Showing posts with label Rafizi. Show all posts
Showing posts with label Rafizi. Show all posts

Tuesday, 30 May 2017

INVOKE UNTUK KEPENTINGAN RAFIZI, PERLEKEH SESAMA PEMBANGKANG?


Siapa menaja dan menggerakkan INVOKE Malaysia?

Ia bergerak dan mempunyai pejabat dibeberapa negeri dan dilihat mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Siapa tulang belakang sebenar INVOKE dan sejauh ini nampaknya jawapan daripada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sendiri bahawa beliau mengeluarkan belanjanya sendiri hasil simpanannya dalam Lembaga Tabung Haji sebanyak lebih RM 700 ribu untuk menubuhkan INVOKE,  masih banyak menjadi pertanyaan.

 Kenyataan ini agak mengelirukan kerana sehingga tahun lalu, jumlah simpanannya di dalam Tabung Haji adalah sekitar RM600 ribu dan dikatakan tidak terusik sehingga pertengahan Mei lalu.

Rafizi pernah mendakwa INVOKE memperolehi dana sebanyak RM1 juta daripada khidmat sukarela menerusi online dan melalui pindahan bank.

Bagaimanapun menurut sebuah blog, Rafizi gagal menjelaskan apakah khidmat sukarela online yang dibuat selain siapakah yang membuat pemnindahan dana ke bank milik INVOKE.

Persoalan juga apakah INVOKE ditubuhkan sebagai syarikat atau  sebagai sebuah NGO.

Ada pihak mengesyorkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat apa yang sebenarnya berlaku di dalam INVOKE.

Menjadi pertanyaan juga ialah INVOKE menyebut jumlah gaji kakitangannya yang seramai  80 orang berjumlah  RM888,487. Ini secara puratanya gaji kakitangan ialah RM11,106 seorang. Ini dalam tempoh 10 bulan sejak ditubuhkan.

Ia sebenarnya mula beroperasi pada  Ogos 2016 dan jika dikira hingga Mei 2017 sudah masuk bulan ke 10 INVOKE Malaysia beroperasi, bermakna ‘gaji sebenar’ adalah RM1,110.60 seorang.

INVOKE Malaysia kini ada 17 pejabat. Dilaporkan, sebanyak RM44,654 dibelanjakan untuk menyewa 17 pejabat, selama 10 bulan bagi tujuan operasi. Ini bermakna kos sewa satu pejabat sebulan adalah RM262 sahaja untuk sebulan.

Semurah itu gaji dan kos operasi INVOKE Malaysia?

Selain itu, apakah kesemua 17 pejabat ini mengumpul data untuk kajian?

Apakah data-data itu yang membolehkan INVOKE merumuskan siapa sewajarnya menjadi Perdana Menteri yang akhirnya membodek Rafizi sebagai sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan?

Persoalannya apakah Rafizi sebagai Naib Presiden PKR mahu daripada gerakan melalui INVOKE?

Apabila datang ke Terengganu beliau menonjolkan dirinya konon akan ‘menjadi Menteri Besar Terengganu’.

Pada kajian mengenai siapa Perdana Menteri, beliau memperlekehkan pula semua pihak, termasuk Presiden PKR sendiri, dengan meletakkan beliau pada kumpulan yang tercorot dari segi carta pilihan siapa bakal Perdana Menteri Malaysia.

Apakah kerana beberapa kemungkinan – beliau akan dipenjarakan dan tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) - menjadikan beliau gelisah, gundah gulan dan kini ;meroyan’?

Kajian INVOKE agak pelik apabila didapati kedudukan Rafizi lebih tinggi daripada bosnya (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) berdasarkan kajian itu.


Rafizi memperoleh 10.7 peratus sokongan sementara Wan Azizah sekadar mengutip 4.5 peratus manakala Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar masing-masing menerima sokongan 3.5 peratus dan 2.6 peratus.

Mereka yang menerima undian kecil berdasarkan kaji selidik Rafizi itu bagaimanapun tidaklah boleh berkecil hati kerana ” survey” itu dibuat secara rambang.

Walaupun Rafizi kononnya ”pakar ” dalam membuat sesuatu kaji selidik dan membuat berbagai ramalan termasuk mengenai  masa depan ekonomi Malaysia, hasil kajiannya masih banyak ruang untuk dipertikaikan.

Malah, Tun DR Mahathir Mohamad menganggap kajian INVOKE mengenai Perdana Menteri sebagai ‘kajian syok sendiri’ kerana ia dibuat sebelum parti pembangkang belum menguasai kerajaan.

