tidak mahu terpalit dengan isu seperti ini pada ketika ia sedang menyiapkan jenteranya untuk pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya Anina pula tidak semena-mena membuat kenyataan beliau kononnya disingkirkan selepas dikaitkan dengan “skandal mesej seks” dengan bekas pembantunya.

Malah dalam kenyataannya kepada FMT, Anina menegaskan, “...hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh.”

Apakah ini bermakna pengurusan tertinggi parti, khususnya Majlis Presiden membuat tindakan bodoh, tergesa-gesa dan mempercayai mesej berkenaan?
 
Kamarudin...Srikandi belum ditubuhkan secara rasmi.
Persoalannya, kenapa Anina ‘melompat terlebih dahulu’ sebelum apa-apa kenyataan Majlis Presiden?

Apakah Majlis Presiden atau mana-mana pemimpin PPBM ‘mendedahkan skandalnya’? Jawapannya TIDAK.

Malah, dengan tidak mengesyorkan Anina, ia juga sebagai suatu ‘rahmat’ kerana akan kuranglah perbahasan mengenai skandal itu sama ada ia benar atau sebaliknya.

Jika beliau memegang jawatan penting parti, sudah pasti bukan beliau sahaja perlu mempertahankan diri, sebaliknya seluruh kepimpinan perlu mempertahankan beliau.

Jika ia benar-benar sesuatu yang TIDAK BETUL TIDAK MENGAPA walaupun isu itu menyusahkan parti dan pemimpinnya, tetapi bagaimana jika BENAR?

Apakah pemimpin PPBM, termasuk Majlis Presiden mahu diheret untuk menafikan ‘skandal mesej seks’ berkenaan?

Apakah mahu menunggu nama parti tercemar atau dianggap parti skandal baru mahu bertindak?

PPBM perlu memberikan keutamaan kepada pilihan raya umum akan datang, bukan menguruskan isu seperti yang dikaitan dengan Anina ini.

Namun amat mengejutkan apabila Anina pula mendedahkan sendiri dengan mendakwa ‘perlucutannya’ yang dimaklumkan kepada beliau beberapa hari lalu oleh Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agungnya, Datuk Shahruddin Md Salleh, ada kaitan dengan ‘skandal mesej seks’ itu.

Jauh bezanya antara ‘perlucutan’ dan ‘tidak layak’.

Mukhriz maklumkan kepada Anina...
Perlucutan ialah jawatan yang dipegang itu sudah disahkan sementara tidak layak pula menggambarkan sesuatu jawatan yang beliau diberikan atau dilantik.

Daripada apa yang disebutkan itu, jelas di sini bahawa bekas ahli Wanita UMNO Langkawi itu tidak layak untuk diumumkan sebagai Ketua Srikandi PPBM.


Majlis Presiden mempunyai hak untuk mememilih sesiapa.

Pengumuman khusus mengenainya belum dibuat tetapi semalam Anina berkata beliau sudah dilucutkan jawatan.

Pelantikan Anina dan pemimpin BERSATU yang lain sebagai pemimpin penaja dilaporkan pada 2 November lalu tetapi belum disahkan secara mutlak oleh Majlis Presiden.

Penaja bermakna sementara dan pengumuman mengenai jawatan tinggi secara sah dijangka akan dibuat secara final atau rasmi pada 14 Januari depan.

Anina turut dimaklumkan bahawa beliau dimaklumkan hanya dilantik sebagai penaja untuk sayap Srikandi, manakala jawatan pemimpin lain telah disahkan.

Seperti dimaklumkan oleh Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Md Noor,  Anina sejak awal tidak pernah menjadi Ketua Srikandi.

"Dia tidak pernah dilantik, kerana sayap Srikandi tidak ditubuhkan secara rasmi," katanya semalam seperti dilaporkan media.

Malah, menurutnya, pelantikan empat pemimpin Srikandi lain awal bulan ini juga tidak sah.

Kekeliruan mengenai jawatan Anina sebagai ketua Srikandi berlaku seminggu selepas beberapa blog mendakwa beliau terbabit dalam skandal seks.

Beliau dilaporkan menolak dakwaan itu sebagai perkara biasa dalam politik.

Ditanya perasaannya apabila dilucutkan jawatan, bekas anggota Wanita UMNO Langkawi itu menjawab: "Tanya perasaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz apabila dilucutkan jawatan oleh Umno. Saya nak tahu jawapan mereka. Lepas tu saya jawab apa perasaan saya.

"Dulu ketika saya bela mereka, saya lupa nak bertanya perasaan mereka. Saya hanya bangun dan bela mereka tanpa berfikir panjang," katanya.

Katanya, dia tidak bercakap mengenai perkara itu dengan Pengerusi PPBM,  Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anina  mula terkenal selepas mengkritik Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat Umno Bahagian Langkawi tahun lalu.


Ia disusuli pendedahan Perdana Menteri itu menerima sebahagian daripada RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, wang yang dikatakan sumbangan keluarga diraja Arab Saudi untuk UMNO.

No comments:

Post a Comment