Ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho (Jho Low) yang
sehingga ini gagal dikesan dan disoal siasat oleh pihak berkuasa Malaysia,
khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), memang hebat.
Sama ada beliau benar-benar tidak dapat dikesan atau dilindungi
pihak tertentu tidak diketahui.
Mungkin kerana sifatnya yang licik menyebabkan Ketua
Polis Negara, sendiri mengakui sukar untuk mengesan di mana Jho Low berada.
Bukan sahaja PDRM ‘diperbodohkan oleh Jho Low’ malah
institusi penguatkuasaan Malaysia seluruhnya, termasuk SPRM gagal menahan,
menyiasat dan menghukum ahli perniagaan muda itu.
Walaupun Jho Low adalah individu yang sangat dikehendaki
oleh pihak berkuasa Malaysia, ternyata PDRM dan SPRM berada dalam kedudukan
yang ‘lembab, tidak bermaya dan mudah ditipu’.
Jutawan ranggi berusia 35 tahun itu telah hampir
setahun menjauhkan diri daripada
perhatian awam di Malaysia dan luar negara.
Malah, organisasi amalnya, Yayasan Jynwel, turut berdiam
diri sejak 26 Jun tahun lepas. Itu hanya seminggu sebelum Wall Street
Journal memecahkan berita bahawa RM2.6 bilion ditemui dalam akaun bank
peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Jynwel Capital - sebuah firma pelaburan yang berpangkalan
di Hong Kong di mana Jho Low merupakan pengasas bersama dan juga menjadi ketua
pegawai sksekutifnya - turut sama berdiam diri.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada polis
akan membuat tindakan susulan berikutan laporan The Wall Street Journal bahawa Jho Low merupakan pemilik tunggal Good Star.
Dilaporkan sebahagian daripada AS$1.03 bilion daripada
1MDB telah dialihkan ke dalam Good Star pada tahun 2009, apabila syarikat dana
pelaburan negara itu menjalankan perniagaan dengan PetroSaudi
International.
Status pemilikan Good Star adalah penting kerana ia akan
menentukan sama ada dana 1MDB telah disalurkan keluar atau digunakan untuk
pelaburan.
Sebelum itu, pada 22 Ogos 2015, dilaporkan Jho Low
adalah seorang daripada tiga individu dikehendaki SPRM supaya segera hadir
membantu siasatan terhadap syarikat SRC International Sdn Bhd.
Menurut Pengarah Siasatan SPRM ketika itu, Datuk Azam
Baki, mereka mengumumkan pencarian terhadap Jho Low serta Pengarah Urusan SRC
International, Nik Faisal Ariff Kamil; serta Pengarah SRC International Sdn
Bhd, Datuk Suboh Md Yassin
Kata Azam, ketiga-tiga tokoh terbabit sepatutnya telah
memberikan kenyataan tentang pelbagai transaksi dikaitkan dengan akaun
persendirian milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Difahamkan pihak berkuasa sudah mengeluarkan perintah
larangan ke luar negara terhadap Nik Faisal dan Suboh yang dipercayai gagal
dihubungi sejak Oktober tahun lalu.
Nik Faisal, 44, dipercayai menghilangkan diri ekoran
laporan The Wall Street Journal dan Sarawak Report yang
mendakwa wang bernilai RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun persendirian Najib dari
luar negara.
Transaksi itu dibuat melalui dua anak syarikat SRC
International - Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana.
Kemudian pada 19 November 2015, SPRM mengatakan pihaknya tidak
memerlukan bantuan daripada pihak polis dan Interpol untuk mengesan mereka yang
dikaitkan siasatan ke atas SRC International dan isu RM2.6 bilion.
Dalam satu kenyataan media SPRM memaklumkan bahawa ia
telah pun mengambil keterangan daripada Pengarah Urusan SRC International Nik
Faisal Ariff Kamil.
Berkenaan dengan dua individu lain yang diperlukan oleh
SPRM, pihak terbabit telah pun dihubungi dan usaha sedang diambil untuk bertemu
dengan mereka bagi tujuan diambil keterangan.
Selain Jho Low dan Nik Faisal, tiga yang lain itu, Suboh
Md Yassin, Casey Tang dari Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudiannya
dinamakan sebagai 1MDB dan beklas pengarah eksekutif di UBG, Jasmine Loo.
Kegagalan mengesan dan menahan Jho Low meletakkan PDRM dan
SPRM ditahap memalukan institusi yang selama ini dihormati rakyat Malaysia dan
seluruh dunia.
“Kegagalan PDRM dan SPRM ’ ini juga meletakkan imej KPN
dan pengurusan tinggi SPRM di tahap paling rendah berbanding semua Ketua Polis Negara
sebelum ini yang mendapat pujian dalam dan luar negara.
Apa istimewanya Jho Low sehingga mampu memperdaya dan
‘menghina PDRM’ sebegitu rupa?
Dengan kedudukan di mana isu 1MDB dan SRC International
kini sedang dibicarakan di mahkamah
Republik Singapura, jelas Jho Low tidak dinafikan lagi perlu dan wajar disiasat
segera.
