Saturday 10 December 2016

SENARAI HITAM CCCC – APAKAH MENTERI ‘BERBOHONG’ DI DEWAN NEGARA?


Banyak klu-klek dalam kenyataan menteri sekarang. Kelmarin kata TIDAK, hari ini kata YA.

Ketika kata TIDAK itu dibuat di Dewan Negara (menjawab soalan seorang Senator) dan mengatakan YA hanya melalui kenyataan untuk memperbetulkan jawapan di Parlimen, sebelum ini.

Bolehkan kenyataan menteri itu dianggap berbohong di Parlimen?

Atau dianggap sekadar jawapan lisan semata-mata. DIMAAFKAN!

Perkara ini berkaitan isu syarikat China yang diberikan kontrak membina Landa­san Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Semalam, The New Straits Times melaporkan Menteri di Jabatan Perda­na Menteri, Datuk Abdul Rah­man Dahlan menafikan syarikat China, China Communications Contruction Company (CCCC) untuk membina landasan itu telah disenarai hitam oleh Bank Dunia.

Kenyataan Bank Dunia pada 29 Julai 2011 berbunyi:

“(Washington, July 29, 2011): The World Bank today announced the debarment of China Communications Construction Company (CCCC) Limited, and all its subsidiaries, for fraudulent practices under Phase 1 of the Philippines National Roads Improvement and Management Project. Under the sanction, CCCC is ineligible to engage in any road and bridge projects financed by the World Bank Group until January 12, 2017. This action is based on recent changes in the World Bank sanctions system to clarify that successor organizations – through purchase or reorganization – will be subject to the same sanctions applied to the original firm.”

(Baca di sini untuk mengetahui laporan Bank Duniamengenai sekatan itu)

Ibu Pejabat China Communications Construction Company 

Menurut Abdul Rahman kelmarin, senarai hitam itu hanya membabitkan anak syarikat CCCC,  China Road dan Bridge Company (CRBC), yang terpalit dengan tindakan itu.

Hansard Dewan Negara menunjukkan Abdul Rahman menjawab soalan senator dari Selangor,  Mohd Nor Monutty.

Memang ramai tertanya-tanya kenapa CCCC diberikan kontrak tetapi sudah pasti kerajaan mempunyai sebab tersendiri mengapa memilih CCCC untuk membina landasan itu.

Malah, kedudukan syarikat sedemikian dianggap tidak menjejas apa-apa imej atau juga persepsi mengenai Malaysia kerana yang penting projek bernilai RM55,000 juta (RM55 bilion)  itu dapat dilaksanakan.

Kerajaan tetap dengan pendiriannya, walaupun kadangkala terpaksa menutup ‘bangkai gajah’ seperti apa yang dikatakan oleh Abdul Rahman ini.

Pada jawapannya di Dewan Negara kelmarin, menteri itu menegaskan syarikat pembinaan terbesar milik China, CCCC itu tidak pernah disenaraihitamkan oleh Bank Dunia.

Ini dianggap sebagai  kha­bar a­ngin apabila  men­dak­wa syarikat yang menjalin kerjasama de­ngan Malaysia ba­gi membina ECRL itu telah disenarai hitam.

Projek ECRL sepanjang kira-kira 600 kilometer itu akan menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat, Kelantan.

Pembinaan projek itu dijangka bermula pada awal 2017.


Abdul Rahman berkata ia bertujuan mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan ma­sya­rakat terhadap kerajaan.

Sebenarnya syarikat subsidiari di bawah CCCC yang te­lah disenarai hitam iaitu China Road and Corporation (CRBC) dan China Harbour Engine­e­ring Co. Ltd. (CHEC). Dua syarikat subsidiari itu disenarai hitam pada 2009 apabila Bank Dunia menjalankan siasatan ke atas projek pembinaan di Filipina dan mendapati wujud persaingan tidak adil antara pihak pembida termasuk CRBC,” katanya ketika menjawab soalan Senator Dr. Mohd. Nor Manutty di Dewan Negara, kelmarin (8 Disember 2016).

Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pada 6 Disember lalu mempersoal projek ECRL  yang diberikan kepada CCCC tanpa melalui tender terbuka.

Beliau berkata, kos projek sepanjang 600 kilometer yang sepatutnya berharga RM30 bilion kini telah naik menjadi RM55 bilion bersamaan RM92 juta untuk 1 kilometer.

