Sunday 12 February 2017

PAS JANGAN ANGKUH, ‘HARIMAU TIDUR’ AKAN MENGAUM MULAI ESOK...


Untuk pemimpin dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sila baca kenyataan ini dan fahami maksudnya dengan jelas:

“Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tanpa PAS tidak akan menang satu kerusi pun dalam pilihan raya akan datang.”

Siapa yang cakap, di mana?

Kenyataan ini dibuat oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali ketika merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan RayaUmum (PRU) ke-14, PAS Kawasan Kuala Nerus, di Dewan Kompleks Tarbiyyah At-Taqwa (Komtaq), Batu Enam, Kuala Nerus pada 3 Februari lalu.

Jelas sekali daripada kenyataan ini menggambarkan bahawa bagi PAS, PPBM itu tidak ada apa-apa.

Tiada pengaruh dan tidak mungkin menang walau satu kerusi pun.

Apakah beliau bercakap dengan menuruk kepada Terengganu sahaja atau melihatnya dalam skop lebih luas, termasuk beberapa negeri di Pantai Barat?

Mungkin kerana pendirian seperti ini di kalangan pemimpin PAS menyebabkan rundingan kerjasama dengan PAS dianggap sebagai ‘perbualan biasa’ sahaja kerana pemimpin PAS melihat PPBM tidak mempunyai pengaruh.

Malah jelas PAS kini menunjukkan bahawa rundingannya dengan PPBM tidak akan ke mana-mana. Tidak aka nada kata putus?

Sedangkan kemunculan PPBM dilihat oleh rakan pembangkang lain, termasuk PKR, AMANAH dan DAP sebagai suatu kemunculan ‘peluang lebih besar’ untuk bersama-sama menumbangkan UMNO-Barisan Nasional (BN).


Apapun, jangan marahkan pemimpin PAS atau Mustafa Ali.

Rata-rata pemimpin PAS kini memang sudah merasa parti mereka terlalu kuat. Semua yang lain perlu tunduk kepada kekuatan mereka.

Seperti kata Mustafa, gabungan parti-parti pembangkang tidak akan berjaya menawan Putrajaya tanpa kerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

Pentingnya PAS ini berdasarkan  statistik peratusan sokongan PAS mempunyai kekuatan akar umbinya antara 40 hingga 45 peratus. Berikutan itu, PAS hanya memerlukan lonjakan tujuh peratus sokongan dalam pilihan raya bagi menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

 “PAS boleh menang tetapi tidak banyaklah, sebab itu kita perlu juga pada nilai tambah. Jika kita ada 45 peratus, perlu lagi tujuh (7) peratus untuk mengalahkan UMNO. Dalam politik Malaysia, untuk mengalahkan BN dan menawan Putrajaya tidak ada pembangkang boleh menang untuk tawan Putrajaya tanpa PAS,” tegasnya.

Selain itu katanya, parti yang boleh kalahkan UMNO bukan DAP tetapi kombinasi PAS dengan PPBM atau PKR yang kuat.

PAS tanpa sedari bagaimana sokongan kepadanya akan susut pada PRU-14 berikutan tertubuhnya AMANAH dan hasratnya bersatu dengan UMNO.

Ada yang tidak gemar ia berganding bahu dengan PPBM.

Selain itu faktor kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang  dilihat ‘jauh bertentangan’ dengan pesanan Allhayarham Datuk Nik Aziz Nik Mat akan semakin hilang pengaruh, sama ada di peringkat ‘powerbase’ mahu pun menyertaan orang muda kepada parti itu.

Malah keangkuhan PAS yang semakin jelas akan menjauhkan mereka yang sebelum ini mempunyai hasrat menyertai parti itu. Mereka kini lebih selesa dengan golongan ‘profesional’ dalam AMANAH atau slebihnya kepada PPBM yang menawarkan perubahan.

PAS juga kena ingat bahawa pakatan pembangkang melalui PKR, AMANAH dan DAP sudahpun berganding bahu melalui perjanjian persefahaman antara mereka.


Pada ketika PAS masih bernostalgia dengan kononnya sokongan padu masih kukuh di peringkat bawahan, mereka semakin lupa bahawa generasi baru kini melihat AMANAH, PPBM dan PKR sebagai sumber perjuangan mereka.

Mustafa mungkin melihat kepada kedudukan PPBM di Terengganu yang kini dilihat ‘sepi’ dan ‘suasana air yang begitu tenang’.

Bagi Mustafa dan penyokong PAS, PPBM tidak bergelora lansung berbanding di Johor dan Kedah, atau juga di Negeri Sembilan dan Melaka.

Mustafa mungkin memandang rendah kepada PPBM yang ‘masih kaku’ di Kelantan di mana AMANAH dilihat lebih bertenaga,

Namun Mustafa lupa bahawa di kedua-dua negeri berkenaan, jangan ‘dikejutkan harimau yang sedang tidur’.

Jentera PPBM mungkin sedang bergerak secara senyap.

Walaupun mungkin ahli tidak seramai PAS, gerakan yang berjalan di bawah memfokuskan kepada pengundi – menjamin pengundi memilih PPBM.