Beliau jelas memiliki kelebihan berikut yang menyebabkan tidak
dapat dikesan oleh pihak berkuasa Malaysia:
1. Jho Low mendapat maklumat semasa daripada
pegawai tinggi Malaysia secara langsung;
2. Jho Low berada
dalam pasukan penstruktur pelaburan 1MDB dan SRC International yang diletakkan
di bawah penelitian pada masa itu;
3. Jho Low turut
dimaklumkan mengenai 'perang dalaman' dalam kerajaan Malaysia; dan
4. Jho Low membayar
bekas pegawai Bank BSI Singapura, Yeo Jiawei sebanyak S$500,000 (RM1.5 juta)
setahun.
Laporan media mengenai perbicaraan di Mahkamah Singapura berkaitan bekas pegawai BSI cawangan Singapura semalam menunjukkan
Jho Low menerima maklumat terus daripada individu dan pegawai tinggi Malaysia
secara langsung dalam kegiatan perniagaan pengubahan wang haram dan salah laku
yang lain’.
Seperti disebutkan oleh Pengurus Perhubungan Amicorp,
Jose Renato Carvalho Pinto di mahkamah semalam, bekas perancang kewangan bank
BSI, Yeo Jiawei menerima maklumat mengenai pegawai tertinggi Malaysia secara
langsung daripada ahli perniagaan Jho Low.
Bercakap pada perbicaraan kes Yeo di mahkamah Singapura,
Pinto berkata, Yeo turut serta untuk mendapatkan maklumat berkenaan kerana
beliau berada dalam pasukan penstruktur pelaburan 1MDB dan SRC International
yang diletakkan di bawah penelitian pada masa itu.
![]() |
Yeo Jiawei...bekas perancang kewangan BSI |
Menurut Pinto, Yeo
memberitahunya untuk terus bertenang dalam masa beberapa hari sebelum Muhyiddin
dipecat daripada Kabinet, kata Pinto, seperti yang dilaporkan oleh The
Edge Markets.
Jho Low dimaklumkan mengenai apa yang berlaku dalam
Kabinet dan juga ‘perang dalaman kerajaan Malaysia’.
Siapa pegawai tinggi Malaysia yang memaklumkan perkara
ini? Apakah dia mendapat restu pemimpin tertinggi Malaysia?
Jika benar bermakna rahsia kerajaan disebarkan
sebebas-bebasnya kepada orang luar yang Menteri, pemimpin Barisan Nasional dan
UMNO pada ketika itu tetap tertanya-tanya apa yang sedang berlaku kerana hanya
diketahui oleh beberapa kerap.
Apakah mereka yang memecahkan rahsia ini ‘turut dibayar
oleh Jho Low’ seperti yang dilakukan oleh taikun itu kepada salah seorang
wakilnya di Singapura? (baca di bawah).
Dalam tulisan Yeo kepada Pinto pada 22 Julai 2015, pinto
diminta bertenang. "Bertenang buat masa ini. Saya difahamkan masa telah
tiba untuk 'perang dalaman' Malaysia dan negara lain sedang menunggu
kesudahannya sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Sementara itu, kita tidak
harus membuat apa-apa kesimpulan sehingga penghakiman akhir."
Kenyataan Yeo itu turut dijadikan bukti yang dikemukakan di
mahkamah Singapura semalam.
.
Apabila disiasat selanjutnya oleh Timbalan Pendakwa Raya,
Jiang Ke Yue, Pinto yang merupakan saksi pendakwaan penting dalam kes itu, Yeo
menegaskan beliau mendapat apa jua
maklumat secara terus daripada Low.
Pinto menerangkan, beliau sangat pasti mengenai kedudukan itu, kerana
pada masa yang sama, Yeo telah meminta beliau untuk mendapatkan dokumen bagi
pihak Jho Low.
Berkaitan dengan tugasnya, Yeo dibayar S$500,000 (RM1.5
juta) setahun dan diakui oleh bekas ketua Yeo, Kevin Swampillai dalam
keterangannya di mahkamah.
Swampillai berkata
beliau mendapat jawapan daripada Yeo mengenai bayaran diterimanya daripada Jho Low selepas Yeo meninggalkan bank berkenaan pada
Jun 2014 untuk bekerja dengan Jho Low.
Swampillai berkata jumlah bayaran berkenaan adalah lebih
tinggi daripada apa yang diperolehi Yeo di Bank BSI Singapura.
Yeo kini dibicarakan atas empat tuduhan mengganggu saksi
- termasuk Swampillai yang bekerja dengan Bank BSI Singapura sebelum dia menganggur
kerana bank berkenaan digantung.
Yeo kini berdepan 11 tuduhan, termasuk penggubahan wang
haram dan penipuan di mana tuduhan lain akan dibicarakan secara berasingan pada
April tahun depan.
Yeo adalah warganegara Singapura manakala Swampillai
rakyat Malaysia.
Peguam Yeo, Philip Fong, dilaporkan cuba menggambarkan
Swampillai sebagai ahli bank yang lebih berpengalaman berusia 52 tahun sambil menegaskan
Yeo adalah pihak yang serta-merta mengiktiraf potensi "kerjasama"
mereka.
Antaranya termasuk mengenai pengurusan akaun milik Brazen
Sky bernilai AS$2.3 bilion daripada dana berkaitan 1MDB.
Swampillai juga dilaporkan memberi keterangan bagaimana
dia dan Yeo bertemu selepas mereka menjadi perhatian Jabatan Hal Ehwal
Komersial Singapura (CAD) yang menyiasat skandal 1MDB.
Perbicaraan masih berjalan...
No comments:
Post a Comment