Yang sering ditonjolkan Rafizi ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim  kekal di puncak carta untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan walaupun rundingan mengenai siapa sebenarnya wajar dipilih, jika PH menang pilihan raya, masih berjalan.

Dan apabila INVOKE Malaysia menamakan Rafizi sebagai Perdana Menteri, maka ada cakap-cakap bahawa “selepas Mat Sabu gila hendak jadi Perdana Menteri, datang Rafizi pula teringin hendak jadi PM.”

Adalah sesuatu yang boleh dianggap mereng apabila kajian INVOKE Malaysia menamakan Rafizi bakal Perdana Menteri ketiga popular selepas Anwar dan Dr Mahathir.

Apakah hasil kajian INVOKE bertujuan memberikan ruang kepada Rafizi untuk mencari dan mendedahkan populariti peribadinya semata-mata?

Berdasarkan keputusan kajian INVOKE itu, jelas Rafizi perlu dilantik sebagai Perdana Menteri “sementara” bukannya Wan Azizah.


Tidakkah kajian ini membuktikan ia sesuatu yang bekepentingan, berat sebelah dan bersifat ‘bodek’?

Saturday, 17 December 2016

NAJIB AKAN PASTIKAN KOS MRT MENCECAH LEBIH RM100,000 JUTA...


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini menjawab dan membidas analisis ‘bodoh’ beberapa kumpulan ‘propaganda maya “ UMNO dan prokerajaan mengenai kos keseluruhan Projek Transit Aliran Massa (MRT).

Rafizi berkata isu kos keseluruhan  ini yang ditimbulkan sebelum ini secara tidak langsung kini disahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin.

Najib semasa melancarkan Fasa 1 MRT (Jajaran 1) Sungai Buloh ke Kajang pada 15 Disember lalu mengumumkan bahawa “penjimatan RM2 bilion telah dicapai” dan memetik angka RM21 bilion sebagai “kos projek MRT”.

Rafizi berkata, 'kumpulan propaganda maya' UMNO melancarkan kempen media sosial besar-besaran untuk menunjukkan kos sebenar projek MRT hanyalah RM21 bilion dan bukan RM100 bilion seperti yang pernah disebut beliau.

Malah Rafizi turut membuat pesanan khusus untuk Perdana Menteri di mana katanya: “Saya nasihatkan Najib Razak supaya jangan bazirkan wang rakyat bayar cybertrooper Umno macam Papagomo, Lim Sian See dan Raja Petra yang masih tidak mahir mengira. Seharian mereka mengeluar kata-kata carutan kononnya saya #kantoi memfitnah mengenai kos MRT, rupanya mereka #kantoi tidak cerdik.”

Baca kenyataan asal  Rafizi melalui Facebooknya:

17 DISEMBER 2016

DATO’ SERI NAJIB SECARA TIDAK LANGSUNG MENGESAHKAN KOS KESELURUHAN PROJEK MRT MELEBIHI RM100 BILION

Semasa melancarkan Fasa 1 MRT (Jajaran 1) Sungai Buloh ke Kajang pada 15 Disember 2016, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa “penjimatan RM2 bilion telah dicapai” dan memetik angka RM21 bilion sebagai “kos projek MRT” (seperti yang dilaporkan Bernama, rujuk http://www.bernama.com/bernama/v7/sp/newssports.php…).

Pengumuman Dato’ Seri Najib itu telah digunakan oleh kumpulan propaganda maya Umno (termasuk oleh pemuka-pemuka seperti Lim Sian See, Papagomo, Raja Petra dan blog-blog penyokong Umno) untuk menyerang saya dengan menuduh saya memfitnah Dato’ Seri Najib dan kerajaan Malaysia kerana saya pernah menyuarakan rasa khuatir bahawa kos keseluruhan projek MRT boleh mencecah RM100 bilion.

(Rujuk tulisan saya dalam tahun 2011 dalam akhbar The Edge bertajuk “The MRT: Old Habit Dies Hard” http://rafiziramli.com/2011/01/the-mrt-old-habit-dies-hard/ bila mana saya telah menyuarakan rasa bimbang dari awal apabila kerajaan tidak telus mengenai kos dan proses tender.

