Amat nyata, dua pihak iaitu Jawatankuasa Bertindak
Selamatkan Masjid Sultan Mahmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Tengku Putera Tengku Awang
sedang cuba menegakkan ‘kebenaran’ masing-masing dalam isu pembinaan Kompleks
Niaga dan Hotel di Kuala Berang.
Isu ini sudah danggap oleh pihak Jawatankuasa Berkenaan
sebagai melemas dan merimaskan UMNO Bahagian Hulu Terengganu.
Di pihak Tengku Putera pula sesi taklimat dan soal jawab
terbuka mengenai isu ini yang disebut sebagai sesi ‘Townhall’ pagi kelmarin (6
Februari 2017) adalah penyanggahan terhadap kenyataan ‘mengelirukan’ yang
dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bertindak berkenaan.
Isu asas ialah Pembinaan Hotel dan Kompleks Perkedaian di
dalam kawasan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang.
Sebelum ini ia melibatkan perdebatan melibatkan soal tanah dan pelan bangunan yang dikatakan
belum diluluskan oleh pihak berkuasa daerah berkenaan.
Pada ketika Tengku
Putera menegaskan banyak untungnya pembinaan kompleks berkenaan, Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak berkenaan, Muhyiddin Abd Rashid menegaskan ADUN Kuala Berang
itu terpaksa mengadakan sesi ‘Townhall’ berkenaan.
![]() |
Tengku Putera...sanggup berdepan Jawatankuasa Bertindak. |
Ini kerana mereka
(UMNO Hulu Terengganu) tidak mampu untuk berhadapan dengan rakyat, khususnya
Jawatankuasa Bertindak berhubung isu ini secara bersendirian.
Muhyiddin menegaskan, pihaknya akan mendesak agar projek
ini dipindahlan ke tempat lain yg lebih sesuai dan akan di bawa ke pengetahuan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Laporan apa mahu dibawa kepada SPRM?
Apakah ada penyelewengan atau salah guna kuasa dalam
pembinaan kompleks berkenaan?
Apakah ada keputusan yang ‘tidak telus’ dibuat dari segi
pemilihan kontraktor dan kosnya?
Atau apakah ada isu lain berbangkit umpamanya wujud
konflik kepentingan dalam projek berkenaan?
Persoalan kini ialah kenapa mesti ADUN Kuala Berang,
Tengku Putera perlu berdepan dengan tekanan jawatankuasa berkenaan mengenai
projek ini.
Persoalan ialah:
1.
Projek siapakah ini? Projek peribadi ADUN Kuala Berang
atau MAIDAM dan pihak lain dalam kerajaan negeri?
2.
Siapa kontraktor projek ini dan kenapa Tengku
Putera mempertahankan projek ini seolah-olah projek ini milik peribadi atau
syarikatnya atau syarikat yang ada kaitan dengannya, dan,
3.
Kenapa pegawai penting dalam MAIDAM dan agensi
kerajaan lain tidak ke hadapan untuk bersemuka dengan jawatankuasa bertindak
berkenaan SERTA RAKYAT sekiranya ia projek usahasama MAIDAM dengan beberapa
agensi kerajaan yang lain?
Soalan asas ialah, apakah Tengku Putera mempunyai
‘kepentingan tertentu’ dalam projek ini?
Jika tidak ada, serahkanlah penjelasan mengenai projek
ini kepada pegawai kerajaan dan tidak perlulah Tengku Putera begitu menonjol
mempertahankan projek ini walaupun beliau mungkin mengusahakan untuk
dilaksanakan.
Harimau akan meninggalkan belang, begitulah pepatah
Melayu menyebut mengenai jasa seseorang. Dan jika Tengku Putera berjasa dalam
projek ini, rakyat Kuala Berang pasti akan tahu sumbangannya.

Akibat tindakannya itu, kini ada pihak menuduh beliau
mempunyai kepentingan dalam syarikat yang membangunkan kompleks berkenaan.
Malah dikiatkan juga anak lelakinya turut mempunyai
kepentingan.
Diakui seperti yang dijelaskan oleh Tengku Putera bahawa
inisiatif dan penganjuran sesi ‘Townhall’ ini perlu diadakan sebagai susulan penjelasan Tengku Putera baru-baru ini mengenai pojek
berkenaan.
Namun alangkah baiknya sekiranya Tengku Putera berkecuali
dan membiarkan pihak kontraktor atau pegawai agensi kerajaan terbabit –YDP
MDHT, Osman A Bakar; Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi
Razik; Pesuruhjaya Agama Negeri
Terengganu Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim , Jurutera JKR Daerah Hulu
Terengganu, Mohd Fadzlie Ibrahim, Pegawai Pendidikan Daerah, Jalaluddin Ismailsemua persoalan.
Diakui projek yang
dijangka siap dalam tempoh dua tahun itu bukan sekadar bakal menjadi mercu tanda baharu di
daerah Kuala Berang, malah juga mampu merancakkan aktiviti ekonomi umat Islam
selain menjadi salah satu sumber pendapatan tambahan kepada masjid.
Tindakan Tengku Putera yang menjadi ‘ketua jurucakap’
pada sesi Townhall itu menyebabkan beliau dituduh cuba mengheret pegawai
kerajaan untuk menjadi benteng pertahanannya.
Malah jawatankuasa bertindak berpendapat, cara Tengku
Putera mengajak pihak berkenaan berada di sebelahnya adalah cubaan ADUN itu
untuk melihat Jawatakuasa Bertindak
bertelagah dengan pegawai-pegawai kerajaan.
Sebelum ini jawatankuasa bertindak itu melakukan beberapa siri bantahan di laman media sosial,
laporan polis, aduan rasmi dan siaran media.
Jawatankuasa itu dikatakan keseluruhannya diwakili
pemimpin PAS Kawasan Hulu Terengganu sambil mendakwa mereka adalah wakil dari
khairiah masjid berkenaan.
Menurut Terengganu Times, selepas diselidiki jawatankuasa
bertindak itu hanya bertujuan politik
murahan yang mahu menggunakan masjid itu sebagai lonjatan isu dan mengelirukan
pemikiran rakyat.
Jawapan segera dituntut mengenai kontraktor mana dan
berapa jumlah projek ini dan dari mana sumber pembiayaannya.
Juga penting, apa wajarnya Tengku Putera beria-ia mempertahankan
perlunya projek ini selain apa kepentingan beliau didalamnya?
No comments:
Post a Comment