“Adakah CCCC lebih awal ‘membeli’ penjawat awam No. 1 Malaysia (#MO1) untuk memperolehi projek ECRL melebihi RM25 billion dari harga awal RM30 billion. Maka secara tidak langsung kos curi dan korupsi kerajaan Malaysia terpaksa ditanggung oleh rakyat?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Beliau juga kesal apabila keajaan memilih syarikat yang disenarai hitam oleh Bank Dunia.

“Kontraktor CCCC yang dianugerah projek ini adalah syarikat yang telah disenarai hitam oleh Bank Dunia kerana menipu dengan mengamalkan rasuah serta licik membeli penjawat awam untuk memperoleh dan melaksanakan sesuatu projek di setiap negara yang menganugerahrahkan projek kepada mereka.

“Bukan sahaja disenarai hitam oleh World Bank, malah CCCC juga terlibat dalam skandal lain, antaranya di Malta, Tanzania dan Kenya. Sebuah skandal melibatkan tindakan CCCC dalam merasuah penjawat awam di negara terbabit,” katanya.

Abdul Rahman, dalam penjelasannya di Dewan Negara kelmarin menegaskan, CCCC merupakan syarikat terbesar milik negara China dan beroperasi di seluruh dunia termasuk Eropah, Asia dan Afrika.

"Walaupun ada kebimbangan mengenai imej syarikat itu, namun tiada arahan daripada Bank Dunia yang mengeluarkan bantahan ke atas mana-mana negara supaya tidak boleh berkolaborasi atau berurusan dengan CCCC.

"Berdasarkan keyakinan itu, kerajaan yakin syarikat ini mampu menyiapkan projek ECRL dalam tempoh bersesuaian dengan skala projek tersebut," katanya sambil menambah CCCC mempunyai rekod yang baik dalam projek pembinaan besar termasuk di Malaysia.

Hari ini (10 Disember 2016), selepas dua hari membuat kenyataan di Dewan Senat, Abdul Rahman mengakui CCCC telah disenarai hitam oleh Bank Dunia, tetapi berhujah bahawa ia tidak memberi kesan kepada Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).


Menurut Malaysiakini, selain itu menurut Abdul Rahman, tempoh senarai hitam bagi CRBC walau bagaimanapun hampir tamat pada awal tahun depan kerana sekatan yang dikenakan oleh Bank Dunia hanya lapan tahun.

Beliau menjelaskan bahawa ECRL bukan projek jalan atau jambatan dan tidak dibiayai oleh Bank Dunia dan oleh itu, tambahnya, tindakan bank berkenaan itu tidak memberi kesan terhadap penyertaan CCCC dalam projek ECRL.
  
Hari ini, Abdul Rahman mengakui CCCC disenaraihitamkan ekoran dasar baru Bank Dunia pada 2011 menetapkan bahawa organisasi pengganti tertakluk kepada sekatan yang sama yang dikenakan kepada syarikat asal, dan tidak layak menyertai projek jalan dan jambatan yang dibiayai oleh bank itu.

Beliau berkata CRBC disenarai hitamkan oleh Bank Dunia berikutan dakwaan salah laku dalam satu projek di Filipina dibiayai oleh bank berkenaan.

Oleh itu, Bank Dunia telah menyekat CRBC daripada terlibat dalam sebarang projek jalan raya atau jambatan yang dibiayai oleh Bank Dunia.

CRBC kemudian bergabung dengan beberapa syarikat lain untuk membentuk CCCC itu.
Menurut Abdul Rahman lagi, ECRL bukan projei jalan atau projek jambatan dan tidak dibiayai oleh Bank Dunia.

Oleh itu, tegasnya, sekatan Bank Dunia itu tidak memberi kesan kepada penyertaan CCCC dalam projek ECRL itu.

Tambahan pula, kata menteri itu, syarikat berkenaan, telah menunjukkan bahawa ia boleh melakukan kerja-kerja dengan baik.

"Kumpulan syarikat CCCC mempunyai rekod prestasi yang berjaya di Malaysia termasuk Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (jambatan kedua Pulau Pinang) yang siap pada 2014," katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa CCCC juga telah dianugerahkan projek penambakan bernilai RM2 bilion oleh sebuah syarikat usaha sama kerajaan Pulau Pinang.

Sekatan oleh Bank Dunia terhadap CCCC akan berakhir dalam masa sebulan pada 12 Januari 2017 dan kerajaan berharap melalui penjelasan ini akan menjelaskan isu berkenaan bagi mengelak sebarang maklumat yang mengelirukan dari pihak tertentu.


No comments:

Post a Comment