Friday 10 February 2017

DANA RM90 JUTA – HUSAM AKAN TURUT HERET NAJIB RAZAK KE MAHKAMAH???


Isu PAS kononnya menerima dana RM90 juta daripada UMNO hangat kembali sejak beberapa hari lalu.

Sehari dua ini, PAS menyifatkan kenyataan penasihat AMANAH Kelantan, Datuk Husam Musa bahawa parti itu menerima dana tersebut, sebagai tuduhan jahat.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat yang dianggap sebagai fitnah itu, PAS menyifatkan tuduhan Husam sebagai rantaian fitnah yang pernah dibuat Sarawak Report.

Isu ini pastinya meletup selepas ini jika Husam disaman dan di heretkan ke mahkamah.

Husam yang berseedia menanggung risiko dengan kenyataannya itu, semalam berjanji akan mempertahankan apa yang diucapkannya semasa berceramah di Selising, Pasir Puteh pada 6 Februari lalu.

Biarpun dianncam saman dan digambarkan berdepan dengan nasib seperti Sarawak Report, semalam Husam tampil memberi penegasan.

"Tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu berbangkit," katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man kelmarin menafikan ‘tuduhan Husam’ yang parti itu menerima RM90 juta itu melalui akaun Affin Bank.

Berikutan itu, seperti Sarawak Report, Husam akan disaman gara-gara kenyataannya.

Apakah tindakan PAS itu akan menghapuskan keraguan sambil akan meyakinkan rakyat bahawa ia bersih daripada tuduhan menerima dana daripada UMNO?

PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report, demikian tegas Tuan Ibrahim.

Husam pada ceramah di Selising, Pasir Puteh.
Husam berkata beliau menganggap kenyataan Tuan Ibrahim semalam dibuat tanpa penelitian.

"Kemungkinan beliau tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit," katanya.

Husam juga berkata, beliau tidak pasti sama ada kenyataan Tuan Ibrahim mengenai tindakan mahkamah ke atasnya itu adalah bersifat peribadi atau pendirian rasmi PAS.

Isu dana RM90 juta itu mula ditimbulkan oleh laman sesawang Sarawak Reportyang sebelum ini giat membuat laporan mengenai salah laku yang dikaitkannya dengan kerajaan.

Ia disiarkan pada Ogos 2016.

Sejauh ini apakah saman terhadap Sarawak Report itu berjaya menghapuskan keraguan mengenai ‘derma daripada Perdana Menteri’ berkenaan?

Apakah ‘penderma dana’ yang dikaitkan, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan terheret sama?

8 Ogos lalu, PAS berkata ia  mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Sarawak Report kerana mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

PAS menyifatkannya sebagai  palsu dan berniat jahat, selain agenda untuk terus mengaitkannya dengan UMNO.

Tuan Ibrahim yang menyatakan hasrat itu menyifatkan Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri.

“Tidak pasti  apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan UMNO.

"Apapun, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS," katanya pada kenyataan media.

Sarawak Report pada  6 Ogos lalu, menerbitkan artikel yang mendakwa Najib merayu PAS agar menjauhi gabungan pembangkang dengan mengalirkan sebanyak RM90 juta kepada pemimpin tertinggi parti itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.


Sarawak Report yang berpengkalan di London dikendalikan oleh Claire Rewcasatle-Brown, yang didakwa Najib adalah sebahagian daripada konspirator untuk menggulingkan beliau daripada kuasa.

Laman web ini telah memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan salah guna 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.

Mengenai derma kepada PAS itu, Husam menerusi satu klip video ceramahnya yang masih ditularkan melalui media sosial mendakwa PAS menerima wang RM90 juta daripada UMNO seperti didedahkan Sarawak Report.

Beliau juga mendakwa wang itu disalurkan melalui sebuah bank tempatan, Affin Bank.

Tuan Ibrahim sambil menafikan  menerima dana UMNO, menyebut PAS akan mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat, katanya dalam kenyataan
semalam.

Terdekat itu bila dan selepas saman diserahkan, bila pula akan dibawa ke mahkamah. Apakah saman itu juga akan menerima nasib seperti saman terhadap Sarawak Repost yang dianggap sebagai ‘political gesture’ pula oleh Husam?

Sejauh ini Husam belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Apakah saman akan berjaya menghalang Husam untuk mengulangi dan membuat kenyataan baru terhadap isu derma ini?

Juga, jika dibicarakan yang tentunya akan mengambil masa yang lama, apakah ia bukan suatu ruang untuk Husam memperkatakan isu ini dengan lebih meluas?

Tuan Ibrahim....Husam akan terima nasib seperti Sarawak Report.
Husam sudah membayangkan untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai isu berkenaan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada 13 Ogos 2016  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut membuat kenyataan bahawa  parti itu akan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam masa sebulan.

Menurut Hadi, PAS akan memfailkan saman itu di England.

"Kita kenal queen counsel (peguam kanan) yang pernah ada hubungan dengan kita dalam kes sebelum ini. Dalam masa terdekat, dalam masa sebulan," kata Hadi pada tarikh berkenaan.

PAS kemudian dilaporkan menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, pada 13 Disember 2016.

Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu berkuat kuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016.

"Notis berkenaan turut menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita terbabit," jelas Takiyuddin seperti dipetik Harakahdaily.

Bagaimanapun pada 17 Disember Clare memberitahu Malaysiakini,surat tuntutan yang disampaikan kepadanya dari PAS adalah satu political gesture.

Kini yang ditunggu ialah apakah PAS akan mengotakan kenyataannya.

Mukin akan srmakin banyak lagi reaksi Husam selepas ini kerana jika tidak mempunyai bukti atau sekurang-kurangnya bahan bukti yang jelas, beliau dengan keadaan yang sedar berani membuat kenyataan sedemikian.

Mampukah PAS menghapuskan kesangsian rakyat mengenai ‘dana RM90 juta daripada Najib’ kepada PAS hanya melalui saman kepada Husam?

Atau PAS sengaja menghulurkan lehernya untuk terus dijerut dalam isu ini apabila sama diserahkan kepada Husam, apa lagi jika isu ini di bawa ke mahkamah?

Menjadi tanda tanya, apakah Najib akan terherat sama apabila beliau dituduh sebagai pihak pemberi dana kepada PAS/

Rasanya tidak sabar untuk mendengar banyak lagi kenyataan berupa pendedahan oleh Husam dalam isu ini.


Lebih-lebih lagi apabila ia turut mengheret Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO. 

No comments:

Post a Comment