Azan Ismail...lengah-lengahkan tuntutan Bertam. |
Bersilatlah selagi boleh wahai Datuk Seri Ahmad Razif
Abdul Rahman!
Rakyat Terengganu sudah jemu dan muak dengan jawapan
mengenai status pemilikan mutlak telaga minyak Bertam.
Tiada bukti jelas bahawa kerajaan negeri membawa perkara
ini kepada pihak berkaitan.
Walaupun isu ini sudah dipersoalkan sejak dua ahun
lalu, namun statusnya tetap sama. TIDAK ADA KATA PUTUS!!!.
Masih ingat bagaimana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Kijal, Datuk Seri Ahmad Said memperkatakan mengenai isu ini pada sidang DUN dua
tahun lalu?
(a)
sikap kerajaan negeri mengenai penemuan minyak Bertam 307 yang
terletak 120 km dari Pantai Geliga, yang mana Perdana Menteri telah menyebut
bahawa Bertam 307 adalah ditemui di Pahang. (Ahmad Said menafikan dakwaan
Perdana Menteri itu sambil menegaskan ia adalah hak Terengganu. Pahang
ada sedikit 307 A dan B, Bertam A, B tapi sedikit sahaja);
(b)
meminta agar Menteri Besar memikul amanah rakyat
Terengganu dengan mendapatkan kepastian daripada perdana menteri berkenaan
status Bertam 307 itu. (Ahmad Said
memaklumkan kepada Dewan, ketika dia menjadi Menteri Besar, beliau pernah
menulis surat kepada Petronas dan Petronas hanya mendiamkan diri).
Malah, pertubuhan bukan kerajaan, Royalti Terengganu (R) pernah
menyelar kenyataan Ahmad Razif bahawa telaga minyak Bertam tidak berada dalam
lingkungan tiga batu nautika yang membolehkan ia menjadi hak milik penuh
kerajaan negeri.
Pengerusi R Terengganu Mohamad Fauzi Abdul Samah berkata,
hasil selidikan R mendapati telaga minyak itu berada pada jarak 86 batu nautika
atau 160 km dari perairan Pahang.
Sedangkan katanya, dari perairan Terengganu, telaga tersebut
hanya berada jarak 74.5 batu nautika atau kira-kira 120 km sahaja menunjukkan
jarak telaga tersebut lebih dekat dengan Terengganu berbanding Pahang.
“Perkara yang lebih besar dari itu, Razif telah
meletakkan Terengganu dalam krisis kedaulatan. Isu kesempadanan bukanlah
perkara yang enteng kerana setiap negeri mempunyai autoriti tersendiri terhadap
tanah air mereka sebagaimana yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan,”
katanya.
Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, Dewan
diberitahu bahawa status pemilikan mutlak telaga minyak Bertam sama ada menjadi
hak negeri ini atau Pahang masih belum diputuskan.
Ahmad Razif menjelaskan, soal itu masih dalam
perbincangan dan kerajaan akan meneruskan tuntutan royalti setelah mendapat pengesahan
soal persempadanan bagi menentukan kedudukan sebenar telaga minyak itu.
“Persempadanan ini masih diteliti oleh Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia, apabila sudah tahu keputusan barulah boleh diteruskan
tuntutan (royalti),” katanya pada sidang DUN itu.
Ahmad Razif turut menafikan kerajaan melengah-lengahkan
soal tuntutan royalti menjelaskan keadaan tersebut ketika menjawab soalan
tambahan anggota pembangkang, Azan Ismail (PKR-Bandar).
Beliau seterusnya memberitahu, berdasarkan perjanjian
asal, Terengganu sepatutnya akan turut menerima royalti daripada telaga
minyak Bertam sebanyak lima peratus setahun atau antara RM9 juta hingga RM10
juta.

“Sepatutnya tahun ini kita terima RM500 juta tetapi
kerajaan Pusat telah bayar kepada kita sebanyak RM550 juta, terlebih RM50 juta.
“Inilah hasil perundingan kerajaan Pusat dengan
kerajaan negeri (Terengganu) umpama hubungan anak dengan ayah, tidak ada
masalah kerana darah yang mengalir adalah sama.
“Kalau tak sama, tentu payah dapat apatah lagi beri lebih
daripada yang diminta,” katanya.
Ahmad Razif cuba mempengaruhi pendapat umum bahawa hanya
dengan BN memerintah di negeri dan di Posit juga BN, maka semua urusan menjadi
lebih mudah.
Namun jika demikian, kenapa isu status Bertam ini tetap
payah dan kenapa pula mengambil masa begitu lama?
Atau apakah Ahmad Razif sebenarnya tidak berani
memperkatakan perkara ini bimbang Najib berang dan beliau berdepan masalah
dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.
Jawapan mengenai Bertam dan kedudukannya sebagai Menteri
Besar ada pada beliau.
Namun rakyat Terengganu tahu apa keadaan dana pa
sebenarnya yang berlaku pada Bertam!