Pada 3 Julai 2012, saya sekali lagi memberi amaran bahawa maklumat saya memaklumkan kos keseluruhan projek MRT boleh mencecah RM100 bilion, rujuk laporan Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/202540)

Sejak semalam, kumpulan propaganda maya Umno ini telah melancarkan kempen media sosial besar-besaran untuk menunjukkan bahawa kos sebenar projek MRT hanyalah RM21 bilion dan bukannya RM100 bilion seperti yang saya pernah sebut. Mereka menyerang saya di dalam media sosial seperti yang ditunjukkan di dalam beberapa paparan skrin berikut:

Apa yang mereka tidak sedar ialah pengumuman Dato’ Seri Najib bahawa kos menyiapkan Fasa 1 MRT bagi jajaran pertama dari Sungai Buloh ke Kajang (iaitu untuk 12 stesen sepanjang 21 km sahaja) adalah RM21 bilion; sebenarnya mengesahkan kerisauan saya dalam tahun 2012 bahawa kos keseluruhan projek MRT boleh mencecah RM100 bilion.

Jelas bahawa kumpulan propaganda maya Umno yang terdiri dari Papagomo, Raja Petra dan Lim Sian See ini tidak faham perincian projek MRT yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib semasa melancarkan Economic Transformation Plan (ETP) dalam tahun 2010 dahulu.

Saya senaraikan fakta-fakta berserta bukti-bukti yang menunjukkan betapa bodohnya individu-individu seperti Papagomo, Raja Petra dan Lim Sian See ini:

1.      Semasa melancarkan ETP dan mengumumkan projek MRT, Dato’ Seri Najib merujuk kepada keseluruhan projek MRT yang meliputi laluan sepanjang 141 km. Ini disahkan sendiri oleh laman rasmi 1Malaysia dibawah Jabatan Penerangan yang menyebut bahawa “Pembinaan Sistem Pengangkutan Pantas di Kuala Lumpur ini meliputi perjalanan sepanjang 150 kilometer dengan rangkaian rel pertama dari Sungai Buloh ke Kajang, meliputi kira-kira 60 kilometer dengan 35 stesen yang akan melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur.” (Rujuk laman http://pmr.penerangan.gov.my/…/10758-mrt-fungsi-dan-kebaika…

2.     Sejak dari awal, semua laporan kerajaan menyebut bahawa jumlah kos bagi keseluruhan projek MRT yang meliputi laluan RM141 km ini ialah sekitar RM40 bilion. Di laman Pemandu, jumlah kos yang disebut ialah RM36.6 bilion menjelang 2020 (rujuk http://etp.pemandu.gov.my/11_January_2011-@-Mass_Rapid_Tran…)

3.     Dalam ucapan Bajet 2011, pada perenggan 21 mukasurat 7, Dato’ Seri Najib melaporkan kepada Parlimen bahawa jumlah kos projek MRT ialah sekitar RM40 bilion  (rujuk http://www.treasury.gov.my/pdf/budget/speech/bs11.pdf)

4.     Oleh sebab itulah, perunding ekonomi antarabangsa Oxford Business Group dalam laporan tahunannya mengenai Malaysia iaitu “The Report: Malaysia 2011” pada mukasurat 195 dengan secara jelas menyebut bahawa “kos bagi projek MRT sepanjang 141 km dianggarkan RM47 bilion (rujuk paparan skrin di bawah)


5.     Maka, kos RM21 bilion yang disebut oleh Dato’ Seri Najib itu hanyalah untuk 21 km dari 141 km iaitu 15% dari kos keseluruhan projek MRT yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib dalam tahun 2011. Jika diambil perkiraan mudah bahawa kos bagi setiap kilometer selebihnya adalah sama iaitu [RM21 bilion dibahagi 21 km, jadi setiap satu kilometer ialah RM1 bilion] maka baki kos ialah [141 km tolak 21 km bersamaan 120 km didarab dengan RM1 bilion] RM120 bilion.

Saya akan menunjukkan dalam beberapa kenyataan media seterusnya bahawa kos keseluruhan projek MRT meliputi 141 km melibatkan 3 jajaran (MRT1 dari Sungai Buloh ke Kajang, MRT2 ke Putrajaya dan MRT3 melibatkan satu jajaran lingkaran bawah tanah, seperti yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib dalam tahun 2011) semestinya melebihi RM100 bilion.

Oleh sebab itulah, kenyataan Dato’ Seri Najib mengenai penjimatan kos RM2 bilion pada 15 Disember 2016 dengan tidak semena-mena mengesahkan isu yang saya timbulkan dalam 2012 bahawa kos keseluruhan projek MRT akan mencecah RM100 bilion.


RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN