Thursday 22 December 2016

BILA LAGI JHO LOW AKAN DIDAKWA, SINGAPURA SEDANG ‘MEMBURUNYA’?


Sehingga kini negara jiran – Singapura - yang mahu membersihkan imejnya daripada dijadikan pusat mengamalkan pengubahan wang haram, sudah menghukum tiga pegawai bank BSI dalam hubungan dengan kesalahan membabitkan 1Malaysia Development Bank (1MDB).

Selain itu, pihak berkuasa Singapura juga telah bertindak terhadap UBS Group AG, Standard Chartered dan Falcon Private Bank atas dakwaan yang dikaitkan dengan 1MDB.

Dalam kesemua kes ini, ia sangat berkait rapat dengan jutawan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Pihak berkuasa Singapura, termasuk polisnya mereka juga sedang menyiasat Low berhubung pengubahan wang haram.

Kini Jho Low yang diketahui sangat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak dan menjadi seorang yang paling dikehendaki oleh pihak berkuasa Singapura bukan sahaja ada kaitan dengan tiga pesalah yang sudah dijatuhi hukuman.

Beliau juga disiasat sebagai orang yang menggunakan kekayaan hasil yang ‘dicuri dan dirompak’ menggunakan wang itu untuk ‘membayar dan merasuah’ kepada orang tertentu untuk melaksanakan kerja pengubahan wang haram itu.

Namanya dikaitkan dalam semua perbicaraan yang membabitkan tiga individu di BSI itu dan semakin terserlah Jho Lo adalah watak utama yang turut perlu ditahan dan disiasat.

Yang pasti dan sah sudah Jho Low dikenal pasti oleh pihak berkuasa Singapura sebagai seorang yang mempunyai kepentingan dalam siasatan transaksi haram yang sedang dijalankan melibatkan 1MDB, di sebalik dakwaan beliau telah menggelapkan wang berbilion ringgit dari dana milik negara Malaysia.


Apabila pihak berkuasa Singapura, termasuk Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) yang menggelar siasatan 1MDB berkaitan kes pengubahan wang haram paling kompleks, canggih dan terbesar pernah mereka kendalikan, ia mendatangkan reputasi yang amaat buruk kepada Malaysia pada ketika pihak berkuasa di negara ini dilihat ‘tidak menunjukkan komitmen untuk menahan Jho Low sebaliknya kenyataan sedang menyiasat’.

Bagaimana akan berlaku pendakwaan jika hasil siasatan pun belum diketahui berada di taahap mana?

Persoalan ialah apakah dan kenapakah Jho Low mendapat ‘perlindungan istimewa’ dan apakah kerna Jho Low  dikatakan sangat rapat dengan Malaysia Official One (MO1).

Siapakah 3 individu yang sudah dijatuhi hukuman?

1.   Dilaporkan pada 11 Nov lalu, bekas pengarah urusan bank BSI Switzerland, Yak Chee Yew dijatuhi hukuman penjara 18 minggu dan denda sebanyak S$24,000 (kira-kira RM75,000) selepas mengaku bersalah terhadap empat (4) pertuduhan jenayah. Straits Times, Singapura melaporkan Yak mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan jenayah berhubung pemalsuan dan kegagalan memberi amaran tentang transaksi yang mencurigakan dalam siasatan berkaitan dengan 1MDB;

Seah...gagl dedah transaksi mencurigakan.

    2.   Pada 21 Disember, Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara kepada               bekas pegawai bank BSI Yvonne Seah, 45, yang terlibat dengan skandal                             melibatkan 1MDB. Beliau dijatuhi hukuman 2 minggu penjara dan denda S$10,000 

          selepas mengaku bersalah terhadap tiga (3) tuduhan termasuk pemalsuan dan 
          kegagalan mendedahkan transaksi mencurigakan yang melibatkan Jho Low;
      3.     Semalam pula dilaporkan Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara                   kepada bekas pengurus bank Swiss BSI Yeo Jiawei  selama 30 bulan atas 
            tuduhan menyalahgunakan proses keadilan dalam kes dikaitkan dengan 
            siasatan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB. Pendakwa berkata Yeo 
            Jiawei, menggesa saksi berbohong kepada polis dan memusnahkan bukti semasa 
            siasatan berhubung 1MDB. Yeo, 33, juga dikatakan memainkan peranan penting 
            dalam gerakan haram S$23.9 juta (RM74 juta) daripada dana dikaitkan dengan 
            1MDB semasa bekerja di Bank BSI Singapura. Ada di kalangan pendakwa raya 
            dalam perbicaraan Yeo menegaskan bahawa bekas pegawai tinggi BSI 
            Singapura itu “kemungkinan berhadapan lebih banyak pertuduhan”.

Apa yang menarik dalam ketiga-tiga pesalah ini, mereka adalah bekas pekerja BSI yang disahkan ada hubungan dengan Jho Low.

Yak Chee Yew...tujuh pertuduhan
Yak dilaporkan naib presiden kanan BSI Singapura bertanggungjawab menjaga akaun 1MDB untuk bank Swiss BSI. Pada Oktober lalu, Yak didakwa dengan tujuh tuduhan jenayah oleh pihak berkuasa Singapura berkaitan dengan siasatan 1MDB di republik itu.

Ketika berkhidmat di bank berkenaan Yak turut bertanggungjawab sebagai pegawai yang mengendalikan perhubungan antara BSI Singapura dengan syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia 1MDB.

Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura pada 10 Oktober lalu membuat dakwaan terhadap beliau sementara pada Mei lalu pula Bank Pusat Singapura merujuk Yak dan Seak - dua daripada enam pegawai pengurusan kanan dan kakitangan bank itu - ke pegawai pendakwa raya untuk disiasat sama ada mereka melakukan jenayah atau sebaliknya.