Menjamin rakyat Terengganu mengundi untuk perubahan, itu menurut mereka yang sedang bergiat secara senyap.

Jangan terkejut jika esok (14 Februari 2017), ‘harimau yang sedang tidur’ itu tiba-tiba bangkit dan maraum sekuat-kuatnya. Ia meraum untuk memperdengarkan suaranya di dengar oleh PAS dan UMNO di dua negeri berkenaan.

Memanglah kemunculan kali pertama ‘harimau’ berkenaan tidak akan terus menjadi ‘raja rimba’ tetapi keselesaan dan keangkuhan PAS akan tercabar dengan kebangkitan baru PPBM.

Jika selama ini PAS memandang rendah kononnya AMANAH hanya bergerak di Kuala Terengganu dan PKR pula di beberapa daerah secara kecil-kecilan, mungkin PPBM akan mempunyai jentera pilihan rayanya dalam masa yang singat di semua Parlimen.

Tidak mustahil juga gerakan di peringkat negeri akan dipimpin oleh mereka yang juga ada pengalaman politik.

Juga di Kelantan, sekiranya PAS hanya melihat UMNO sebagai saingan atau mungkin ‘rakan pilihan rayanya’, kehadiran AMANAH + PPBM + PKR, akan menjadikan ia suatu kekuatan yang bukan sahaja menjadi ancaman kepada PAS tetapi juga UMNO Kelantan.

Mustafa tidak mengambil realiti di peringkat bahawa  betapa partinya semakin menguncup di Pantai Barat, juga di Kelantan.

Apa akan jadi kepada 13 kerusinya di Selangor apabila orang Cina yang menentang Akta 355 dan DAP menarik balik sokongan yang diberikan pada PRU-13?

Apabila berperang dengan bukan Melayu dan bukan Islam dalam isu Akta 355, PAS akan hilang sokongan bukan Melayu dalam MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen lain di Pantai Barat.

Pada pilihan raya kali ini, PAS mungkin hanya bernafas di Terengganu sahaja. Tidak di Kedah, Selangor, juga Kelantan.

Malah kemungkinan PAS tidak menyertai kerajaan campuran Selangor selepas PRU-14 semakin nyata dengan kemunculan dan semakin berpengaruhnya AMANAH dan PPBM di Selangor.

Sikap PAS yang bermusuh dengan DAP dan AMANAH akan terus menyisihkan dirirnya sendiri.

Walaupun AMANAH dan PPBM mungkin terpaksa berbahagi kerusi berbanding PKR dan DAP di Selangor, tetapi kekuatan PAS selama ini di negeri itu akan menjadi lemah apabila ia tidak lagi menyertai Pakatan Harapan kerana wujudnya AMANAH dan DAP dalam pakatan itu.

Kerana itu kenyataan angkuh Mustafa itu jika diteliti dan diamati sebenarnya pernyataan kebimbangan mereka sendiri untuk menempatkan di mana PAS pada PRU-14.

Kerjasama PAS-PPBM yang dilihat akan gagal, sebenarnya memudahkan PH untuk bergerak di Terengganu dan Kelantan.


Jika ada kerjasama PAS- PPBM  mungkin akan membolehkan ia bertanding kembali di semua kerusinya selain beberap kerusi yang dimenangni oleh UMNO di Kelantan dan Terengganu, tetapi akibat keangkuhannya, pertandingan akan menjadi tiga penjuru.

Ada pendapat mengatakan jika ini berlaku, UMNO akan menang besar kerana pembangkang berpecah.

Benarkah? Rakyat yang mahu melihat perubahan akan mengundi parti pembangkang.

Bukan sebarang parti pembangkang yang akan diundi oleh mereka. Yang akan diberikan sokongan ialah pakata n pembangkang yang mahu melaksanakan perubahan.

Apakah PAS parti yang sedang memperjuangkan perubahan atau staus-quo sambil  mengekalkan perjaungan lamanya yang semakin bercelaru, akan dipilih rakyat atau PH yang memperjuangkan berbagai isu rakyat dan ingin membawa perubahan kepada politik UMNO yang kaku dan mementingkan kedudukan beberapa pemimpin atasan mereka sahaja?

PAS gagal menawarkan pakej perubahan.

Rakyat yang mahukan perubahan dalam kedudukan mereka yang dihimpit oleh tekanan hidup akan berfikir dan menyokong perjuangan mewujudkan ‘hidup dengan lebih selesa untuk beribadah’ atau memilih untuk menyokong sambil ‘redha terus-menerus ditekan dengan berbagai kesukaran hanya demi perjuangan parti yang kononnya perjuangan Islam’.

Apakah rakyat rela untuk terus sengsara dengan memilih PAS?


Sedangkan mereka ada pilihan untuk ‘sedikit atau lebih selesa’ dengan menyokong PH?

Untuk PRU14 nanti, biarlah rakyat menentukan sama ada memilih PAS yang berterusan sombong dan tidak menghala kea rah perubahan yang dimahukan rakyat atau bersama PH yang akan membawa rakyat Terengganu ke arah satu dimensi kehidupan yang baru.

 Dan ini hanya boleh dicapai dan dinikmati melalui PH dan sama sekali bukan PAS!

No comments:

Post a Comment