Pada 11 Oktober lalu, Yeo Jiawei yang turut dibicarakan dilaporkan memberitahu mahkmah pada perbicaraan sehari sebelum tarikh itu memberitahu mahkamah bahawa Jho Low adalah pelanggan paling penting Yak, kerana memperkenalkan BSI kepada dana pelaburan Malaysia iaitu 1MDB.

Yak, 57,  juga didenda S$24,000, akan menyerahkan S$7.5 juta kepada negeri itu bagi 'menunjukkan penyesalan sebenar beliau', kata peguamnya bulan lepas.

Mengenai Vyonne Seah pula, beliau bekerja dengan Yak yang merupakan pegawai bank persendirian bagi Low dan 1MDB.

Menurut Straits Times, Seah mengaku bersalah terhadap semua tiga pertuduhan membantu pemalsuan dokumen dan gagal melaporkan keraguan transaksi yang didakwa mempunyai kaitan dengan taikun kelahiran Pulau Pinang itu.

Yeo.., ada lagi tuuh pertuduhan terhadapnya.
Dalam rayuan migitasi terhadap hukumannya, Seah berkata dia mengalami masalah klaustrofobia atau takut berada di dalam tempat tertutup. Pihak pendakwaan bagaimanapun menyangkalnya dan berkata tiada rekod perubatan bagi mendukung kenyataan itu.

Berbanding Yak dan Seah, Yeo Jiawei semalam (22 Disember 2016) dijatuhi hukam paling berat di atas kesemua empat kesalahan menganggu saksi dalam kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB.

Bagi setiap satu tuduhan, Yeo boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Menerusi hukuman yang dibacakan pada Rabu susulan perbicaraan selama 12 hari berakhir bulan lalu, hakim menyifatkan beliau seseorang yang "tidak boleh diharap" dan "tidak berwibawa" sebagai seorang saksi.

Hakim Ng Peng Hong berkata: "Tertuduh (Yeo) menafikan cuba dengan sengaja menidakkan keadilan. Dia mendakwa orang yang membuat rancangan untuk menipu kepada CAD (Jabatan Ehwal Komersil) adalah Kevin Swampillai , iaitu bekas penyelianya di BSI.

"Selepas menilai bukti yang bercanggah...saya mendapati tertuduh tidak boleh dipercayai dan bukan seorang saksi yang berwibawa. Beliau gagal menimbulkan sebarang kesangsian terhadap kes pihak pendakwa. Pihak pendakwaraya telah membuktikan secara jelas dan nyata berhubung kesemua dakwaan yang dihadapi," katanya.

Mahkamah mendapati bahawa selepas Yeo dibebaskan atas ikat jamin polis, dia mengatur satu pertemuan pada 27 Mac di Swiss Club bersama-sama rakannya, Samuel Goh Sze-Wei dan Swampillai yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Khidmat Pengurusan Mewah BSI.

Yeo memberitahu mereka supaya berbohong kepada polis bahawa wang yang dipindahkan Goh kepada syarikat adalah milik Swampillai dan Yeo adalah pelaburannya.

Yeo berhadapan tujuh (7) lagi pertuduhan berasingan, termasuk pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan, yang dikatakan akan dibicarakan tahun depan.

Melihat kepada pendakwaan dan hukuman, 1MDB yang diasaskan Perdana Menteri yang kini menjadi subjek siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat, akan lebih banyak bergelut dengan isu di mahkamah.

Jho Low bergambaar dengan Najib, Rosmah.
Imej buruk 1MDB yang dikaitkan dengan Najib akan menjadi lebih buruk ketika parti pimpinan nNajib – UMNO dan Barisan Nasional akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Najib menafikan sebarang salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan siasatan antarabangsa.

Singapura tahun ini menutup BSI dan Bank Falcon Private susulan tindakan keras terbesar terhadap pengubahan wang haram yang didakwa berhubung dengan 1MDB.

Pada Mei, bank pusat Singapura menyerahkan enam anggota pengurusan kanan BSI dan kakitangan kepada pendakwa raya untuk memeriksa jika mereka melakukan kesalahan jenayah berikutan siasatan pengubahan wang haram itu.

Isunya ialah apakah Najib, UMNO dan BN akan dapat menjauhkan diri mereka daripada kemelut 1MDB untuk mengatakan Perdana Menteri ‘bebas daripada skandal berkaitan Jho Low dan 1MDB ini’ ini?

Apakah Najib boleh mengatakan beliau tidak kenal atau tidak rapat dengan Jho Low sedangkan gambar dan ramai tahu Jho Low bukan sahaja rapat dengan Najib tetapi juga ahli keluarga beliau, termasuk Datin Seri Rosmah Mansor dan anak Rosmah dengan suami terdahulunya, Riza Aziz?

Riza (kiri) diketahui amat rapaat dengan Jho Low
Apakah hubungan rapat Najib dan Jho Low akan membawa  kesan kepada UMNO dan BN dari segi prestasinya dalam pilihan raya akaan datang?

Najib dan pmimpin UMNO mengatakan tidak tetapi rakyat sedang memerhati selain menunggu untuk Jho Low dibicarakan.

Jika Jho Low terus menghilang atau ‘dilindungi’, bagaimana Najib dan keluarganya mampu meyakinkan rakyat bahawa apa yang berlaku di Singapura yang dikaitkan dengan Jho Low itu hanya berkaitan jutawan Pulau Pinang itu semata-mata? 

No comments:

Post a Comment